My Followers

Ads

Mar 7, 2009

Perkemahan Bersepadu Pertahanan Awam Unit IKBN Temerloh, KKTM Pasir Mas dan UiTM Pahang





















bertarikh 27, 28 februari dan 1 mac 2009 telah diadakan satu perkemahan bersepadu Pertahanan Awam Unit IKBN Temerloh, KKTM Pasir Mas dan UiTM Pahang bertempat di IKBN Temerloh. Kami bertolak 2.30pm dan sampai pada pukul 4.30 pm. Setelah mendaftar, kami ditempatkan di asrama yang sangat selesa. Setelah selesai makan dan solat maghrib, kami bertolak ke dewan serbaguna untuk sesi ice breaking, disana kami telah dipecahkan kepada 8 kumpulan dan sejurus memperkenalkan diri masing2,aktiviti ice-breaking telah dijalankan dimana aktiviti tersebut dapat merapatkan hubungan kami.

keesokan harinya, tepat pada pukul 7.00 pagi, aktiviti senaman pun bermula, yang diketuai oleh Encik Zakee, jurulatih JPAM. Sangat letih dan memenatkan, kemudian kami bergerak ke dewan makan untuk bersarapan dan seterusnya bersiap untuk ke slot seterusnya, iaitu Basic Life Support. kemudian kami bergerak ke dewan makan untuk minum pagi dan sambung ke slot seterusnya iaitu tali menali. kemudian, kami pulang berehat ke asrama masing2.

pada pukul 3.00 petang, kami berkumpul untuk slot Ascending & Descending. Disinilah keberanian para peserta teruji, dimana kami dikehendaki turun dari bangunan 3 tingkat menggunakan teknik normal repelling. Pada slot ini juga kami dapat merapatkan hubungan antara unit dimana ketika menunggu untuk giliran turun, kami mengulangkaji teknik2 ikatan tali secara tidak rasmi.

pada malam itu, kami berkumpul untuk slot seterusnya iaitu, slot kembara malam, pada mulanya, kami berfikir, ianya merupakan kembara di dalam hutan, rupa2nya silap sama sekali, ianya merupakan aktiviti seperti explorace. ianya sangat menyeronokkan dimana disinilah segala stamina, kekuatan fizikal, semangat setiakawan, kebijaksanaan digunakan untuk mennyelesaikan segala tugasan yang diberikan, walaupun kumpulan saya mendapat tempat terakhir, tapi kami berasa sangat seronok kerana dapat menjalan kan tugas dengan baik.

keesokkan hari, setelah aktiviti senaman pagi, kami berkumpul untuk slot seterusnya, iaitu latihan menyelamat di medan. Disini, kami diajar untuk membalut luka menggunakan triangle bandage dan membuat usungan menggunakan hammock dan kayu hutan. selain itu, kami juga belajar untuk membuat usungan menggunakan peralatan yang terdapat di sekeliling. Aktiviti tersebut tamat pada pukul 3 petang.

pada pukul 5 petang, kami berkumpul untuk menyiapkan dewan makan untuk acara penutup dan makan malam. dan kami juga ditugaskan untuk membuat sorakan kumpulan masing2.

tepat pukul 9.00 malam, acara makan malam pun bermula, dimulakan dengan ucapan dari pengarah IKBN Temerloh, ucapan Wakil Pelajar dan penyampaian hadiah. Disini, saya berjaya mendapat anugerah Pelatih Terbaik. Selepas itu, persembahan pelajar dan multimedia. Setelah kami semua makan, tibalah masa untuk sesi berkaroke, dimana, dimulakan dengan pengarah IKBN, kemudian para peserta.

Selepas itu, kami mengambil gambar kenangan bersama, dan bersalam-salaman diantara satu sama lain, menunjukkan ikatan silaturrahim antara unit sangat ukuh. Terima kasih diucapkan kepada pihak IKBN Temerloh kerana sudi menjemput kami. Diharapkan agar, pada masa2 akan datang, pihak IKBN dapatlah sudi menjemput kami lagi.

kami bertolak pulang ke UiTM pada pukul 12.30 am dan sampai pada pukul 2.00 am.

2 comments:

sAzUwI said...

keberanian peserta diuji konon..hehe..

pesal lar ko tak foward jer artikel nieh kat jurnal jpam..kan ader pekdahnyer..

Solahuddeen said...

dah forward kan

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."