My Followers

Ads

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Aug 29, 2010

jangan mudah terkeliru

2 comments
Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong BUKAN ISLAM DIHARUSKAN memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat MENDAPAT KEIZINAN PIHAK PENGURUSAN MASJID dan perlakuan serta tingkah laku mereka TIDAK MENCEMARKAN KESUCIAN MASJID dan sentiasa TERKAWAL DAN BERADAB. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau BERTAFAKUR oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah DILARANG.

 

Keterangan/Hujah: 
 
  1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
     
  2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
     
  3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
     
  4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.


di ambil sepenuhnya dari laman web Fatwa Kebanggsaan

Dec 7, 2009

Sicko

0 comments







maybe all of you wonder, what the title is all about?

late this evening, I've watched a movie at HBO, entitled Sicko. at first, i thought it was another expensive-replay-boring movie that my parents had to pay at astro.

but, that evening, the movie were different

the movie who were directed by Michael Moore who a documentary movie maker at America.

The film investigates the American health care system, focusing on its health insurance and pharmaceutical industry. The film compares the for-profit, non-universal U.S. system with the non-profit universal health care systems of Canada, the United Kingdom, France and Cuba.

for example. a citizen in United States has to pay expensive bills for their health needs. maybe around thousand dollar. BUT, in U.K, France, Canada and communist nation, Cuba, their citizen can get their health care and needs for FREE.

another example. in U.S, a citizen who had lungs problem, had to buy inhaler (sejenis rawatan utk pesakit lelah, yg sedut2 tu) for $150 dollar. but in Cuba, they need to pay 5 cents.

this show that the health system in U.S is far more worst rather than U.K, France, Canada and Cuba.

to make things worst, even the prisoner at Guantanamo Bay can get health need far more BETTER than the soldier that had to care for the prisoner.

that's why the Michael Moore, take the citizen who had health problem and didn't get the proper health care because of the expensive bills and no insurance cover take the citizen near the Guantanamo Bay to YELL and  want to have proper necessary health care, there. but it's doesn't succeed.

then, they went to the CUBA, and try to find the difference between U.S and CUBA health system. there, there were given proper, nice, comfortable health needs, for FREE. FREE. i repeat FREE.

they were cry because of the differences. the citizen who were taken by the Michael Moore were people who are volunteering in Ground Zero, WTC. they got the health problem there. but the U.S government denied their needs.

so sad.

so, I've sit back and thinks. there is no different also in my nation, Malaysia. yes, we still got the free health needs in government hospitals. but, korang pun pikir sendiri la. beza hospital kerajaan ngan swasta. I'm not saying that i didn't thanks fullness. but, a citizen suppose to have good health care and needs, and they doesn't suppose to be overburden with the hospitals bills and so on.

korang ingat lagi x, yang kerajaan ader cadang nak tuka sumer hospital menjadi swasta? peh. i guaranteed, that if that plan will happen, I'm sure that they will be many citizen died. not because of the disease, but the bills.

ah, later on, i will do some research about the health system in Malaysia. need to.

p/s: pasneh nak try tgk sumer movie by Michael Moore

Jan 28, 2009

Kebenaran Yang Tidak Diketahui/Dilupai?

0 comments

sebenarnya aku terdetik nak menaip pasal gaza ni selepas aku membaca suratkhabar pas semayang maghrib tadi. terbaca rencana tentang palestin, dimana Dr.Sheikh Muzaphar ada memberi bantuan kepada warga palestin. die merupakan pakar bedah, dan sedang memberi rawatan kepada penduduk palestin, syabas diucapkan. tp itu bukan isu utama yang aku nak taip, ape yang aku nak ceritakan tentang mangsa yang telah dirawat oleh Dr.Sheikh Muzaphar tadi, dimana mangsa tersebut hancur tangannya akibat bedilan israel laknatullah dan tidak mendapat rawatan selama 20 hari. bayangkan, sakit dan tidak mendapat sebarang rawatan. pada mulanya mangsa sudah pon sudah bercadang untuk pergi ke hospital di kaherah mesir, tp terpaksa melupakan hasrat tersebut disebabkan sempadan di rafah ditutup. dan berkampung disitu selama 2 hari dan terpaksa berpatah kembali. dan, petugas serta bantuan tidak dapat dihulurkan disebabkan pintu utama sempadan gaza di rafah. bantuan dari seluruh pelusuk dunia yang ditujukan untuk dihulur kepada penduduk palestin tersangkut di sempadan rafah tersebut. Persoalannya mengapa sempadan ditutup? mengapa kerajaan mesir menutup? aku cuba mencari jawapan di google, tp dapat sedikit sahaja informasi.

sebenarnya sebelum peperangan dilancarkan, Israel telah melakukan beberapa perjumaan penting dengan pemimpin dunia, Blair dan pemimpin dunia Arab. Dalam akhbar di Yahudi, dilaporkan bahawa peperangan ini sengaja dilancarkan dan matlamat utamanya memansuhkan kewujudan Hamas dari tanah arab




Husni Mubarak (pemimpin Hamas) menyatakan 'sesungguhnya darah rakyat Palestin bukanlah murah.' Ini bermakna perniagaan sedang berlaku. Munafik inilah yang kini sedang meletupkan terowong-terowong rahsia Hamas di Rafah. Pembiayaan peletupan terowong-terowong ini adalah di bawah tanggungan Amerika Syarikat. Israel hanyalah kambing hitam dunia Arab dalam menghapuskan pengaruh Islam haraki yang dipelopori oleh Ikhwan dan pertubuhan Hamas. Dan munafik ini juga adalah orang yang seharusnya diperangi sama seperti israel laknatullah. mengapa?


1. bersekongkol dengan barat dan israel laknatullah

2. menutup sempadan di Rafah, mengakibatkan bekalan bantuan kemanusiaan terputus

3. mengharamkan tunjuk perasaan di Mesir

4. Palestin kene serang, die sibuk nak perdamaian dengan israel. Al-quran dah pernah cakap, yahudi adalah bangsa yang tidak akan menepati janji, dah, watpa nak berdamai dengan israel laknatullah?


Sebenarnya Hamas dikepung oleh ular-ular yang mematuk dari luar dan dalam. Mesir kini dijanjikan pengaruh politik terkuat oleh Barat. Inilah yang dikatan 'harga mahal' yang mereka raih dari penjualan nyawa bangsa Palestin di Gaza.



"Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.'Kecuali (pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Boikot Barangan Israel

0 comments





Mengapa Kita Harus Boikot..?
Apakah gunanya kita melaksanakan kempen boikot itu?" Untuk menjawab persoalan tersebut, aku ingin menarik perhatian semua saudaraku terhadap situasi politik global yang sedang berlaku sekarang. aku yakin bahawa semua saudaraku telah sedia maklum terhadap pembunuhan dan penindasan beramai-ramai umat Islam ketika ini di kebanyakan negara Islam. rasanya tidak perlu untuk aku mengulas lebih lanjut tentang perkara ini kerana kita boleh melihat kekejaman israel & amerika di akhbar2 mahupun televisyen. Sebagai umat Islam, aku tidak sanggup untuk melihat saudara seagama terus dibunuh dan dirampas hak mereka. Dan di dalam masa yang sama juga,kita tidak mempunyai kekuatan persenjataan langsung untuk menghadapi mereka. Satu-satunya sumber penentangan yang dimiliki oleh umat Islam ialah melalui suara dan ekonomi. Untuk mengangkat senjata, sudah tentu kita tidak mampu. Oleh itu, kuasa yang ada pada kita hanyalah pernyataan ketidakpuashatian terhadap dasar luar Amerika melalui kuasa membeli.

aku juga sedar dan tahu bahawa, pemboikotan barangan keluaran negara pengganas Amerika dan sekutunya merupakan satu cabaran yang teraamat sukar . yelah, kite pun tahu, sebahagian dari kita membesar dengan produk-produk keluaran negara tersebut dan amat sukar untuk kita mengikisnya dari hidup kita. Dari sudut perniagaan pula, amatlah sukar untuk kita bertindak memboikot barangan keluaran mereka sekali gus. Walaupun ianya sukar, bukan bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa langsung. Semua manusia mempunyai kemampuan yang terbatas. biarpon begitu, ader tiga barangan utama yang patut diboikot secara langsung, COKE,STARBUCK DAN COLGATE.

hurm, abes disitu, ini aku nak cerita pulak ketika aku pulang dari uitm aritu, ketika aku melalui mcdonald, alangkah terkejutnya aku, tatkala melihatkan ramai lagi orang islam yang makan di tempat tersebut, mereka tidak tahukah, mcdonald adalah barangan amerika yang memberi sumbangan terhadap israel laknatullah? mereka bergelak ketawa, seperti tiada apa yang berlaku, dan yang menghairankan, yang ramai pengunjung adalah, orang islam melayu,,

sangat menyedihkan,


list barangan yang diboikot sepenuhnya, klik sini

Dec 28, 2008

Sedikit Ulasan Tentang Isu Hukum Hudud

0 comments
Assalamualaikum.
erm..isu hudud kembali lagi. Dibangkitkan ketika wawancara Transformasi Politik yang dihadiri pensyarah terkenal, Husam Musa dan Khairy Jamaluddin. Khairy bertanya adakah PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara. Husam berkata 'YA'

senario ini menggambarkan bahawa, Khairy cuba memerangkap Husam ketika PAS sudah tidak lg berkata tentang perlaksanaan hukum hudud. dia cuba menggoyahkan pakatan rakyat. haha~

apa yang saya tahu tentang hukum hudud ialah, Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.

Hudud hanya UNTUK ORANG ISLAM. itu yang paling penting. Tujuan Khairy tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina khusus di Parlimen Kuala Terengganu yang akan menghadapi Pilihan raya Kecil tidak lama lagi.

kenapa PAS tidak lagi berkata tentang Hudud? pertama, ianya tanggungjawab umat Islam, bukan PAS seorang. Kedua, nak ajak umat Islam 'LAIN' supaya menggerakkan Hudud pon susah, degil, siap dipermainkan lagi hukum tersebut. ketiga, Rasulullah s.a.w pon nak sebarkan Islam secara peringkat2, xder main terus je. kite sedia tahu bahawa Malaysia hidup berbilang bangsa, tidak boleh main buat gitu sahaja, keempat, ada pihak cuba menakut2kan agama lain dengan hukum hudud ini. ini sangat bahaya,,

hurm..tp yang paling penting, isu ni dah sangat lama, dah nak pilihanraya barulah isu ni timbul kembali,
sila lihat video ini

sebelum menutup tirai, Hudud adalah hukum dalam Islam, orang selain Islam nak berkata tentang Hudud, saya tidak marah, mereka tidak faham, tp jikalau umat Islam itu sendiri, memperlekehkan Hudud, saya cukup marah, tidak tahu Iman mereka berada di tahap mana.

jadi, kepada semua rakyat malaysia, buka fikiran anda, ada pihak cuba memainkan isu ini, ini isu agama, tidak boleh dipermainkan,

sekian..


p/s: jika ada tersilap fakta atau pun kata2 saya minta ampun, minta maaf, saya insan lemah yang mahu berkata2 tentang hukum Islam.

Dec 5, 2008

Jabat Tangan Mesra Syeikh Al-Azhar dan Presiden Israel, Lukai Kaum Muslim Dunia

0 comments

Sungguh memalukan dan pastinya melukai umat Islam sedunia. Syeikh Al-Azhar dengan penuh keakraban berjabat tengan dengan pemimpin penjajah Israel. Jurucakap Al-Ikhwan di Majlis Rakyat Mesir, Hamdi Hasan, mendesak untuk meminggirkan Tantawi, berkaitan "jabat tangan mesra" antara Syeikh Al-Azhar Mommahad Sayid Tantawi dengan Presiden Israel Shimon Peres. Jabat tangan dengan senyuman lebar itu berlaku di dalam Seminar Dialog Antara Agama yang diadakan oleh PBB lalu.

Hassan berkata di parlemen, "Apa yang dilakukan itu sebagai penghinaan yang mendalam bagi Mesir, Arab dan Islam dan para syuhada ketika Ghaza terkepung ditutup oleh sekatan Israel dari semua laluan."

Dalam pernyataannya mereka mengatakan bahwa jabat tangan yang akrab ini terjadi ketika Genting Gaza disekat, sambil tersenyum penuh keakraban yang menyebabkan dirinya dan sebagian besar negara Mesir terkejut. Ketika dia diharapkan mendatangkan fatwa untuk mendukung kaum Muslim yang terperangkap di Gaza dan berdiri di depan Al-Azhar untuk mendesak kaum Muslim mendukung keluarga dan saudara-saudara mereka di Palestin. tetapi sebaliknya yang terjadi amat melukai umat Islam.

Syeikh Tantawi diminta untuk meminta maaf kepada semua kaum Muslim atas jabat tangan yang tak dapat diterima tersebut. Bukan hanya sebatas melalui kata-kata, tetapi secara serius berada dalam posisi mendukung masyarakat Palestin yang terkepung.

Ulama yang Memalukan

Agenda pertemuan Dialog antara Agama, Budaya dan Peradaban yang diadakan di PBB tersebut dianjurkan atas inisiatif Raja Abdullah bin Abdul Aziz, berakhir pada tanggal 17/11/08. Seminar ini seolah-olah sebagai pertemuan normalisasi (hubungan Israel-Palestin), di mana Presiden Israel, Simon Perez memuji Raja Abdullah bin Abdul Aziz, dengan mengatakan:
“Yang Mulia, Raja Kerajaan Arab Saudi, saya telah mendengar dengan saksama isi surat Anda. Saya berharap suara Andalah yang akan memimpin semua bangsa di seluruh kawasan tersebut. Sebab, suara ini benar. Dan, memang ada keperluan ke arah sana. Itu juga merupakan janji.”
Sementara itu Hizbut Tahrir di dalam laman web rasmi mereka mangatakan, "Inilah yang diinginkan oleh para penguasa hina dan aib dalam seminar mereka ini. Mengumumkan berakhirnya perang agama, benturan peradaban, normalisasi hubungan, persamaan Islam dengan agama-agama yang menyimpang, menghormati hukum antarabangsa dan menyelesaikan konflik Palestin-Israel dengan prinsip Barat."
Terkait dengan sikap ulama mereka mengatakan, "Sesungguhnya para ulama’ agung kaum Muslim di masa lalu tidak popular dan dikenal hingga saat ini, karena kedalaman ilmu dan kefakihan mereka, sebab ulama’ dan fuqaha’ pada zaman mereka sangatlah banyak. Namun, para ulama’ agung kaum Muslim di masa lalu popular dan dikenal hingga saat ini karena sikap mereka, serta perlawanan mereka terhadap berbagai problematika utama yang mereka hadapai pada zamannya."
"Di manakah ulama’ agung kaum Muslim saat ini? Di manakah kalian, ketika menghadapi problematika utama umat? Di manakah posisi kalian dalam konteks kenyataan Imam al-Ghazali: “Rosaknya rakyat, karena rosaknya para penguasanya. Rosaknya para penguasa, karena rosaknya para ulama’,” tanyanya.

Sumber: Syabab.com
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."