My Followers

Ads

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Apr 7, 2011

Majlis Makan Malam Amal Palestin

0 comments
Majlis Makan Malam Amal Palestin



Salam Pembuka bicara. 
well korang mesti tau kan tentang ape yang sedang berlaku dekat saudara se-Islam kita dekat Palestin? dorang kekurangan makanan, disebabkan oleh sekatan yang dilakukan oleh rejim Israel dan rejim Mesir. Tapi disebabkan berlaku pergolakan dekat Mesir, sempadan di Rafah kini telah pun dibuka. tapi ini tak bermakna saudara kita di Palestin dapat menikmati sama seperti apa yang kita sedang nikmati di sini.

jadi kat sini aku nak promote satu Majlis Makan Malam Amal Palestin yang dianjurkan oleh pihak Aqsa Syarif Berhad. maknenye korang pergi majlis makan malam sambil beramal. dalam majlis ni jugak ader dijemput penceramah Dr. Azam Tamimi. beliau merupakan pengarah pemikir Islam, yang dibawa khas dari London. berketurunan British-Palestin, akademik dan aktivis politik. Beliau juga pernah ditemuramah oleh BBC dalam rancangan Hardtalk. time tu, beliau ader menyatakan bahawa 'berkorban untuk Palestin adalah mulia dan diterima Tuhan saya' tetapi banyak akhbar British pada waktu tu, memutar belitkan kata-kata beliau.

well bagi aku die memang berani bercakap. freedom of speech ok. tapi biasalah, those people akan memutarbelitkan kata-kata pejuang ni.

jadi kepade korang yang nak pergi majlis makan malam sambil beramal ni adalah sangat elok. daripada buang duit tak tentu hala, pergi majlis ni pun lebih baik. dapat makan dan dapat dengar ceramah dari Dr. Azam Tamimi. segala keterangan ada dekat brochure atas tu.

aku promote ni pun tade dapat duit ape pun. just nak share secara sukarela. jadi jikalau berminat bolehla contact aku ataupun rakan aku.


jadi, selamat beramal ;)

Feb 15, 2011

Salam Maulidurrasul

0 comments


Assalamualaikum kepader sumer pembace blog ni. Masih tak terlambat agaknya untuk aku mengucapkan Salam Maulidur Rasul. sempena dengan hari berbahgia ni, marilah kite banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Semoga cinta kita terhadap baginda berkekalan dan tidak hanya bermusim.

Jan 8, 2011

wanita

6 comments

"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya"

-Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri-


gambar dirembat dari google.

Oct 27, 2010

Good Luck For Finals Everyone!

4 comments





Esok paper first aku. sebab tu lewat skit nak wish gud luck untuk sumer (sape yang ader final exam je la) saper yang tade tu (still gud luck gak untuk incoming finals) yeah. mungkin time tu aku dah rilek2 dengan starcraft 2 dan medal of honor. wau. 

ok

aku doakan agar semua dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang. amin. think bigger ok. overcome your limit. (best plak quotes ni)

auf wiedersehen.

Oct 22, 2010

sukar bernafas : Islamic Fashion Festival

10 comments
wau. sukar nak menggambarkan ape yang sebenarnya aku lihat. dulu, aku ader terbace tentang islamic fashion shows ni. tapi tak nampak la gambaran secare menyeluruh. ok la gak. sebab boleh jadi alternatif kepade dunie fashion masekini. dan boleh menaikkan ekonomi negara islam seluruhnye,

tapi

dengan pendedahan terbaru ni. baru lah aku tersedar tersentak dan seangkatan dengannye. aneh la jugak. kate islamic fashion festival.

sumber gambar diambil dari  facebook, primalaya, ohtidak dan juga en.google.


seksi tak seksi tak

cube kire berape yang tutup sumer


yah

ni yang paling watdehel sekali


oh. ini sangat bahaye. dan ofkos. tv arus perdana tade plak cerite pasal ni. aku cube google. tapi ape yang aku jumper hanyelah dari harakah.

dan sepatutnye kalau nak buat fashion shows begini, jangalah letak gunakan nama ISLAM. pakailah "NOT ENOUGH KAIN FASHION SHOWS" atau "seksi tak fashion shows" atau banyak lagi.

dan seperti biase

penaungnye adalah first lady........................google sendiri.


tahniah Malaysia.


Aug 29, 2010

jangan mudah terkeliru

2 comments
Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong BUKAN ISLAM DIHARUSKAN memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat MENDAPAT KEIZINAN PIHAK PENGURUSAN MASJID dan perlakuan serta tingkah laku mereka TIDAK MENCEMARKAN KESUCIAN MASJID dan sentiasa TERKAWAL DAN BERADAB. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau BERTAFAKUR oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah DILARANG.

 

Keterangan/Hujah: 
 
  1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
     
  2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
     
  3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
     
  4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.


di ambil sepenuhnya dari laman web Fatwa Kebanggsaan

May 28, 2009

Hukum Memakai Perfume Beralkohol Ketika Solat

8 comments
*gambar diatas adalah hiasan semata-mata

menjadi persoalan jauh di sudut hati aku. adakah perfume yang mempunyai unsur alkhohol di benarkan di bawa ke solat. dulu, aku pernah bertanyakan pada ustazah aku ketika aku di sekolah menengah, jawapannya sama seperti apa yang aku tulis sebentar nnt. walaupun ketika itu hatiku lega mendengar jawapannya, ada juga yang berpendapat bahawa perfume beralkohol tidak dibernarkan di bawa ke solat. adakah PERFUME BERALKOHOL BOLEH DIBAWA KE SOLAT?

jawapannya:

1)HARUS DAN SAH SOLAT, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis.  Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk  Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh  (mati)  dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh Prof. Dr Abd Fatah Idris  melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

Walaupun begitu, kite seharusnya berhati-hati dalam memilih perfume yang sesuai yang tidak mengandungi bahan-bahan yang ditegah seperti lemak haiwan, LARD (babi) dan sebagainya.

Apr 17, 2009

Doa Buat Semua Sahabat

2 comments

Mar 9, 2009

Salam Maulidurrasul

0 comments

Dec 4, 2008

9 Petua Doa Dimakbul

0 comments

tengah aku selak2 surat khabar selepas makan tadi, terbacalah aku satu ruang Variasi dari Harian Metro ni, yang bertajuk Sembilan Petua Doa Dimakbul, tertarik la hati aku nak berkongsi bersama2, lagipon, keputusan exam aku dah nak kuar, berdebar dan takut pun ada, hurm,
jom kita tengok petua untuk doa kita dimakbulkan




BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."



dipetik dari Harian Metro, Khamis 4 Disember
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."