My Followers

Ads

Jul 26, 2009

Dari Jengka Ke Telok Panglima Garang

Salam kepade semua pembaca.
disebabkan oleh cuti express yang dibuat oleh pihak UiTM secare tiba2 menyebabkan aku mengambil keputusan untuk pulang kerumah secara terpakse. sebab banyak assignment dan keje yang melambak (tp aku duk lepak gak, hak3~) cuti ni diumumkan oleh rumate aku lepas je balek dari solat jumaat. pada mulenye aku ingat hanye gurauan semate2, tp setelah seorang rumate aku g check kat dalam uitm, mmg ader notis cuti. jadi, nak tak nak, balek la. so, aku pn decide balek dengan naek moto, sebab cuti seminggu, x kan nak tinggal motor.
 
sazuwi tgh memanaskan motor. 

aku pulang ke umah bersame dengan rumate + classmate, encik sazuwi a.k.a big boss (hak3) bertolak cadang nak gerak pas subuh (sejuk sikit) tp disebabkan oleh masalah teknikal (hak3) kitorang gerak kul 8.30 a.m. fuh~ memang berdebar aa. sebab ni la kali pertama aku naek moto untuk pulang kerumah dengan kadar masa dan perjalanan yang agak lama dan jauh.

mase perjalanan tuh, big boss neh bawak motor 100km/h, bagi aku kire laju  la tuh, motor aku plak bawak 80km/h je dah gegar. minyak pn turun dengan cepat. jadi terpakse lah aku maintain 80-90km/h. kitorang singgah sarapan dekat bera. pastu sambung jalan balek sampai dekat kuala pilah. huish. aku xpernah terpikir akan sampai ke kuala pilah dengan menunggang motor. walaupun sudah berpuluh kali aku datang situ. tp naek kete aa.

tepat kul 12 tghari, kitorang pn sampai ke seremban. terus g parking kat seremban 2 yakni terminal 2 (kalau x silap aa) ha, kt sini, kitorang layan wayang sat. tgk cite harry potter. citer ni bagi aku agak bosan dan slow. tambah2 lagi kalau x follow citer die dari awal. mmg x paham pe. tp aku layan je la, walaupun kadang2 mate aku dah terlelap sebab keletihan. pas abes tgk wayang, g lepak kat kedai makan, makan tgh ari pukul 4 petang.
 
posing semase berada di Seremban

 
MBO Seremban

pastu sambung balek perjalanan. sazuwi ni bawak aku sampai ke nilai. sebab aku x tau jalan dari seremban ke nilai. sampai je kat nilai 3, kawasan dimana aku dah tau jalan nak balek, kitorang pn berhenti pastu gerak ke haluan masing2. bile je dah sampai kawasan bandar dan perindustrian, angin die laen sket. angin yang dipenuhi dengan asap kete. mmg sakit kepale la rase. x caye cube la rase. hak3~

aku pn sampai la umah kul 5.30pm. disambut mak ayah aku yg memang tengah lepak kat luar umah di waktu petang. dowang pn x caye aku leh sampai umah. ha3~ memang penat + letih.

8 comments:

ika said...

huhu...
praktis mke perfect.
ta kesah la...
yg pntng ko da slmt smpi.
kn?
kn?

Solahuddeen said...

yep~
tenkiu!!

sAzUwI said...

5.30 ko sampai?
perasan aku kol 4.30 sampai nilai..
bapak cepat sampai umah ko..

Solahuddeen said...

tu la pasal. sbb aku bawak laju kot. tp time tu x banyak kete. traffic light pn sentiasi hijau. ahaks~

aNi EpPy said...

owhhhh...lalu nilai 3 x singgah "umah" ke dua aku pon...huahuahuahuahua

Solahuddeen said...

mane? usim ke? hak3~ datang kene ader makan2 aa makcik. x kan aku nak datang kosong jek~ ha3~

░♥si lampu neon♥░ said...

penat betul tuh! huhu

Solahuddeen said...

yep~
mmg penat, sakit punggung sangat2!!
hak3~

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."