My Followers

Ads

Dec 15, 2008

BOLA SEPAK MALAYSIA



Assalamualaikum.
kekalahan pasukan bola sepak akhir2 ini di sebuah perlawanan piala AFF suzuki yang berlangsung di Thailand amat mengecewakan aku dan peminat2 bola sepak tanahair khususnya. sebenarnya sebelum perlawanan itu berlangsung, aku telah meletakkan harapan yang amat tinggi terhadap pasukan bola sepak negara. aku akui biarpun jarang menonton perlawanan bola sepak di mana2, tp secara hakikatnya aku amat sukakan permainan bola sepak yang telah dimainkan sejak berabad lamanya.

erm, apa yang aku hendak coretkan ini bukanlah berkisar tentang diriku, tapi lebih kepada senario bola sepak Malaysia. Sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan pasukan negara secara bulat2 kerana banyak lagi faktor yang menyumbang kepada prestasi pasukan negara. tp yang paling penting, pemain itu sendiri, yang seharusnya berusaha untuk membaiki mutu permainan masing2, biarpun pada perlawanan baru2 ini, Malaysia menurunkan pemain2 senior, tp masih lagi bermain seperti baru sahaja menyentuh bola.

ok, tutup disitu, erm, selain daripada pengurusan bola sepak Malaysia, FAM juga harus dirombak dari awal lagi. ROMBAK dari atas sampai bawah, kita ambil contoh pengurusan bola sepak England, dimana yang menerajuinya adalah dari kalangan orang perniagaan dan bekas2 pemain bola sepak. mereka menjadikan bola sepak itu menjadi suatu perniagaan, dan hasilnya dapat berbelanja besar untuk memperbaiki mutu bola sepak mereka, dari segi gaji mahupun latihan. Mereka juga ada membuat akademi bola sepak mereka sendiri, dimana mereka menyediakan pelapis sebelum mereka dapat beraksi sebenar dalam padang bola sepak.

MALAYSIA? nak bayar gaji coach pon x mampu. sampai berhutang2, itulah, selagi bola sepak Malaysia ni 'dikuasai' orang POLITIK, mereka yang KAKI BANGKU, mereka yang hanya pandai bercakap, tp x reti nak wat keje, selagi itulah bola sepak Malaysia akan masih lagi berada di tahap ini.

tp, nak salahkan 100% terhadap pengurusan pun x boleh gak, PEMINAT juga memainkan peranan yang penting. Lihat senario bola sepak negara laen, mereka sanggup memenuhi seluruh stadium untuk melihat pasukan masing2 beraksi, hasil daripada penjualan tiket, secara tidak langsung kita sebenarnya menyokong menyinarkan kembali senario bola sepak negara yang kian malap. malah, pemain bola sepak juga bersemangat untuk bermain melihatkan peminat yang memenuhi satu stadium.

haha. dulu mase kecik2, ayah aku selalu bawak g stadium shah alam untuk melihat pasukan negeri Selangor bermain, haha~ sampai marah2 mak aku, balek lewat malam. time tu penuh satu stadium. macam2 gelagat orang aku tengok, ader yang pakai topeng, ader yang jerit2, bile gol je, fuh gegar satu stadium. Selangor dulu hebat, tiap kali main, mesti banyak gol masuk, sampai satu ketika tu, aku nak g toilet mase tengah game, ayah aku marah aku, suruh 'tahan' dulu, dah nak abes game, tp yela dak kecik kan, mane la tahan. tgh aku kat toilet pon leh still gol lagi, wakaka~ ayah aku punyer frust time tuh, peh, x abes2 pot pet dalam kete, x dapat tgk gol. tp skang pun sumer senario tu berubah, ayah aku pon dah x berminat, alasannya, tiket dah mahal, main x bes dan macam2 lagi. haha~


jadi, aku harap, senario bola sepak negara, berubah, sekaligus nama pasukan Malaysia digeruni dan disebut2 oleh semua orang. hurm.. bile agaknye ek??

2 comments:

sAzUwI said...

kiter men skuash ar lepas nieh..sebab kiter ader ratu squash..hahah..

Solahuddeen said...

gua on je brader~
huahua~

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."