Jan 28, 2009
Boikot Barangan Israel
Posted by Solahuddeen at Wednesday, January 28, 2009Mengapa Kita Harus Boikot..? Apakah gunanya kita melaksanakan kempen boikot itu?" Untuk menjawab persoalan tersebut, aku ingin menarik perhatian semua saudaraku terhadap situasi politik global yang sedang berlaku sekarang. aku yakin bahawa semua saudaraku telah sedia maklum terhadap pembunuhan dan penindasan beramai-ramai umat Islam ketika ini di kebanyakan negara Islam. rasanya tidak perlu untuk aku mengulas lebih lanjut tentang perkara ini kerana kita boleh melihat kekejaman israel & amerika di akhbar2 mahupun televisyen. Sebagai umat Islam, aku tidak sanggup untuk melihat saudara seagama terus dibunuh dan dirampas hak mereka. Dan di dalam masa yang sama juga,kita tidak mempunyai kekuatan persenjataan langsung untuk menghadapi mereka. Satu-satunya sumber penentangan yang dimiliki oleh umat Islam ialah melalui suara dan ekonomi. Untuk mengangkat senjata, sudah tentu kita tidak mampu. Oleh itu, kuasa yang ada pada kita hanyalah pernyataan ketidakpuashatian terhadap dasar luar Amerika melalui kuasa membeli.
aku juga sedar dan tahu bahawa, pemboikotan barangan keluaran negara pengganas Amerika dan sekutunya merupakan satu cabaran yang teraamat sukar . yelah, kite pun tahu, sebahagian dari kita membesar dengan produk-produk keluaran negara tersebut dan amat sukar untuk kita mengikisnya dari hidup kita. Dari sudut perniagaan pula, amatlah sukar untuk kita bertindak memboikot barangan keluaran mereka sekali gus. Walaupun ianya sukar, bukan bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa langsung. Semua manusia mempunyai kemampuan yang terbatas. biarpon begitu, ader tiga barangan utama yang patut diboikot secara langsung, COKE,STARBUCK DAN COLGATE.
hurm, abes disitu, ini aku nak cerita pulak ketika aku pulang dari uitm aritu, ketika aku melalui mcdonald, alangkah terkejutnya aku, tatkala melihatkan ramai lagi orang islam yang makan di tempat tersebut, mereka tidak tahukah, mcdonald adalah barangan amerika yang memberi sumbangan terhadap israel laknatullah? mereka bergelak ketawa, seperti tiada apa yang berlaku, dan yang menghairankan, yang ramai pengunjung adalah, orang islam melayu,,
sangat menyedihkan,
list barangan yang diboikot sepenuhnya, klik sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment