Assalamualaikum.
erm..isu hudud kembali lagi. Dibangkitkan ketika wawancara Transformasi Politik yang dihadiri pensyarah terkenal, Husam Musa dan Khairy Jamaluddin. Khairy bertanya adakah PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara. Husam berkata 'YA'
senario ini menggambarkan bahawa, Khairy cuba memerangkap Husam ketika PAS sudah tidak lg berkata tentang perlaksanaan hukum hudud. dia cuba menggoyahkan pakatan rakyat. haha~
apa yang saya tahu tentang hukum hudud ialah, Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.
Hudud hanya UNTUK ORANG ISLAM. itu yang paling penting. Tujuan Khairy tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina khusus di Parlimen Kuala Terengganu yang akan menghadapi Pilihan raya Kecil tidak lama lagi.
kenapa PAS tidak lagi berkata tentang Hudud? pertama, ianya tanggungjawab umat Islam, bukan PAS seorang. Kedua, nak ajak umat Islam 'LAIN' supaya menggerakkan Hudud pon susah, degil, siap dipermainkan lagi hukum tersebut. ketiga, Rasulullah s.a.w pon nak sebarkan Islam secara peringkat2, xder main terus je. kite sedia tahu bahawa Malaysia hidup berbilang bangsa, tidak boleh main buat gitu sahaja, keempat, ada pihak cuba menakut2kan agama lain dengan hukum hudud ini. ini sangat bahaya,,
hurm..tp yang paling penting, isu ni dah sangat lama, dah nak pilihanraya barulah isu ni timbul kembali,
sila lihat video ini
sebelum menutup tirai, Hudud adalah hukum dalam Islam, orang selain Islam nak berkata tentang Hudud, saya tidak marah, mereka tidak faham, tp jikalau umat Islam itu sendiri, memperlekehkan Hudud, saya cukup marah, tidak tahu Iman mereka berada di tahap mana.
jadi, kepada semua rakyat malaysia, buka fikiran anda, ada pihak cuba memainkan isu ini, ini isu agama, tidak boleh dipermainkan,
sekian..
p/s: jika ada tersilap fakta atau pun kata2 saya minta ampun, minta maaf, saya insan lemah yang mahu berkata2 tentang hukum Islam.
Dec 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment