lepas je anta adek aku g KMNS, aku ngan ayah aku strait g Port Dickson untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh tempat keje ayah aku. kursus ni untuk semua ketua stesen di seluruh semenanjung. kursus ni diadakan bertujuan untuk mendedahkan ketua stesen dalam keadaan sebenar di alam kejuruteraan awam. hurm. aku ikut pun sebab nak tolong2 ayah aku uruskan kursus tu memandangkan die yang incharge. ataupun ngan name pendeknye 'praktikal' he3~ time ni baru sampai. ayah aku ngan member die ajak g minum. time ni tgh cari tempat. letihnyer~ pastu balek tempat ktorang menginap dalam pukul 12.00 am.
keesokan harinya. iaitu hari selase, bermulalah kursus tersebut. breakfast dekat tempat ktorang menginap gak. aku minum kopi O ngan roti bakar. kopi o die sedap ar~
selepas breakfast, aku terus ikut ayah aku ke dewan. laptop dah tersedia, dah terpapar skrin kat layar putih. aku tggl pasang pendrive dan terus open file yang dikehendaki. pastu, ayah aku pun terus mulakan ceramahnye, dari kul 8.30 am sampai la kul 1. ader minum pukul 10.30am. time ni aku tgh mengantuk giler~ slideshow yang ayah aku present adalah asas dalam kejuruteraan awam, pelajaran yang telah pun aku belajar. sbb tu ngantuk, he3~ ambil la gamba sket. hu3~
petang tu, eletrik xder. sbb pencawang nak diservis, jadi pukul 4.30 ktorang terus ikut jadual, iaitu melawat dan melakukan ujian Slump Test dan Cube Test. Ujian ni penting untuk menentukan samada konkrit yang di buat di kawasan tapak adalah bersesuaian dengan bangunan dan mengikut pelan asal. tujuan ujian ini diadakan juga adalah untuk mendedahkan kepada ketua stesen tentang bagaimnana untuk menerima konkrit yang boleh digunapakai ataupun tidak. Ujian ni dilakukan di Makmal Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson. Besar gak politeknik ni.
gambar ni menunjukkan 4 orang pelajar diploma semester 6 buat demo untuk ujian slump test dan cube test. baye aku kot~ he3~
keesokkan harinya, macam biase, sarapan, pastu ikut ayah aku g dewan. pastu pukul 10.30 ade minum2 sket, kul 1.00 pm stop, makan tengahhari, pastu balek bilik rest sket, 2.30 sambung balik. tp aku x ikut. aku tido dalam bilik. ha3~ sedap plak tido dalam bilik aircond tuh. petang ni pon aku x ikut pergi ke politeknik. malas. he3~ aku g bantai maen game dalam bilik tuh, sambil mengadap pantai Port Dickson, layan weh~ ha3~ gambar ni menunjukkan ayah aku tengah buat presentation, tp tgh duduk, penat kateneye. sian die~
hari ni hari khamis. cam biase gak. ikut jadual seperti biase. petang aku x ikut ayah aku g dewan, sbb ngantuk. he3~ pastu kul 4.30 ktorang g Politeknik seperti biase. buat demo untuk Ujian Slump Test dan Cube Test. gambar menunjukkan dak2 politeknik wat demo ujian tersebut dan Encik Zainal, pensyarah kejuruteraan awam di Politeknik tersebut sedang menerangkan sedikit tentang Ujian Sieve Analysis. tp xbuat. sbb dah petang. ha3~
hari ni hari jumaat. hari last untuk kursus ni, pagi ni lepas sarapan, ktorang gerak ke Rembau, tengok prasarana. rumah yang x siap kat atas tuh, adalah untuk perancangan perumahan rakyat termiskin atau PPRT. orang miskin dapat rumah free. paling besar yang ayah aku uruskan dekat Kuala Lipis. time tu bekas perdana menteri iaitu Pak Lah, yang rasmikan. gambar kat kebun tu plak ktorang pergi tengok culvert atau pembetung yang betul dibuat dan yang salah. jauh la gak. berpeluh, dah la aku pakai baju kemeja ngan suar slack. ha3~ aku xtau pun ader lawatan ke ladang ni. ayah aku x gtau, ha3~ layan je la.
pas semayang jumaat, aku ngan ayah aku g minum cendol, pastu lepak2 jap, ayah aku g tido, aku g kemas barang2, pastu dalam pukul 3, ktorang bergerak pulang, sampai ke umah kul 5.30 petang, aku yang drive, penat gak ah, tp best! ha3~ start cuti je, aku dah kat PD. ho3~
tamat..
0 comments:
Post a Comment