My Followers

Ads

Dec 19, 2008

IJN Diswastakan, apa pendapat anda?







terkejut aku tatkala melihat berita tentang IJN (Institute Jantung Negara) akan 'dijual' kepada Sime Darby berhad. Perkara yang bermain di kepala ku pada waktu itu, sudah pastinya golongan2 seperti warga emas, kanak2, dan orang miskin pasti akan merasa impaknya, manakan tidak, sudah pasti apabila IJN 'dijual' kepada sektor swasta, bil rawatan sudah pasti akan naik berlipat kali ganda.

IJN didirikan dengan satu tujuan, untuk menyediakan 'cardio-thoraric care and treatment', untuk mereka yang memerlukan dan mereka yang tidak mampu untuk membayarnya. IJN telah melakukan kerja yang baik, tetapi mengapa kerajaan hendak menyerahkan kepada sektor swasta?

pertama IJN diletakkan di bawah Kementerian Kewangan disebabkan segala kos rawatan yang sangat tinggi, dijadikan tanggungjawab kementerian terbabit. kedua, IJN merupakan peneraju perubatan dalam bidang jantung di negara ini, dan sudah berada di tahap antarabangsa, bayangkan betapa banyaknya keuntungan yang boleh dihasilkan oleh Sime Darby jika IJN berjaya diswastakan.



ini ialah kata2 dari menteri2 terbabit
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat

–Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri

Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan

–Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri

Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat

–Datuk Dr. Chua Soi Lek Timbalan Presiden MCA (Bekas Menteri Kesihatan)

Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan

–Khairy Jamaludin Naib Ketua Pemuda UMNO

Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus

–Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby



kata2 Datuk Dr. Chua Soi Lek ada bernasnya, yalah, pihak swasta sudah mengeluarkan banyak belanja, sudah pasti mereka mahukan 'KEUNTUNGAN', dan mana dapatnya keuntungan tersebut? sudah pasti dari pesakit2 yang membayarnya. dan pastinya apabila IJN berjaya diswastakan, golongan kaya dan pertengahan pasti terbatuk2 darah, manakala yang miskin pasti mati secara perlahan2 dirumah, melihatkan bil yang bakal mereka hadapi.


p.s: kaye raye lah orang2 sime darby nnt..

1 comments:

Anonymous said...

semua menteri2 mmg babi
pentingkan diri sendiri
semoga kubur mereka2 ini akan berasap
aminnn

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."