My Followers

Ads

Feb 17, 2010

Bercuti di Bagan Lalang

menjadi kebiasaan bagi keluargaku untuk pergi berkelah ketika cuti panjang.
lebih-lebih lagi kesemua adik beradik aku dapat berkumpul bersama. yela, sorang study kat Medan, sorang kat Matriks, sorang kat Kuantan. jadi nak mengumpulkan kesemua adik beradik aku adalah agak susah.

kami memilih untuk bercuti di Bagan Lalang. dalam 20 min dari Pantai Morib.
Terletak berdekatan dengan Sepang Gold Coast. Projek yang masih dalam pembinaan. sekitar 80%. bakal menjadi mercutanda bagi pantai barat,


Pantai Bagan Lalang ni menjadi destinasi alternatif bagi keluarga kami jika hendak berkunjung ke pantai barat selain daripada Pantai Morib.
disebabkan pantai ni telah ditambah kemudahan untuk menyenangkan pengunjung.

cuti kali ini dipenuhi dengan pengunjung. penuh. ada yang membawa khemah. kami hanya membawa tikar dan sedikit makanan. kami juga memanggang ayam.






sementara adik2 aku pergi bermain air. aku membantu emak memanggang ayam. ha3. malas nak main air, sbb air tak pasang. jadi jauh kene jalan. lain kali kalau nak pergi berkelah di pantai, pastikan tgk pasang surut air bile, kalau tak, ha menapak jauhla.



adik bongsu bermain pasir dengan anak saudara. pantang nampak pasir pantai. sampai ambik gambar pun wat x tau,


ni plak anak saudara paling bongsu. comel. tp susah nak ajak main sama.




lepak layan angin dengan ayahanda, sambil memanggang ayam, posing buat muke kiut. walaupun cuaca panas sangat ketika itu. ha3. *aku nak cakap buat muke kiut gakkk


selepas asar kami bertolak pulang. dalam perjalanan pulang, kami melalui pantai menuju ke Pantai Morib dan Pantai Kelanang. dalam perjalanan terdapat satu lubang besar yang menyebabkan penumpang terpaksa keluar untuk memudahkan perjalanan. bumper kereta rendah, jadi kenelah kurangkan berat, ha3.


lubang besar. bagi para bakal jurutera, cuba fikir, apa punca lubang begini berlaku? ha3. jawapannya, air yang bertakung di atas culvert dan air cuba untuk turun melalui keliling culvert. jadi hakisan ultra extreme berlaku. disebabkan culvert tidak dipasang dengan betul. ditambah lagi dengan beban kenderaan berat lalu lalang.





bila petang, singgah di pantai kelanang. makan2. sambil menyaksikan keindahan pantai dan manusia. he3.

5 comments:

Aanis Alexis said...

huish! beshnyer....
aq kalo g bagan lalang ngn fmly aq, ktrng x b'kelah
tp mkn ikan bakar

Solahuddeen said...

wah, makan kat mane? kat gerai ke?

Aanis Alexis said...

yelah...
salu kalo abg aq ke, cousin aq ke dpt bonus, dorng blnje mkn ikan bakar kt sne... mmg best n harga b'patutan

Solahuddeen said...

wahhh.
rugi aa x terai.
xpe2. nnt ko dah dapat gaji, ko bawak aku plakkk.
ha3~

Aanis Alexis said...

=P

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."