My Followers

Ads

Apr 19, 2010

Shopping Spree (PC Fair + LowYatt)



tahun ni boleh dikatakan tahun paling banyak aku shopping, darilah pakaian hingga ke peralatan komputer. tak pernah shopping sebanyak ni. ha3.

tapi aku bukan shopping menuruti hawa nafsu semata2. tapi untuk memenuhi keperluan sejagat. ha3. yela. baju dah bape taun tak tuka. nak kasi freshen up gak masuk dgree ni. he3. dompet dah berlubang sane sini. nak gak kene tukar. hu~

ok. last shopping taun ni adalah membeli desktop. memang dah menunggu dan berangan agak lama. setelah laptop Benq R56 mengalami kerosakan tahap kritikal. dan jikalau nak repair. harga die same dengan beli laptop baru. jadi. setelah diperah otak. keputusan utk membeli desktop akhirnye tercapai.

jadi. janji punye janji. ingat nak gerak dengan awie ari ahad. sebab nak bawak desktop besa gaban tu mesti nak naek kete kan. tapi plan tersebut terpaksa diubah secara drastik. memandangkan ayahku bekerja di Ampang. jadi. alang2 menyeluk perkasam. aku gerak ari jumaat. itupn lepas kelas Math. kelas terakhir sem ni.

sampai di KLCC. aku ngan awie pn gerak la ke KLCC Convention Centre. pusing punye pusing selame 2-3  jam.jmpe la satu kedai tu. kedai tu je ade jual PC Custom. bincang punye bincang. terus ambil keputusan nak beli. last2. korang tau ape terjadi? "Bos. komputer pasang bapa lama buleh siap?" tokey tu jawab " 1 minggu, u datang ambil dekat imbi plaza" aku pn terkejut seraya berkata "x boleh siap skang ka?" dan tokey tu jawab " x boleh, sbb bla bla bla pot pet pot pet"

aku pergi meninggalkan kedai tu. lalu memikirkan solution. last2. aku ngan awie gamble lari ke Low Yatt Plaza. sampai saje kat sane. pusing2. jumpe kedai, bincang punye bincang terus angkat. sbb masa pn dah suntuk. ayah aku pn dah call, biler nak sampai. dapat lah desktop berharga rm1330 siap samsung lcd 20'. peh, berbaloi2 berbanding dekat pc fair tadi.

so. korang leh bayangkan azab membawa satu set desktop. dengan lcd 20 inci. naek monorail ngan star menuju ke Ampang. aku berpeluh bagaikan baru menyertai satu larian marathon. walaupun malam dan tak ramai orang. tp aku still berpeluh menitis2.

jadi sampai dekat Star Ampang. ayahku telah pun menunggu. siap loading barang dalam keter. aku pandu keter menuju kerumah sewa di S.Alam.

ha3. hasilnya. sebuah desktop dengan low end spec. desktop ni akan ditambah menjadi lebih advanced lagi. ha3. tp tunggu ade duet la. ngee~

LCD Samsung 20"

CPU ATX Caing Tower. Casing biase2 je.

Set PC Desktop yang dah lengkap.



secare konklusinye, sape2 nak buat PC Custom dekat PC Fair KLCC. aku cadang. pergi je lah dekat low yatt terus. sebab sane lagi bnyak pilihan. ha3. PC Fair cume bagus cuci mate je. hak3~

13 comments:

nuruliznie said...

wahhhh, shopping habisan nih. hehe. sedang dalam perancangan beli desktop gak nih kat umah. wows, 1330 je. sangat berbaloi :D

Solahuddeen said...

ha3. mmg shopping habis-habisan.
ngee. tp desktop ni sangat low end. bukan yg high end. sy nak upgrade bile ade duet. he3.

ps: samsung 20 inci. berbaloi2. hu~

Aanis Kamaruzaman said...
This comment has been removed by the author.
Aanis Kamaruzaman said...

"WOW!!!", kata Aanis.

Solahuddeen said...

"Gile X"
kate aku.
ha3.

Aanis Kamaruzaman said...

"ye, mmg giler", balas Aanis.

Solahuddeen said...

ha3.
tp x mobile lah. tu je.
dan sangat mengambil ruang,,

sAzUwI said...

takkan letak kat lantai kot..
kener kuar bajet beli meja lak nie..heheh

Solahuddeen said...

meja ade dah bos.
tp masterbedroom yg aku tido tu panas macam sauna. skang ni aku paking bilik boy. sejuk sket. ha3. sementare boy xdek. subwoofer die pn aku pakai. ha3.

YunHee said...

hari tu aku bli rm1200 saja! ;)
lagi berbaloi2...
lcd sma cam ko!

Solahuddeen said...

wat the fish.
tp spec laen kot

Nik Nur Faeezan said...

bestnyer.
nk jugak.hehe.

Solahuddeen said...

ha3. faeezan pn nak gak?
jom2. nnt kte g low yat same2.
hahaha.

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."