My Followers

Ads

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Mar 6, 2011

Hari Terbuka Tentera Darat 2011 : Gambar hari kejadian

11 comments
Hari Terbuka Tentera Darat 2011 : Dataran Merdeka

Salam pembuka bicara.
pagi tadi aku dengan blogger syazwie pergi ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pameran aset-aset tentera darat sempena Hari Terbuka Tentera Darat 2011. Majlis ni sebenarnya berlangsung selama 3 hari. Pagi tadi pun aku dah agak terlewat sampai sedikit disebabkan tersesat nak cari LRT di PJ.

Feb 28, 2011

Hari Terbuka Tentera Darat 2011

8 comments
Jadual Hari Terbuka Tentera Darat 2011

Akhirnya, jadual yang dinanti telah pun muncul. Terima kasih kepada Leyha yang memberikan jadual ni. Aku rase pameran ini agak menarik, disebabkan tentera darat akan menunjukkan beberapa demonstrasi dan aset aset penting tentera darat yang aku tak pernah lihat sendiri di depan mata. 

*klik gambar untuk lebih besar

Dec 20, 2010

Kursus Bakal Pegawai Khas Kor SISPA UiTM Shah Alam dan Perhimpunan dan Majlis Pentauliahan Kor Sispa Peringkat Kebanggsaan Tahun 2010

15 comments
Salam sumer pembace.

Sejuta kali ampun disebabkan lame sudah aku tidak update blog ni. Beberape minggu ni aku agak malas dan busy disebabkan oleh beberape perkare yang berlaku.

baru malam ni aku berjaye cari 'mood' dan 'feel' nak update blog ni.

dulu aku ader post tentang 'Kursus Bakal Pegawai Khas' yang mane kalau aku lulus barulah aku nak citer sume. dan kemudian, aku akan citer pulak tentang Perhimpunan dan Majlis Pentauliahan Kor Sispa Peringkat Kebanggsaan Tahun 2010.

KURSUS BAKAL PEGAWAI KHAS KOR SISPA UITM SHAH ALAM

kursus ni diadakan khas untuk melantik bakal pegawai yang akan ditauliahkan mase perhimpunan tu nanti.

berlangsung 21-26 November 2010

aku ingat kursus ni akan join sekali seluruh sistem SISPA UiTM. Tetapi atas jemputan sahaje. oleh sebab tu, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan SISPA UiTM Shah Alam sebab sudi menjemput.

dan. syukur. aku dan awie lulus kursus ni.

semase menjalani ujian bertulis

Bakal Pegawai, Pegawai, dan Jurulatih yang terlibat

urusetia yang terlibat


PERHIMPUNAN DAN MAJLIS PENTAULIAHAN KOR SISPA PERINGKAT KEBANGGSAAN TAHUN 2010

Majlis ni berlangsung dari 12-16 Disember 2010

secare asasnyer, mereka yang termasuk dalam pentauliahan tidak terlibat dalam aktiviti perhimpunan ni.

maksud aku terlibat dalam mana-mana pertandingan. kecuali makan malam dan forum.

sepanjang 4 hari tu, bakal pegawai pagi dan petang hanya berlatih berjalan lalu.

semasa barisan berjalan lalu, aku telah diletakkan di posisi penanda paling kanan.

majlis pentauliahan ni dibuat di Padang Kawad (berjalan lalu) dan Dewan Seri Budiman (terima watikah perlantikan)

jutaan terima kasih diucapkan sekali lagi kepada pihak pengurusan SISPA UiTM SHAH ALAM kerana sudi menjemput kami.

Barisan Bakal Pegawai SISPA UiTM + UNIKL + UNISEL

Barisan Bakal Pegawai

Pegawai SISPA yang telah ditauliahkan



Nov 27, 2010

impian kian hampir

3 comments




salam sumer pembaca.

baru-baru ni aku ngan awie baru je selesai kursus bakal pegawai khas kor sispa uitm shah alam. kursus ni sebenarnye tak dirancang, dan dijemput secare pantas. tapi ape apehal pun. sejuta kali terima kasih diucapkan terhadap seluruh pengurusan sispa uitm shah alam sebab sudi menjemput kami berdue untuk turut serta dalam kursus ni.

rasenye tak perlulah aku nak cerite secara menyeluruh. cumer secare asasnyer, kursus ni melayakkan anggota sispa bergelar pegawai dan memakai pangkat leftenan muda pertahanan awam. dan ader ujian. kalau lulus. maka bergelar pegawai lah seseorang tu. atas sebab dasar nilah aku tanak citer banyak. haha.

dalam kursus ni aku berjaye belajar banyak perkare. antarenye kawad tongkat. kawad ni dah lame aku nak belajar. sejak zaman diploma lagi. tapi disebabkan kekangan mase dan tenaga pengajar dan juge tongkat tu sendiri. maka impian hanya tinggal impian. sebab tu sejuta terima kasih aku hulurkan dekat pentadbiran sispa ni.

pendek citer, doa-doakan lah aku berjaye dalam ujian ni dan pentauliahan ni. dan jikalau berjaye, doa-doakan agar aku dapat memegang tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Nov 15, 2010

Aktiviti Cuti : Menjaring Ikan di Pantai Morib, Banting, Selangor

10 comments
Pantai Morib, Banting, Selangor


Salam sejahtera sumer.

baru je bermula cuti sem, aku dah start buat aktiviti. ni pun tak dirancang. Hari sabtu nan indah ayah aku ajak g menjaring ikan dekat Pantai Morib.

aku pergi dengan ayah, dan adik lelaki aku. mak aku dengan 2 orang adik aku dorang g lambat sket. aku bertolak dalam pukul 9 pagi.
ayah, aku, adik laki aku (yang kecik tu baru datang)


singgah bandar banting, pergi beli net untuk letak hasil tangkapan ikan.

sampai je Pantai Morib, langit tak panas, tapi mendung skit. memang terbaik lah. tadelah jadi gelap muke aku neh.
hasil tangkapan ikan


biler dah masuk pantai, mase tu, air agak pasang, ombak pun agak kuat. mungkin dah musim tengkujuh kot.

ikan sangkut tak berhenti, memang seronok time tu. dari kul start masuk air, sampai kul 3 petang ikan tak berhenti-henti sangkut kat jaring. memang seronok time tu.

mase kul 3. kitorang naik. makan. sembahyang. time ni mak aku dah sampai. air pun dah mule surut. kitorang tinggal jaring tu kat laut (tapi sangkut dengan besi dan kayu, kalau tak nanti die bergulung dipukul ombak)

antara jenis ikan yang kami dapat

ni ikan sebelah. jarang jumper kat pasar sebab sama ader dah abis ataupun nelayan wat umpan. rase die memang sedap.


pas siap sumer. kitorang turun balik. nak gulung jaring. time ni ikan ngan ketam memang banyak. ketam datang berpasang. mungkin mase ni musim mengawan kot. sampai penat nak kutip. orang yang datang mandi sumer nak tengok kitorang ambil hasil.

tangan aku memang menjadi ancaman cepit si ketam. sampai skang luka tu masih lagi ade. care untuk halang ketam ni cepit jari kite, pegang bahagian blakang ketam, dan patahkan cepit die. baru senang nak kuarkan dari jaring.

dah penat gulung jaring sumer. bawak hasil ikan tu. aderlah lebih 10kg. memang best. kali ni memang tangkapan terbaik dari aku pernah menjaring sejak dari kecik lagi (aku lebih suke menjaring berbanding memancing)


p/s: tade gambar ambil ikan dekat jaring. sebab takut kene tolak dengan ombak, nanti handset masuk air tetibe bertukar iphone 4. haha.

Nov 13, 2010

panas pulak malam ni walaupun duk bawah kipas

4 comments
malam ni aku rase cam nak kuar je sume data-data perkataan yang agak kurang senang. tape-tape. sebenarnye arini aku g holiday ngan family aku. tapi tu entry aku nak taip esok. sebab aku agak penat malam ni.

baru pas tengok bola

MU vs Aston 2-2. malas nak komen. 


memang cam haram la lu refree. dan sile bace ini juge. so memang tuuuutt la. aiyo.

tape-tape.


p/s : ari ni aku dapat 10kg lebih ikan-ikan di lautan. nantikan post seterusnye.

Oct 14, 2010

Oh Chentaku Red Giants!!

5 comments


"weh malam ni Selangor Vs Kelantan. dekat stadium Shah Alam. Suku Akhir pertame. jom la g" inilah kate2 keramat yang membuatkan aku goyah walaupun assignment nak kene submit esoknyer dan satu bende pun tak start lagi. tanpe pikir panjang. gua pun g. gerak ke stadium, naik moto mencelah di kalangan barisan panjang kerete yang juga mungkin menuju ke stadium.

dengan harge tiket RM10. jersi RM25. abes dah terbang duit aku malam tu. haha. Lame dah tak g stadium tengok bola. last skali mase aku tadika kot. time tu aku ngan ayah aku je berdua tengok bola. time tu Selangor memang kaw2 naik. time aku tgk tu, Selangor 3-0 belasah negeri mane ntah. due last gol tu ayah aku ta dapat tengok sebab teman aku g toilet. abis marah ayah aku. haha. sori la bah. dak kecik. mane leh tahan sangat. hehe. kenangan tu. 

ramai jugak g malam tuh. penuh gak stadium. menunjukkan peminat bola tanah air masih tak mengecewakan.

game memang puas hati walaupun seri tanpa jaringan. lawan bertali arus menggasak kubu lawan masing-masing.

tapi.

dulu dan sekarang lain. dulu aku tengok tade gaduh. tade mercun. sumer semangat kesukanan. tapi malam tu. mercun bagaikan mercun sambutam merdeka dah aku tengok. ader satu kali tu, mercun yang standed, malam merdeka (yang ader bunge tu) meletup sebelah pasukan paramedik. Habis tergolek dowang. 


pastu plak, gaduh antara pasukan Selangor dan Kelantan. masing-masing baling botol, mercun, kerusi tempat duduk. memang tak dapat dielakkan. semangat atau nak tunjuk hebat? ntahlah. ni la name die Football Hooliganism.

dan seperti biase. beberape pihak salahkan penganjur. atas kejadian ni.

aku nak tanye lah.

korang datang stadium nak tengok bola ke nak gaduh?
sendiri pikir. aku salah kan sape yang gaduh. tak kire selangor ke kelantan. 

aku cepat2 blah lepas je abis game. malas nak masuk campur. kang masuk spital plak. dah la nak final exam.

ok.

Amri masih lagi berbisa

apehal2 pun. gudluck untuk Selangor untuk game suku akhir kedua. hari jumaat ni. gua tetap sokong 100%. (nak balik umah tengok astro arena).

yeah.

Aug 17, 2010

sape nak beli biskut sedap

6 comments


Ok. buat pertame kali dalam hidup aku. aku mule berniaga kecil kecilan. saje nak testing market.

biskut ni homemade. memang sedap. diakui oleh persatuan pemakan biskut (reka reka)

Terma dan Syarat sumer ader dekat poster tu. Klik je poster tu untuk lebih besar. Nak lagi senang. g je dekat http://tempahanbiskut.blogspot.com/ 

Tak mahal pun. just rm35 je. (tambah rm1 untuk luar uitm)

orait. ta rugi mencube! selamat membeli. :]

oh. bisness ni aku collaborate dengan Syazwie  dan Aanis

Aug 16, 2010

makan makan di seafood sebelah sunway pyramid

2 comments
ok. post kali ni plak mengenai makan makan seafood dekat sebelah sunway pyramid. asyek makan je kan. tapi badan ta plak naek-naek. haha.

kedudukan port ni bersebelahan dengan sunway pyramid. dekat dengan hotel sun inn.

bayaran? rm24 Makan-Sampai-Puas.

kali ni rakan-rakan seramai 3 buah keter pergi makan same same

peh.

gjoy ngan fared yang excited nak amek gambar


ok. mari pergi.

ok.razi ngan gjoy dah ta sabar

ok. ni plak ijat sampai berdiri nak amek seafood

mak pesan makan kene fokus. jangan banyak cakap

banyak tak kami makan?

makan jangan tak makan

name die Rheny. tukang amek gambar

antara mereka yang hadir

mereka juga ikut

apabila sudah kenyang

barriss barriss makanan!

kenyang oh kenyang

ini papa kami. haha.

sesi pembayaran pula bermula

bayar jangan ta bayar

sebelum balik mari bergambar beramai2.

keseluruhannya. memang puas hati la makan dekat situ. mane taknye. makan sampai puas. haha. aiskrim pun ader.

post kali ni memang gua slamber. sebab petang-petang tengah kelaparan dan kehausan ni aku buleh plak post pasal makan makan kan kan. kan dah terliur. tapi tape. gua steady. hahaha.

ok. selamat berbuke semua. hoho.

makan makan di hotel uitm

4 comments
salam. post kali nie bukanlah berkisar tentang makan atau berbuke puase atau bersahur di hotel uitm. peh kaye gile. tapi kisah ni berlaku sebelum puase lagi.

ni kire kes lambat update lah. sepatutnye juge malam ni aku wat report. tapi source langsung tadek.

ok. dinner ni aku pergi dengan syazwie, izan dan naz. kami pergi berempat. bukan date ye. haha. kami bayar dalam rm15 seorang. sebenarnya, rakan aku merupakan pelajar jurusan pengurusan hotel dan beliau telah menjemput kami supaye menjadi tester makanan beliau. dan kami hanya perlu membayar rm15. murah kan kan kan.





ni kad menu


Prawn Cocktail Salad


 Cream of Mushroom Soup

mari minum sup



ni pelayan kami. name die arfah. ok ader orang marah bile aku tanye pasal die. haha.



stuffed chicken served with Rosemary sauce accompanied with Pilaf Rice and Chefs selected Vegetables


Sirloin Steak served with Rosemary Sauce accompanied with Garlic Mashed Potato and Chef Selected Vegetables


Tropical Fruit Platter


Baked Cheese Cake

ok. gaye aku sedang bahas isu semasa. haha.

ok. gaye tengah kenyang.

ok. totally makanan sumer tu memang sedap. tapi yelah. orang baru masak kan. rase die kurang sedap berbanding makanan dekat Pakli lah. haha. ok. sekian sahaje update express malas tahap gaban dari saye. sekian.

Aug 3, 2010

Buaya Di Port Dickson sudah terbukti

6 comments
Bukti terdapat buaya dekat Port Dickson, Negeri Sembilan. Gambar diambil dari Utusan.com.my

Besar tak buaya kat atas tu? peh. lagi besar dari due orang  yang tengah ambil ukur lilit buaya tuh. wahh. sebenarnya. ader beberapa kejadian pengunjung cedera digigit 'ikan besar'. lihat sini dan sini.

aku bukanlah nak takutkan sesiape dan nak jatuhkan tempat mandi manda dekat port dickson tuh. tempat faveret tuh. jauh lagi best dari Pantai Morib. tapi. truth is still truth. kalau family aku nak mandi dekat Port Dickson tuh. leh la aku alert skit. *leh ke alert skit? haha

banyak lagi blog2 telah post banyak kejadian yang dowang ader spot buaya dekat Port Dickson tuh. tapi bukti masih lagi boleh diragui. hmm. tapi ape2hal pun. kite kene alert kan dengan bende-bende gini. so. be careful lah for those yang nak mandi manda dekat Port Dickson.

Aug 1, 2010

Tahniah Selangor atas kemenangan dalam Liga Super!!

3 comments

aksi kemenangan pasukan Selangor setelah menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam 31 Julai


berbaloi gak selepas balek dari makan malam di Restoran Pakli. terus bukak tv tengok bola. haha. time tu pun dah second half. baru lah Selangor berjaye merobek gawang Terengganu. banyak gak percubaan oleh Selangor digagalkan oleh penjaga gol Terengganu. kalau tak. 5-0 ader tuh. ahaha. 



Menangnye Selangor keatas Terengganu malam tadi menjadikan Selangor juara Liga Super. Tahniah sekali lagi. Nak wat cammaner. hajat nak tengok kat Stadium ta kesampaian. sebab tader member nak g. haha. orait.

Jun 29, 2010

Hari kedua berkerja

6 comments
sebenarnya malam ni aku sepatutnye tido awal. bagi menghadapi exam perlawanan sepanyol vs portugal. best game on earth. semalam pn rugi gak. tak tengok arjen robben main untuk belanda. rugi2. sebenarnye ape yang aku nak citer. arini kerje peh. penat bukan main. ni nak stat citer la neh.

aku ni kategori pekerja kontrak. maknenye kalau supervisor aku kater ader keje kosong time tu. ader la keje untuk aku. kire pekerja kontrak atau part time ni akan menggantikan pekerja tetap yang tak datang atau tanak datang atau saje malas nak datang. haha. dan sepatutnye juge. ari ahad dan isnin aku keje. tapi disebabkan pekerja penuh. bermakna aku tade keje. tade keje tade gaji. jadi rugi. 2 hari ta keje. rm100 terbang begitu saje, rugiii.

ok. harini ader keje. so pagi2 aku dah gerak ke kilang panasonic. pagi tadi aku ditempatkan dekat pemprosesan compressor. tapi stat keje kul 10. sebab mesin tak dapat jalan. so pas kul 10. stat la keje. pas minum kul 10 tuh. supervisor aku meletakkan aku dekat tempat mesin. seperti yang aku katekan entry sebelum neh, kalau keje dapat dekat mesin. memang mampus. ha, pagi tadi aku dapat tempat mesin.

compressor seberat 3-4 kilo tu. aku kene wat lubang kat bawah die. pastu angkat letak kat mesin. pastu mesin tu compress die. pastu angkat letak kat conveyor belt. pastu orang lain plak tugas. begitulah keje yang aku wat pagi tadi. ok. kalau 10 biji tu tape. ni aku dah tgk kat papan board. aku dah wat hampir 200 biji. dan aku berdiri kat mesin tu dari kul 10 - 7.20pm. 12 jam. hanya rehat 2 jam termasuk makan dan sembahyang. bayangkan. 200 biji x 4 kilo x 12 jam = mampus.

dan hasilnye. aku sakit keseluruhan tangan. dan rase cam nak demam. wahh. camner la orang kilang tu keje bertahun2. memang giler ah. 

ok. skang tanak citer panjang. aku nak tido. nak tengok spain vs portugal. esok nak sambung keje lagi. tapi esk aku nak g keje lambat. mampus la supervisor nak marah ke ape. janji aku datang ader keje ade duet. hahaha. ok. nyte.

Jun 26, 2010

orang lain cuti lepak rumah. aku cuti seminggu bantai p kerja.

15 comments

fakta pelik tapi benar. inilah yang dinamakan split-decision *membuat keputusan dengan kepantasan dibawah 0.02 saat. ape tak nyer. baki cuti sem hanya tinggal seminggu saje lagi. selalunyer waktu2 seperti inilah yang akan digunakan oleh mane student2 pun baik sekolah menengah mahupun peringkat universiti untuk melepak di rumah ataupun bergelak sakan dengan rakan2.

tapi aku selaku student yang tetibe terpakse membuat split-decision tersebut terpakse memilih same ade untuk duduk makan tido tgk tv tido makan mandi tido selame seminggu. uh, ta boleh ta boleh, laen la mak aku ader kat umah. leh masak tengahari. ni. mak keje aku malas nak masak sendiri mahupun membeli kat restoran.

jadi. aku membuat keputusan untuk mengikut En.Joe untuk bekerja di kilang panasonic di shah alam. gaji pun buleh tahan. aderla sehari dalam rm45. bulehla semingu beratus gak aku dapat. jadi setelah perbincangan dua hala dengan En. Joe serta ibunda terchenta. lalu aku membuat keputusan untuk bekerja. buleh la shopping raye nnt. hahahahaha.

Hari Pertame Keje
pagi2 dah terlajak bangun sebab malam tadi aku ta buleh tido sebab mimpi tangkap arnab? buleh pulak. ape maksudnye? dapat duet kah? haha, lupekan. 

Pagi2 aku jumpe supervisor tuh. die kasi safety boot dengan uniform keje. lalu proses mendaftar berlaku. pastu dapat pas. pastu aku masuk kilang die. nampak la mat2 bangla, indon, kampuchea, manila, songkla, dan mane2 negara mahupun negeri beratur dalam barisan. terkenang plak ketike aku jage budak2 kawad dulu. camni la. pagi2 dah berkumpul. hak3.

Pastu sesi taklimat berlaku, pastu aku ditempatkan di storage room. dah la ekon. haha. pastu aku jumpe la bendealah ni name die compressor. bapak berat. ader la dalam 4-5 kilo. satu trolley ader la dalam 120 biji. berat keseluruhan aderla dalam seribu kilo gak. keje aku? susun. ambik. katalog. susun. tolak. susun tolak. 4 orang tolak trolley tu belum tentu jalan. naseb baek badan aku tough macam Encik Jacob Twilight. hak3.

so keje keje keje makan makan makan menguap tibelah waktu balik. wah letih gak. ni baru seari. keje ni buleh dianggap ringan. menurut Encik Joe. keje dekat mesin barulah buleh dianggap mencabar dan menempah maut. mane taknye. 8 jam keje cam robot. angkat cucuk sane sini. *cube bayangkan keaadaan robot buat keje kat kilang. camtu la keje kat mesin. hak3.

ok. aku dah penat. sambung esok plak. mane tau aku terngorat awek jepun kat situ. hahahahahahha.
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."