Salam. Pada 29 hb Ogos 2009, satu peristiwa bersejarah telah berlaku. Dimana JPAM UiTM Pahang melawat JPAM UiTM Malaysia. Peristiwa ini telah diutarakan setelah sekian lama dan akhirnya setelah pelbagai rintangan melanda, lawatan ini berjaya diadakan. Lawatan ini diadakan dengan bertujuan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara unit-unit JPAM di bawah sistem UiTM.
UiTM Pahang bertolak dari Kampus Khazanah Alam pada pukul 9 pagi. Dan kami sampai ke UiTM Malaysia yang disambut oleh YDP Jawatankuasa Perwakilan Komander UiTM Malaysia dan juga naibnya pada pukul 12 tengahari. Kami dibawa melawat ke sekitar UiTM Malaysia dengan menaiki bas dan melawat sekitar bandaraya Shah Alam. Kami kemudian pergi bersembahyang ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Komander JPAM UiTM Malaysia
Kedatangan kami disambut dengan meriah. Bloggers Cik Nad ada kat situ
sampai sahaja di UiTM Malaysia, kami disambut dengan senyuman mesra oleh komander disana. Kemudian kami dibawa ke sebuah dewan kuliah, dan diberi penerangan mengenai JPKPA dan Res-Q team. Sangat berinformasi, dan kami mengadakan sesi soal jawab antara JPAM UiTM Pahang dan JPAM UiTM Malaysia
Penyelaras JPAM UiTM Malaysia, Tuan Ariffin
Penyelaras JPAM UiTM Pahang, Tuan Sairun
kemudian, kami berbuka puasa dengan hidangan yang menyelerakan. Setelah selesai sembahyang maghrib, kami dihidangkan lagi dengan kuih muih dan kami berborak dan bertukar pendapat diantara satu sama lain.
tiba waktu berbuka puasa
Bertukar pendapat
selesai aktiviti bergambar dan berkumpul
penyampaian cenderhati kepada wakil JPAM UiTM Malaysia
setelah itu, kami mengambil gambar bersama-sama dan kami memberi sedikit cenderhati buat UiTM Malaysia sebagai kenang-kenangan dan simbolik bahawa kami sudah melawat UiTM Malaysia. Kami sepenuhnya sangat berpuas hati walaupun dengan lawatan ringkas ini. Diharapkan agar masa-masa mendatang hubungan kita akan menjadi lebih erat lagi. Kami juga sangat mengalu-alukan kunjungan balas oleh pihak JPAM UiTM Malaysia.
0 comments:
Post a Comment