My Followers

Ads

Jun 24, 2011

Tahniah Harimau Muda!

0 comments
Harimau Muda bersorak bersama penyokong ketika perlawanan Malaysia vs Lubnan


buat mereka yang tak tau, atau buat-buat tak tau, semalam adalah berlangsungnya perlawanan second leg antara Harimau Muda lawan dengan Lubnan untuk kelayakan Olimpik di London nanti. keputusannya adalah 2-1 dimana Harimau Muda berjaya memenangi perlawanan semalam. adalah menjadi satu kesilapan yang amat besar, aku tak berada di Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan paling bersejarah ini. 

aku hanya dapat menyaksikan perlawanan semalam hanya di medan selera, berserta dengan pelanggan lain dan juge tukang masak. haha. sorakan dari penyokong Malaysia di stadium boleh kedengaran di kaca tv tersebut. 

first half, Harimau Muda berjaya menjaringkan gol melalui Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal. gol Irfan melalui rembatan yang super padu yang berjaya menipu gol keeper Lubnan, dan gol Wan Zack Haikal adalah gol bertaraf 5 bintang yang di 'through pass' oleh Gary. very nice. game first half memang rancak dan Harimau Muda main memang ader class. sumpah sekali lagi rugi tahap gaban aku tak pergi stadium semalam.

second half, game yang paling 'pumping adrenaline tahap dewata raya' dimana team Harimau Muda terpaksa bermain 10 orang setelah Gary dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua, bayangkanlah terpaksa bermain 10 orang berlawan Lubnan yang dimana top 13 Asia, saiz badan dowang plak memang jauh beza ngan Harimau Muda, gelecek plak boleh kalahkan defend 4,5 orang. Harimau Muda terpaksa  defend kubu gawang gol dan takde serangan ke arah gawang lawan disebabkan kesemua player turun untuk mempertahankan gawang. walaupun Lubnan berjaya merapatkan jumlah gol, tapi ape yang aku kagum terhadap pemain Harimau Muda ni, dowang tak mengalah, sehingga ke minit terakhir perlawanan.

atas kemenangan ni, Harimau Muda akan lawan peringkat kumpulan. yang akan diundi 7 Julai ini. 3 negara untuk 4 kumpulan akan berentap dalam kumpulan masing-masing dan pemenang dari setiap kumpulan akan pergi ke Olympic di London nanti. well aku menaip ni pun dah meremang bulu roma sebab kalau Harimau Muda berjaya melayakkan diri, ini akan menjadikan Harimau Muda pertama kali melayakkan ke Olympic nanti. tapi perjalanan masih lagi jauh.

oh ya, buat pengetahuan pembaca juga, Harimau Muda adalah hanya team dari negara Asean yang berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan. sekali lagi tahniah.

sumber : Wikipedia dan Sokerleaks
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."