Mar 7, 2009
Latihan Intensif 3/2009
Posted by Solahuddeen at Saturday, March 07, 2009hurm..
latihan ni bertujuan selain daripada memantapkan skill para komander JPAM UiTM Pahang, adalah untuk menghadapi kem bersepadu Pertahanan Awam di IKBN Temerloh, jadi aku selaku exco Disiplin dan Latihan, telah mengadakan latihan intensif kali yang ketiga. Pada masa ni, para komander dibahagi kepada 3 kumpulan kecil supaya memudahkan pembelajaran dan pengajaran. Hari tu ktorang sumer study balik Basic Life Support yang terdiri dari 2 pelajaran asas iaitu, CPR dan Choking, tp ktorang x sempat belajar choking sbb masa yang tidak mengizinkan. Selain belajar BLS, ktorang juga belajar satu lagi ikatan tali lanjutan iaitu SAR Seat dan SWISS Seat. Ikatan tali ini adalah untuk sebagai alih ganti kepada harness, iaitu alatan untuk penyelamat menurun dari tempat tinggi. Ikatan tali ini juga telah diajar oleh Tuan Lokman pada hari sebelumnya. Beliau dengan tidak keberatan telah turun padang untuk melatih wakil komander sebelum beliau pergi menajalankan tugas yang lain. Terima kasih diucapkan kepadanya. Latihan ni berjalan selama 2 jam, dari pukul 5-7 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment