My Followers

Ads

Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Oct 5, 2012

Jersi Repro Retro Selangor 1982

0 comments

Jersi Repro Retro Selangor 1982


mesti ramai yang tertanya. apa itu "Jersi Repro" ? Repro adalah short form daripada Reproduction. yang mana jersi lama di buat kembali. sebenarnya trend ni dah lama ada, cuma biasalah fans biasa macam gua ni memang lambat sikit. dah perasan beberapa fans semasa melihat perlawanan Selangor di Stadium Shah Alam, ada pakai jersi repro ni. gua pun ada try cari gerai-gerai jual jersi dekat sekitar stadium time game berlangsung. tapi takda. 

ada dua jenis yang gua perasan untuk jersi repro Selangor ni. Satu yang dekat atas, satu lagi kaler kuning. depan ada logo Dunhill. yang kuning tu dah hampir habis terjual dan hanya tinggal saiz besar. jadi gua terlepas. ingat nak sambar jersi kat atas ni. kaler merah. jersi jenis repro ni mostly dijual limited edition dan agak mahal. tapi berbaloi untuk memiliki mungkin boleh dijadikan sebagai "collector's edition"

Jersi repro Selangor dekat atas ni adalah dari 1982 yang dipakai oleh barisan lagenda Selangor seperti Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Reduan Abdullah, Jamaludin Norbit, dan R Arumugam. Time ni Selangor memenangi Piala Malaysia dengan kemenangan 1-0.

jadi siapa fans Selangor tak kira lahir kat mana ( hehe ) yang berminat untuk mendapatkan jersi ni boleh lah "like" page Firhan Jersey. oh ya ada limit masa untuk beli jersi ni. bolehlah lihat dekat poster kat atas.


p/s : Sabtu ini akan berlangsung Piala Malaysia Separuh Akhir Pusingan 1 Kelantan vs Selangor. live Astro Arena 801.

Jul 7, 2011

Undian Kelayakan Olimpik 2012

4 comments
Malaysia Olympic 2012 Team

petang tadi berlangsungnya pengundian untuk kelayakan peringkat kumpulan di AFC House. dan hasilnya adalah seperti berikut :

Kumpulan A

Arab Saudi
Oman
Qatar
Korea Utara

Kumpulan B

Australia
UAE
Uzbekistan
Iraq

Kumpulan C

Jepun
Syria
Bahrain
MALAYSIA

anak buah Ong Kim Swee akan diuji oleh Jepun pada 21 September nanti. ini merupakan perlawanan pertama yang perlu dihadapi oleh skuad Harimau Muda. walaupun rangking Jepun kini pada kedudukan 13 tapi ianya tidak bermakna skuad Harimau Muda tidak boleh pergi melangkah ke Olimpik nanti.

setiap kumpulan akan bermain secara format liga dan juara setiap kumpulan akan secara automatik layak ke Olimpik. (21 September - 14 Mac 2012) manakala naib juara setiap kumpulan akan akan bermain secara playoff dan juara playoff akan lawan dengan wakil dari negara Afrika.

walaupun diundi dengan negara yang agak pantas dari segi permainan, tetapi peningkatan mutu bola sepak negara sejak akhir-akhir ni tidak mustahil skuad Harimau Muda mampu untuk melangkah ke Olimpik buat pertama kali.

sumber Wikipedia


Jun 24, 2011

Tahniah Harimau Muda!

0 comments
Harimau Muda bersorak bersama penyokong ketika perlawanan Malaysia vs Lubnan


buat mereka yang tak tau, atau buat-buat tak tau, semalam adalah berlangsungnya perlawanan second leg antara Harimau Muda lawan dengan Lubnan untuk kelayakan Olimpik di London nanti. keputusannya adalah 2-1 dimana Harimau Muda berjaya memenangi perlawanan semalam. adalah menjadi satu kesilapan yang amat besar, aku tak berada di Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan paling bersejarah ini. 

aku hanya dapat menyaksikan perlawanan semalam hanya di medan selera, berserta dengan pelanggan lain dan juge tukang masak. haha. sorakan dari penyokong Malaysia di stadium boleh kedengaran di kaca tv tersebut. 

first half, Harimau Muda berjaya menjaringkan gol melalui Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal. gol Irfan melalui rembatan yang super padu yang berjaya menipu gol keeper Lubnan, dan gol Wan Zack Haikal adalah gol bertaraf 5 bintang yang di 'through pass' oleh Gary. very nice. game first half memang rancak dan Harimau Muda main memang ader class. sumpah sekali lagi rugi tahap gaban aku tak pergi stadium semalam.

second half, game yang paling 'pumping adrenaline tahap dewata raya' dimana team Harimau Muda terpaksa bermain 10 orang setelah Gary dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua, bayangkanlah terpaksa bermain 10 orang berlawan Lubnan yang dimana top 13 Asia, saiz badan dowang plak memang jauh beza ngan Harimau Muda, gelecek plak boleh kalahkan defend 4,5 orang. Harimau Muda terpaksa  defend kubu gawang gol dan takde serangan ke arah gawang lawan disebabkan kesemua player turun untuk mempertahankan gawang. walaupun Lubnan berjaya merapatkan jumlah gol, tapi ape yang aku kagum terhadap pemain Harimau Muda ni, dowang tak mengalah, sehingga ke minit terakhir perlawanan.

atas kemenangan ni, Harimau Muda akan lawan peringkat kumpulan. yang akan diundi 7 Julai ini. 3 negara untuk 4 kumpulan akan berentap dalam kumpulan masing-masing dan pemenang dari setiap kumpulan akan pergi ke Olympic di London nanti. well aku menaip ni pun dah meremang bulu roma sebab kalau Harimau Muda berjaya melayakkan diri, ini akan menjadikan Harimau Muda pertama kali melayakkan ke Olympic nanti. tapi perjalanan masih lagi jauh.

oh ya, buat pengetahuan pembaca juga, Harimau Muda adalah hanya team dari negara Asean yang berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan. sekali lagi tahniah.

sumber : Wikipedia dan Sokerleaks

May 27, 2011

rasuah bola sepak negara bakal menjadi kanser?

0 comments


Cerita di Malaysia

harini aku terkejut dimana Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) ader membuat laporan Polis mengenai kegiatan mengatur keputusan perlawanan. boleh check sini. dalam banyak bende aku benci dalam bola sepak selain penalti tak masuk, this is i hate most. 

kegiatan tidak bermoral ni boleh menyebabkan bukan sahaje mutu perlawanan menjadi semakin hambar, penonton juga akan berkurangan. ayat yang bakal keluar "baik aku layan EPL, lagi best. dah la best. takde rasuah cam haremmm".

kalaulah ader player Selangor bersalah dalam rasuah ni. aku akan banned sampai korang mampusss.

George Toisutta dan Arifin Panigoro


Cerita di Indonesia

kalau korang nak tau, jiran kite Indonesia juga mengalami masalah sama. dan lebih teruk mereka bakal digantung digantung dari berlawan perlawanan luar. ini kerana, mereka gagal memilih pengerusi Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI). kenapa tak lantik je? bukan taknak lantik, bile pengerusi lama turun, yang kroni nak naik pulak. tapi sape nak pilih kroni yang terang terangan terlibat dalam rasuah. tambah perit, mereka juga taknak orang lain jadi pengerusi. jadi sampailah sekarang tergantung. cerita sepenuhnya boleh bace dekat sini.

ini...ini...sangat teruk. FIFA juga ade mengeluarkan kenyataan yang aksi bola sepak Asia Tenggara adalah kawasan 'panas' dimana rasuah berleluasa. Malaysia antara yang terlibat. patutlah ayah aku dah tak minat tengok bola sepak tempatan. ni lah antara penyebabnye. dem. please, janganlah sampai situasi di Indonesia bakal menjadi perkara sama di Malaysia. so shame.


p/s : kenape si botak gondol yang perasan hensem mesti jadi peneraju bola sepak? Indo ke Mesia ke sumer cam haremmmm.


May 5, 2011

Jersey Pelita Jaya Safee Sali

10 comments

Jersey Pelita Jaya Safee Sali

sape tak kenal bekas pemain Selangor dan penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 Safee Sali. aku pernah post sebelum ni yang Safee Sali telah bermain dekat kelab Pelita Jaya dekat sini. well, sekarang ni die main dengan terbaik, dah score banyak kali, banyak pulak die score main dekat ISL (Indonesia Super League) main dekat Selangor tak pulak. haha. mungkin dekat kelab Pelita Jaya tu banyak pemain import yang  banyak kasi peluang dekat Safee Sali nak score.

ape yang aku nak cakap pasal blogpost kali ni ialah, aku teringin plak nak beli jersey kelab Pelita Jaya Safee Sali. tapi harge yang aku tengok RM116 termasuk pos. ni harga jersey original dan dijual dekat seberang. buat mase ni aku tak jumpe lagi jersey kelab Pelita Jaya ni dijual dekat semenanjung. aku rase ader dijual dekat Stadium Shah Alam tapi mungkin aku tak perasan. aku takkan spend wang untuk jersey dengan jumlah sebegitu. mahal woo. wah. harap-harap aku jumper la satu. 

Apr 21, 2011

R2 Raja Lawak Astro di Stadium Shah Alam Selangor vs Perak

10 comments
R2 Raja Lawak di Stadium Shah Alam

R2 Raja Lawak di Stadium Shah Alam

blogpost kali ni adalah tentang perlawanan Liga Super semasa Selangor VS Perak tempohari, yang mase tu Selangor menang 1-0 jaringan Safiq Rahim. Malam tu memang penuh penonton. Penuh macam Selangor VS Kelantan mase piala sumbangsih aritu. bezanya tader balingan kerusi mahupun mercun mahupun botol air antara kedua-dua penyokong.

Penyokong Perak semasa sebelum bermulanya perlawanan telah pun 'chanting' ataupun bersorak sehingga satu stadium gamit. ye, Ultras Silver State memang best. dowang chanting same-same. Aku agak terkejut malam tu sebab nak beli tiket punyelah panjang. Memang satu pemandangan luarbiasa nak beli tiket semase pertandingan biasa. ni dah macam beli tiket nak tengok final.

Tapi malam tu, kemenangan berpihak pada Selangor Red Giants. Game memang best. memang fight. tak bosan. first half banyak cubaan bahaya tapi tak menghasilkan gol. Second half, Asra tuka digantikan dengan Hardi Jaafar. terus kucar kacir pertahanan Perak. ader sekali masa ambil free-kick oleh Hardi, rembatan padu hinggap dekat palang. Aku agak terkejut, sebab aku selalu tengok team bola mesia memang kalau dah start amik free kick terbang ntah kemane. This is different. Hardi ex-player Perak, memang terbaik.

Malam tu kumpulan Raja Lawak Astro R2 ader datang stadium. Memang gamit gak stadium dengan sorakan penyokong R2. memang pemandangan biase kalau kat stadium ader artis ataupun gadis chantek lalu, penyokong akan bersorak. hehe. so, aku pun tak ketinggalan ambil gambar dengan dorang walaupun aku tak layan sangat Raja Lawak.


p/s : tadi tengahari aku makan Tutti Frutti ngan Aanis & Nad

Feb 20, 2011

Malaysia VS Pakistan London Olympic Qualifiers 2012 First Leg

0 comments
Malaysia VS Pakistan London Olympic Qualifiers 2012 First Leg

Let's Roar Harimau Malaya! Win or Loss we still support you!

update game :
pihak FAM telah mengeluarkan senarai 25 pemain yang akan melawan Pakistan pada rabu ni. Pemain yang akan mewakili Malaysia adalah pemain dari Harimau Muda A. ya, ini bermakna Shahrul, Safee, Fadzli dan sumer2 lah tak akan main. (melainkan ader update tetibe) kecuali keeper abang jepun yang digilai ramai wanita Khairul Fahmi Che Mat akan bermain. boleh lihat sini

update :
Ranking Malaysia 140, Pakistan 173. diambil dari sini. Tapi ini tidak menjanjikan laluan mudah untuk Harimau Malaya. Pastikan malam ni bawa bekalan gol sebanyak mungkin untuk dibawa ke Pakistan pada second leg nanti.

update 11.08pm : Malaysia akhirnya berjaya menjaringkan sebanyak 2 gol. jumlah ini boleh dibawa sebagai bekal ketika berkunjung ke Pakistan nanti. gol dijaringkan oleh Wan Zaharulnizam dan Ifran Fazail. Tahniah Harimau Malaya!!!!

Feb 9, 2011

Malaysia VS Hong Kong

2 comments

Feb 8, 2011

pembetulan

2 comments

Safee Sali sah menyertai kelab Pelita Jaya dari Jawa Barat, Indonesia


sebenarnye abang Safee Sali kite bukannya pergi ke kelab Persib Bandung, tetapi beliau telah memilih kelab Pelita Jaya, Jawa Barat, Indonesia. dimana sebelum ini aku ade mengatakan bahawa Safee Sali akan ke kelab Persib Bandung. klik sini

beliau akan ke sana pada 14 Februari 2011 dan sebenarnya telah menandatangani kontrak pada 2 Februari 2011 yang lalu.

segala kesulitan amat dikesali.

"support our own local football scene"

digodek dari Utusan dan MalaysianFootbal-dimos

Feb 7, 2011

Torres tak membawa tuah

0 comments
Torres vs Daniel Agger 


hmph! abang torrent kiter tak berjaya membawa tuah untuk pasukan barunyer, Chelsea. Liverpool menang ke atas Chelsea dengan skor 1-0. Mireles yang golkan. aku tak tengok game malam tadi, sebab aku teramat penat, sebab baru je balik dari Cherating! hehe.

gambar digodek dari Berita Harian

Feb 5, 2011

Safee Sali sah menyertai Persib Bandung

0 comments
safee sali

safee sali akhirnya sah menyertai Persib Bandung. Bagi aku pemergian penyerang berbakat ni agak menumpulkan sedikit bahagian penyerang untuk Selangor. tapi takpelah, demi mase depan dan karier beliau, aku rase baik beliau pergi, walaupun dengan beberapa pegawai atasan pasukan Selangor yang agak keberatan untuk melepaskan beliau.

lagipun, liga indawgs indon ni dikatakan agak mencabar. lagipun Safee akan digandingkan dengan pemain naturalisasi Christian Gonzales. 

sumber digodek dari Berita Harian, Sokerleaks


Feb 1, 2011

torres ke chelsea?

0 comments
bai bai liverpool


dah konfem.

sumber digodek dari Utusan, Sokerleaks, Sokernet

Jan 28, 2011

Selangor vs Kelantan

0 comments

Jan 18, 2011

Barisan Pemain Selangor FC dengan Jersi Baru

0 comments



Barisan Pemain Selangor dan jersi baru 2011


perlawanan pertama liga super dan piala sumbangsih 29 Januari 2011 di Stadium Shah Alam. Semoga semarak semangat bola sepak negara semakin membara. ayuh kita gegarkan Stadium Shah Alam.

Dec 31, 2010

terase tak?

4 comments


jangan hanya semangat biler menang. kene semangat senantiasa. itulah makna FANS sebenar.

diambil dari blog obefiend

Dec 30, 2010

Akhirnya Harimau berjaya menjinakkan hayawan mitos si Garuda

2 comments
Champion of AFF Suzuki Cup 2010

akhirnya buat pertama kali dalam 14 tahun. Harimau berjaya menjadi juara dalam championship tersebut. Harimau berjaya menjinakkan si Garuda di gawang tempat lawan. Harimau menang dengan agregat 4-2.

fakta menarik : di stadium gelora bung karno, Garuda mengekalkan rekod 100% menang dalam semua perlawanan di AFF Suzuki Cup 2010.

key player yang aku sangat sanjung pada malam tu ialah goal keeper Harimau yang bertindak cemerlang dan professional iaitu Khairul Fahmi Che Mat. berjaya mengekang gol penalti yang diberi oleh pengadil dari Australia. Sepatutnyer Most Value Player diberikan kepade pemain lain. bukan kapten Garuda. die bukan bise sangat pun. banyak lagi. Okto, Gonzales ke. silap tu.

dan tak luper. Safee Sali yang masih lagi berbisa menyumbat 1 gol malam tu. Shahrul Idlan Talaha yang berjaya membuka ruang untuk menggasak kubu Garuda.

Honestly.
game final ni adalah yang terbaik sepanjang aku tengok Harimau main. sumer pemain Harimau Muda. 100% pemain tempatan. tak main la import. import pun kalah watper.

kekalkanlah pemain yang sedia ader. tak payah masukkan si kembar tu. ni adalah the best player. barisan pemain muda yang telah bermain dalam Asian Sport Games di Guangzhou. dan berjaya menjuarai AFF Suzuki Cup 2010.

kalau korang bacer newspaper. macam2 provokasi yang dilontarkan oleh penyanjung Garuda. mengacau latihan, sehingga Harimau terpakse memanaskan badan di hotel. tak luper juge dengan artis mereka yang sanggup untuk melakukan provokasi yang sangat LOW MENTALITY. Penyokong Harimau yang bertandang ke sane, terpakse menonton dekat duta Malaysia disebabkan pengurusan Indawgs yang meletakkan penyokong di tengah-tengah penyokong indawgs mengenetepikan tiket VIP yang telah dibeli oleh mereka. Walaupun begitu, Harimau berjaye menepis segala rintangan.

so.
Tahniah buat barisan Harimau yang berjaya mengaum lantas membaham si hayawan mitos yang takutkan laser, Garuda.


p/s: aku nak post malam tadi. tapi aku super ngantuk dan sangat malas. minggu depan dah start kuliah. (T__T)

Dec 28, 2010

who's cheating aholes.

6 comments


they claimed there were anarchist and not CHEATING. yes. they right, they were really anarchist.

but


sharbinee were being pointed first at Stadium Bung Karno. then the Markos The Rakos Botak stop the game because he claimed that he were being laser pointed. 

dem u.

loser will always be loser.
stupid will FOREVER be stupid.


p/s: the picture were fully taken at Berita Harian and Utusan website.

Dec 27, 2010

Harimau baham Garuda

5 comments
Malaysia Cheering after goal at Final AFF Suzuki Cup First Leg 2010

gambar diambil di laman web rasmi AFF Suzuki Cup

Terbaik

itu yang aku mampu katakan malam semalam. game agak seimbang. gol yang sangat chantek. Safee sumbat 2 gol dan Ashari 1 gol.

Tapi key player aku tengok game tu adalah goalkeeper Khairul Fahmi dan penyerang Norshahrul. Fahmi berjaye mengawal gawang dengan baik dan Shahrul berjaye menerjah kubu lawan dan membuka peluang untuk safee menjaringkan gol.

insiden malam tu yang melibatkan pancaran laser sangat memalukan. aku bukan tujukan kepade insiden game malam tadi, tapi keseluruhan game AFF Suzuki CUP ni. kalau korang godek dekat youtube memang bersepah video yang memaparkan mana2 perlawanan pemain akan dipancari laser.

sangat tak bertamadun.

patutlah bola sepak negera ASEAN tak maju macam jepun. Liga Jepun jauh lebih baik dari ASEAN.
kelakar la.

Final Second Leg akan bermain di Stadium Bung Karno. Ofkos insiden atas pasti akan berlaku. sape nak dipersalahkan?

nantikan game pada 29 Disember. 


ps: Markus GoalKeeper Garuda sangat tak pro. orang lain pun kene laser gak. rilek je. lu pahal nak stop game plak. 

Dec 26, 2010

Malaysia VS Indonesia Final AFF Suzuki Cup 2010 First Leg

2 comments


Harimau kembali untuk bertarung dengan Garuda.

Harimau dibelasah 5-1 oleh garuda. Perlawanan yang sangat menyedihkan dan menyakitkan hati.

sejujurnye, aku dah tak yakin Harimau nak lepas peringkat kumpulan sekalipun. Tetapi. mungkin sebab  semangat tak mudah menyerah kalah takpun sebab nasib baik. Harimau kembali bertarung dengan haiwan mitos Garuda.

Menang, kalah atau seri?

kalau nak dilihat, pemain indonesia ader 3 pemain import tapi diberi taraf warganegara. Irfan, gonzales dan oktovianus.

Harimau menggunakan kudrat 100% tenaga tempatan.

dan

memang garuda jauh lebih baik berbanding harimau. tapi. tak mustahil.

jadi malam ni. mari ramai2 menyokong harimau untuk membaham garuda. sama ada kat mamak, rumah atau stadium. yeah.

Dec 4, 2010

Malaysia VS Thailand

2 comments

aku malas nak komen pasal Malaysia kene 'ganyang' dengan indonesia aritu. first gol aku dah suker pas second gol, terus tutup tv.

ok.

Petang ni Malaysia kene menang dengan Thailand dan Laos kalau still nak masuk next stage.

gudluck Malaysia. jangan main macam aritu.
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."