My Followers

Ads

Aug 20, 2009

Konvoi Kembara Intelek Ke Kuantan

 time ni tengah standby tunggu penunggang yang lain


Pada 8 & 9 Ogos yg lepas, aku telah join satu konvoi yg dianjurkan oleh MPP UiTM Pahang, konvoi ke Kuantan. Pada mulenye, aku x terpikir pn nak join konvoi ni, disebabkan jadual waktu yang agak penuh dan kalau aku join, aku x dapat rest kat umah pada ujung minggu. tp disebabkan perasaan ingin mencuba (aku x pernah join konvoi) jadi aku serta seorang lagi rakan aku, awie joinlah konvoi ni.

 
ambil gambar kenangan
 
tengah tunggu Yb Maran nak lepaskan
Pukul 8 pagi, kitorang seramai hampir 26 orang g join konvoi bermotor ni. (aku pn x ingat jumlah sebenar). diiringi oleh seketariat mpp (1 bas), 1 ambulan, 1 lori, 2 orang pak gad, 2 orang staff sbgai marshall. dalam 8.45pagi, kami bergerak dari UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam, yang dilepaskan oleh Yb Maran, mmg berdebar dan seronok la rasenye, sbb berkonvoi pakai vest hijau, diiringi oleh siren ambulan, tgk je mmg rase teruja. ha3~
baru lepas Tol Chenor
 
muke gembire 
Masa first selekoh dekat dengan simpang nak g Maran, ader la kemalangan kecil berlaku, tp xder la teruk sangat. Sampai je dekat Plaza Tol Chenor, time ni pak  gad nk berhenti sebentar, mungkin nak kasi taklimat kot, tetiba berlaku kemalangan yg melibatkan beberape penuggang motor, mungkin mereka follow moto di hadapan dengan agak rapat dan tak perasan bahawa konvoi sedang berhenti. naseb baik ader ambulan dan beberapa komander PBSM,

Selepas itu, perjalanan bersambung semula, wah~ rasa bile menunggang motor atas lebuhraya memang lain berbanding dengan menunggang dekat jalan biasa, bawak 120km/h rase lambat je, sebab kereta sumer memang laju. hak3~ tambah2 lagi pemandangan Negeri Pahang yang kaya dengan keindahan floranya, memang best.

Dalam perjalanan tersebut, berlaku lagi sebuah kemalangan yang agak teruk, sebuah motorsikal yang dinaiki seorang MPP, terbabas masuk ke longkang kemudian terjatuh lalu terseret dengan agak jauh, kemalangan ni berlaku betul-betul di hadapan aku.dan nasib masih lagi menyebelahi aku, disebabkan aku menunggang motor dengan agak tidak laju, dan sempat untuk membrek, kalau aku lalai time tu, nescaye dengan aku terlibat sekali dengan kemalangan tu. Penunggang tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan, die terpakse menaiki bas dan motornya terpaksa diangkut naik ke dalam lori. Kami teruskan perjalanan menuju ke Gambang.

 
Isi minyak di Gambang

Sesudah sampai di Gambang, kami berhenti untuk mengisi minyak, dan berhenti berehat, kemudian kami diberi sedikit taklimat oleh Marshall dan TP Hea, En. Mohd Mokhtar, kemudian kami sambung perjalanan kami semula, melalui jalan yang agak sempit, dan bukan lagi melalui lebuhraya. Akhirnya, kami sampai di UiTM Kuantan, pada waktu tengahari. Kemudian kami berehat sambil menonton wayang yang di tayangkan oleh MPP.

Malam itu, kami pergi ke UiTM Kampus Kuantan 2, untuk mendengar forum yang dianjurkan oleh MPP. Keesokan harinya, kami bertolak ke sebuah masjid di Indera Mahkota, Kuantan, untuk melakukan aktiviti gotong royong. Kami dibahagikan kumpulan, dan aku akan melakukan aktivti gotong royong di sebuah sekolah agama ABIM.
pagi sebelum bertolak ke Indera Mahkota

dekat sekolah agama ABIM

Masuk saja di sana, teringat balik  kenangan waktu sekolah rendah dahulu, ha3~ kemudian kami membersihkan kawasan stor. memang penat, tapi menyeronokkan. Selesai sahaja aktiviti, kami bertolak kembali ke masjid tadi. Akibat terlalu penat, dan ingin berehat, aku tidur di luar perkarangan masjid.


Selepas solat zohor, kami pun bertolak pulang ke Jengka tepat pukul 2 petang, Selesai mengisi minyak, hujan pun turun renyai2. kami masih lagi teruskan perjalanan. Memang seronok, walaupun kasut dah basah, ha3~ main hujan, sape x seronok, kan?

keringkan stokin dan kasut yg basah


Sampai di Perhentian Gambang, hujan pun berhenti. Kami berehat sebentar, dan teruskan perjalanan kembali. Kami sampai di Jengka pada pukul 6.00 petang. Kemudian kami dihidangkan sedikit jamuan ringan, dan berehat setelah lama menunggang.

Bergambar bersama Marshall dan TP HEA & Alumni, En. Mohd Mokhtar yang juga merangkap bekas pensyarah subjek Highway
Malam tu, diadakan sedikit jamuan kesyukuran, yang dihadiri oleh Pengarah Kampus,

well~ pendek kata, konvoi ni merupakan konvoi pertama dalam hidup aku dan sangat seronok mengikutinya. :D

5 comments:

alifzikri said...

salam udin,.. moto baru eh..baru skit pada ak.. ak bkj..k la..drive carefully..

Solahuddeen said...

yes. moto baru. tp moto ni dah ilang. iskh3~

alifzikri said...

ha?? cmne bleh udin..hilang kat mana?
x letak fork lock ? erm..bg no. phone skali bleh.. rindu bngt sama kamu..

Solahuddeen said...

hilang kt uitm jengka.
ha3. add aa aku dekat facebook. xkan nak show kt sini, kene spam nnt.

Anonymous said...

x de fb la din... fs x leh?? hi3..
sape yg nak spam..

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."