My Followers

Ads

Mar 30, 2011

anda peminat atau pernah bermain Angry Birds? Micheal Bay akan buat movie

2 comments
Angry Bird Movie Trailer



ye. pastinye korang pernah atau main atau paling ketinggalan pun nampak la game Angry Birds ni. game ni memang best, tapi aku tak minat main sebab aku tak pandai main kot? haha.

by the way, ni parody je, takkan nye Micheal Bay tu nak wat movie pasal Angry Birds tuh. tapi tak mustahil kan?

Mar 28, 2011

Blog Reka : Contest dari Anjung Streamyx

9 comments
BlogReka Sdn. Bhd.



sebenarnye, nilah kali pertama aku menyertai mana-mana contest yang memberikan hadiah yang agak lumayan. 1st prize rm150. oklah tu. lepas la topup sebulan. haha. 

Anjung Streamyx ni sebenarnye salah satu produk dibawah syarikat Blog Reka. ya salah satu produk tempatan yang berasaskan web pertama. (pertama maksudnye aku baru jumpe dan kenal. haha). dekat anjung streamyx ni kite boleh daftar, upgrade mana-mana produk dari Telekom (TM). contohnya korang pakai streamyx biasa. pastu nak upgrade Unifi. korang boleh daftar dekan blog ni. just daftar jek. selebihnyer pihak dorang yang kan uruskan selebihnye. mudah kan? tak perlu beratur panjang dekat TM Point tuh.

well. kalau korang klik website anjung streamyx tu, dari segi promosi yang terlatest dari TM sumer dah diupdate dekat situ. so, literally, korang leh belek puas-puas untuk buat decision maner satu pakej korang nak then, korang leh tanye pihak dorang untuk lebih lanjut. bagi aku ianya mudah disebabkan korang tak perlu buat decision terlalu cepat. yelah. cube korang bayangkan. korang pernah tak pergi mane-mane promosi internet, camner dorang punyer ayat? mesti manis kan. then, biler korang dah belah dah sign up sumer. pastu dah tak ingat saper yang promote kan? jadi bagi aku, servis yang ditawarkan oleh Anjung Streamyx ni better more than those promoters.
great product

antara pakej yang ditawarkan

maknenye, servis yang boleh ditawarkan ni is quite better and rather convincing than the promoters tuh. am i right? bagi aku lebih mudah servis camni in the future. Tak selamat? well, bagi aku dekat website die tuh dah terangkan macam-macam. they also provide FAQ (Frequently Ask Question) so. mane-mane part yang korang kurang paham, dorang dah sertakan kat situ. well for me, it's rather convincing than the promoters. haha.

i hope those guys at blog reka can provide other brand as well. oh. dorang on the way rupenye. so mudahlah bagi sesaper yang taknak pakai streamyx, dan nak pakai P1 Wimax contohnyer, boleh la daftar kat situ. aku ni pun bakal pengguna broadband one day. sebab mungkin aku nak pakai time keje ke. yelah. manela tau keje aku banyak travel nanti. nak kene anta repot kat bos ke. tu mungkin kegunaan broadband tuh. haha. dan aku berharap gak mungkin dorang leh kasi free gift ke in the future? haha. kan best.

well enough say. they had a good product accompanied with great service. in the future it could bring us comfortness by the way. yeah.

Blog reka juga ada sediakan perkhidmatan seperti servis, menjual alat peranti, design web. tapi mostly sumer tu masih lagi dalam pembikinan. ni mesti kalau dah siap mesti sedap punyer. mane taknyer sumer ader dalam tu.



Anjung Streamyx contest


memandangkan syarat-syarat contest tu adelah mengajak rakan-rakan untuk menyertainye, jadi aku nak tag sahabat-sahabat blog aku yang aku dah senaraikan kat bawah. jadi rajin-rajin la korang tag kawan korang gak. supaye cerah peratusan nak menang contest ni. cool wehh!!. haha.

1. Miss Yaty
2. Aanis
3. Nadhirah
4. Fatin Liyana
5. Anis Hamzah
6. Aza

lepas korang tag kawan korang. sila isi borang dekat websitu tu ek. senang dorang nak trace kot? haha. ape-hal pun semoga maju jaya korang!

link web tersebut

p/s : tarikh tutup 31 Mac 2011. sila cepat2 buat yeee

Mar 20, 2011

Perkhidmatan Pengesanan Sinaran Individu

0 comments
korang pun sedia maklum kan bahawa, sinaran radiasi dari Jepun tu anytime boleh sampai Malaysia walaupun peratus sangat rendah. Luckily, pihak Atomic Energy Licensing (AELB) ataupun Lembaga Perlesenan Tenaga Atom ader menyediakan khidmat pengesanan sinaran individu yang dijalankan secara percuma. This is seriously good news.

dekat website AELB ader menyediakan data terkini bacaan paras sinaran yang diupdate secara live. (boleh check dekat sini) biler aku bace-bace data tu, memang ader turun naik. data tu pun diambil dekat Senai, Sri Aman dan Kudat. Pada mulanya aku pun agak terkejut, tapi sinaran radiasi ni banyak dekat sekeliling kita, kemungkinan besar data turun naik tu datang dari sekeliling kita dan bukannya dari sinaran di Jepun.

Peta Lokasi Ibu Pejabat AELB

kalau nak check sinaran radiasi ni boleh check dekat Ibu Pejabat AELB di Dengkil. Boleh check dekat sini kalau nak lebih detail.

People, kite tak tahu dan kite memang mintak dijauhkan dari bala sinaran tu, tapi as a precaution, kite boleh amik tindakan macam pengesanan sinaran ni, kite tak tau, ape yang akan berlaku mase depan. 


thanks to : AnjungSazuwi for the info

Update : Fukushima Fifty, 5 mati, 15 cedera, dan sesetengah cedera

5 comments
Pihak penyelamat sedang menyiram air dekat reaktor nuklear. lihat betapa dekatnya penyelamat ini dengan reaktor tersebut.

semasa artikel ni ditulis, 'Fukushima Fifty' (aku ader terangkan dekat post sebelum ni, sila klik) mereka yang bertungkus lumus untuk menyelamatkan Jepun daripada bencana nuklear terburuk, telahpun diantara mereka yang menemui ajal, dimana kini 5 orang telah pun mati, 15 lagi cedera, dan beberapa lagi penyelamat kini berada tahap kritikal dimana AFP menyebutkan bahawa, 'the radiation will kill them'. sangat sedih.

adakah pihak bertanggungjawab sudi memaparkan hero 'Fukushima Fifty' ni. they are the true heroics. aku sangat berharap agar bencana nuklear ini tidak menjadi seburuk 'Chernobyl'. amin.



sumber dari DailyMail

Mar 19, 2011

Serius : Jepun sahkan kebocoran radiasi nuklear boleh membunuh

3 comments
Tokyo Electric Power Company Managing Director Akio Komiri mengangis setelah mengumumkan bencana tersebut.


Bos kepada syarikat nuklear semalam, menangis dalam mengumumkan bahawa kebocoran di reaktor nuklear sudah berada di tahap boleh membunuh manusia. satu kejadian yang disifatkan sebagai bencana yang agak serius.

Agensi nuklear dan industri Jepun, mengesahkan bahawa bencana ini sudah berada di tahap 5, dimana ianya boleh mengakibatkan 'kematian akibat radiasi'.

this is serious people! sebaran radiasi ini telah pun sampai di California, Amerika Syarikat, tapi ianya diklasifikasikan tidak merbahaya. tapi, still dah sampai USA. boleh check sini.


sumber dari DailyMail

Mar 18, 2011

Tahap-tahap radiasi

0 comments


kalau korang nak tau, tahap radiasi ni diukur dalam milisieverts (mSv). Tahap radiasi ni terbahagi kepada 3. Tahap rendah (tolerate levels), tahap sederhana (moderate levels), tahap tinggi (high risk). 

Tahap yang tertinggi 10,000 mSv akan membawa maut dalam beberapa hari. Radiasi ni sebenarnya digunakan dalam penggunaan harian. Mostly, dipakai dekat hospital, seperti X-ray, mammogram, CT Scan. Pekerja kapal terbang juga terdedah dekat radiasi ni. tapi radiasi tahap rendah ni sekitar 0.1 mSv - 20 mSv.

radiasi ni boleh diukur dengan menggunakan gieger counter. rasenye mase zaman sekolah menengah ader tunjuk mende ni. laenla korang ponteng kelas fizik. dekat U.S permintaan tinggi terhadap gieger counter ni. dan juge 'nuke pills' iaitu potassium iodide. sebab dorang dah start takut. yela, radiasi tu boleh sampai dekat U.S. sebab tiupan angin menghala ke U.S (Fuh!)


Fukushima Fifty : Nasib pekerja kecemasan nuklear di Fukushima, Jepun.

2 comments
Jepun kini sedang bertungkus lumus untuk mengelakkan berulangnya tragedi 'Cherbobyl' dan mungkin lebih buruk, setelah beberapa reaktor nuklearnya musnah akbibat gempa bumi tempoh hari. tetapi, ianya mungkin tidak seburuk mana dimana nuklear di 'chernobyl' mereka tidak berjaya 'shut down' reaktor, tetapi di Jepun, mereka berjaya 'shut down' reaktor mereka semasa berlakunya gempa bumi.

tapi, di Jepun ianya melibatkan 4 reaktor atau lebih, dimana jikalau fikir secara logik, ianya tetap merbahaya.

pada masa post ini ditaip,180 pekerja kecemasan nuklear di Jepun sedang bertungkus lumus untuk menyejukkan reaktor nuklear mereka dengan menggunakan air laut. sejauh mana keberkesanannya tidak lah diketahui. tetapi, apa yang pasti, pekerja ini sudah tentu terdedah dengan radiasi nuklear yang sangat tinggi, dan digelar 'suicide mission'. dimana, jikalau mereka berjaya mengharungi musibah nuklear ini, sama ada mereka mengalami pelbagai masalah kesihatan akibat radiasi nuklear atau pun mereka mati sebagai wira penyelamat

mereka digelar 'fukushima fifty' disebabkan mereka bergilir-gilir sebanyak 50 orang untuk menyejukkan reaktor tersebut. They are 'unfamous hero'. 

Rektor Nuklear di Fukushima, Jepun

pekerja kecemasan nuklear sedang melakukan penyelamatan

pekerja keselamatan sedang berkumpul di Fukushima

Helikopter tentera juga dikerahkan untuk membantu

Turutan gambar helikopter menurunkan air


sumber dari DailyMail

Mar 15, 2011

Apakah reaksi pengguna Facebook terhadap bencana Gempa Bumi dan Tsunami

0 comments
11.3.2011. tarikh yang telah memperlihatkan tanda-tanda kecil kiamat. Tarikh ni juga merupakan tarikh hitam buat penduduk Jepun dan seluruh dunia amnya kerana telah berlaku kejadian gempa bumi dan tsunami yang terdahsyat sejak 140 tahun dahulu.

masa malam tu aku tengah makan dekat Restoran Hakim, skrin besar yang selalu tayang bola, malam tu tokey Hakim (aku tak tau name tokey die) telah membuka channel Al-Jazeera. yang mase tu tengah tayang secare live kejadian Tsunami dekat Jepun.

reaksi orang? time tu aku tergamam (padahal aku dah tgk berite sebelum kua makan) dan ade la plak satu kumpulan kanak-kanak (aku maksudkan student) ni yang kononnye makan satu kelas kat situ ramai-ramai tergelak-gelak seolah-olah macam tiada apa yang berlaku. sedih aku tengok.

well. enough say. graphic kat bawah ni menunjukkan reaksi pengguna Facebook terhadap kejadian tersebut.


sumber dari Mashable

disiplin orang jepun selepas aftermath yang patut rakyat Malaysia contohi

5 comments
aku tanak post ape-ape sahaje yang berkaitan dengan cerite wayang hikayat tandoori payat ke, merong ke merongan ke, hikayat pendekar baru ke ape ke. kesemue itu disebabkan due orang blogger ni (teratakaanis dan anjungsazuwi yang pergi berseronok tanpa melihat aku yang tergapai-gapai.

ok. post ni berkaitan disiplin rakyat Jepun yang sangat high value. bayangkanlah, lepas teruk dilanda Tsunami mahupun jenaka dari mereka yang tak pernah sensitif akan perasan orang lain (berita hairan dan artis fizz fairuz) aku merasakan memang patut sangat orang Malaysia ni contohi rakyat Jepun. Tak lupe juger negara-negara yang pernah dilanda musibah seperti negara Afrika, Amerika dan sebagainye.

Johor dilanda banjir pun kecurian berleluasa. tu baru banjir dekat johor. kalau (korang pikirlah sendiri malas nak citer)

jom tengok gambar ni.

(gambar ni sumer dirembat dari BlogSerius. aku malas nak google. blog ni gak kasi aku inspirasi nak taip dekat post kali ni)


Mar 6, 2011

Hari Terbuka Tentera Darat 2011 : Gambar hari kejadian

11 comments
Hari Terbuka Tentera Darat 2011 : Dataran Merdeka

Salam pembuka bicara.
pagi tadi aku dengan blogger syazwie pergi ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pameran aset-aset tentera darat sempena Hari Terbuka Tentera Darat 2011. Majlis ni sebenarnya berlangsung selama 3 hari. Pagi tadi pun aku dah agak terlewat sampai sedikit disebabkan tersesat nak cari LRT di PJ.

Mar 3, 2011

Bayaran saman dilanjutkan hingga 10 Mac ini.

6 comments
Tempoh bayaran saman dilanjutkan sehingga 10 Mac 2011

Berita baik untuk mereka yang terlepas untuk membayar saman. Pihak kerajaan bersetuju untuk melanjutkan bayaran saman yang diberi diskaun sebanyak 50 peratus sehingga 10 Mac 2011. Jadi tunggu apa lagi. Bagi mereka yang mempunyai saman tertunggak, baiklah rebut peluang ini. Jangan tunggu sehinngga saat akhir.

gambar diambil dari BeritaHarian
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."