My Followers

Ads

Jun 24, 2011

Tahniah Harimau Muda!

0 comments
Harimau Muda bersorak bersama penyokong ketika perlawanan Malaysia vs Lubnan


buat mereka yang tak tau, atau buat-buat tak tau, semalam adalah berlangsungnya perlawanan second leg antara Harimau Muda lawan dengan Lubnan untuk kelayakan Olimpik di London nanti. keputusannya adalah 2-1 dimana Harimau Muda berjaya memenangi perlawanan semalam. adalah menjadi satu kesilapan yang amat besar, aku tak berada di Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan paling bersejarah ini. 

aku hanya dapat menyaksikan perlawanan semalam hanya di medan selera, berserta dengan pelanggan lain dan juge tukang masak. haha. sorakan dari penyokong Malaysia di stadium boleh kedengaran di kaca tv tersebut. 

first half, Harimau Muda berjaya menjaringkan gol melalui Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal. gol Irfan melalui rembatan yang super padu yang berjaya menipu gol keeper Lubnan, dan gol Wan Zack Haikal adalah gol bertaraf 5 bintang yang di 'through pass' oleh Gary. very nice. game first half memang rancak dan Harimau Muda main memang ader class. sumpah sekali lagi rugi tahap gaban aku tak pergi stadium semalam.

second half, game yang paling 'pumping adrenaline tahap dewata raya' dimana team Harimau Muda terpaksa bermain 10 orang setelah Gary dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua, bayangkanlah terpaksa bermain 10 orang berlawan Lubnan yang dimana top 13 Asia, saiz badan dowang plak memang jauh beza ngan Harimau Muda, gelecek plak boleh kalahkan defend 4,5 orang. Harimau Muda terpaksa  defend kubu gawang gol dan takde serangan ke arah gawang lawan disebabkan kesemua player turun untuk mempertahankan gawang. walaupun Lubnan berjaya merapatkan jumlah gol, tapi ape yang aku kagum terhadap pemain Harimau Muda ni, dowang tak mengalah, sehingga ke minit terakhir perlawanan.

atas kemenangan ni, Harimau Muda akan lawan peringkat kumpulan. yang akan diundi 7 Julai ini. 3 negara untuk 4 kumpulan akan berentap dalam kumpulan masing-masing dan pemenang dari setiap kumpulan akan pergi ke Olympic di London nanti. well aku menaip ni pun dah meremang bulu roma sebab kalau Harimau Muda berjaya melayakkan diri, ini akan menjadikan Harimau Muda pertama kali melayakkan ke Olympic nanti. tapi perjalanan masih lagi jauh.

oh ya, buat pengetahuan pembaca juga, Harimau Muda adalah hanya team dari negara Asean yang berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan. sekali lagi tahniah.

sumber : Wikipedia dan Sokerleaks

May 27, 2011

rasuah bola sepak negara bakal menjadi kanser?

0 comments


Cerita di Malaysia

harini aku terkejut dimana Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) ader membuat laporan Polis mengenai kegiatan mengatur keputusan perlawanan. boleh check sini. dalam banyak bende aku benci dalam bola sepak selain penalti tak masuk, this is i hate most. 

kegiatan tidak bermoral ni boleh menyebabkan bukan sahaje mutu perlawanan menjadi semakin hambar, penonton juga akan berkurangan. ayat yang bakal keluar "baik aku layan EPL, lagi best. dah la best. takde rasuah cam haremmm".

kalaulah ader player Selangor bersalah dalam rasuah ni. aku akan banned sampai korang mampusss.

George Toisutta dan Arifin Panigoro


Cerita di Indonesia

kalau korang nak tau, jiran kite Indonesia juga mengalami masalah sama. dan lebih teruk mereka bakal digantung digantung dari berlawan perlawanan luar. ini kerana, mereka gagal memilih pengerusi Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI). kenapa tak lantik je? bukan taknak lantik, bile pengerusi lama turun, yang kroni nak naik pulak. tapi sape nak pilih kroni yang terang terangan terlibat dalam rasuah. tambah perit, mereka juga taknak orang lain jadi pengerusi. jadi sampailah sekarang tergantung. cerita sepenuhnya boleh bace dekat sini.

ini...ini...sangat teruk. FIFA juga ade mengeluarkan kenyataan yang aksi bola sepak Asia Tenggara adalah kawasan 'panas' dimana rasuah berleluasa. Malaysia antara yang terlibat. patutlah ayah aku dah tak minat tengok bola sepak tempatan. ni lah antara penyebabnye. dem. please, janganlah sampai situasi di Indonesia bakal menjadi perkara sama di Malaysia. so shame.


p/s : kenape si botak gondol yang perasan hensem mesti jadi peneraju bola sepak? Indo ke Mesia ke sumer cam haremmmm.


May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

4 comments


Takkan pernah cukup waktu

Takkan pernah cukup perhatian

Takkan pernah cukup biaya

Takkan pernah cukup cinta

Bahkan takkan pernah bisa

Takkan pernah bisa

Segala yang kita lakukan

Untuk membayar pengorbanan IBU

Hanya doa yang boleh ku sampaikan

Untukmu IBU…

Selamat Hari Ibu 

May 5, 2011

Jersey Pelita Jaya Safee Sali

10 comments

Jersey Pelita Jaya Safee Sali

sape tak kenal bekas pemain Selangor dan penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 Safee Sali. aku pernah post sebelum ni yang Safee Sali telah bermain dekat kelab Pelita Jaya dekat sini. well, sekarang ni die main dengan terbaik, dah score banyak kali, banyak pulak die score main dekat ISL (Indonesia Super League) main dekat Selangor tak pulak. haha. mungkin dekat kelab Pelita Jaya tu banyak pemain import yang  banyak kasi peluang dekat Safee Sali nak score.

ape yang aku nak cakap pasal blogpost kali ni ialah, aku teringin plak nak beli jersey kelab Pelita Jaya Safee Sali. tapi harge yang aku tengok RM116 termasuk pos. ni harga jersey original dan dijual dekat seberang. buat mase ni aku tak jumpe lagi jersey kelab Pelita Jaya ni dijual dekat semenanjung. aku rase ader dijual dekat Stadium Shah Alam tapi mungkin aku tak perasan. aku takkan spend wang untuk jersey dengan jumlah sebegitu. mahal woo. wah. harap-harap aku jumper la satu. 

May 1, 2011

Cikgu Shida Dari Parit berlakon pulak!

11 comments
Cikgu Shida di Sinar Harian

Oh. sape lah tak kenal dengan Cikgu Shida Dari Parit ni ye tak. korang mesti pernah tengok video die kan? kalau tak pernah sila check dekat youtube. memang banyak. buat pengetahuan korang, Cikgu Shida ni pernah mengajar aku mase sekolah rendah dekat Sekolah Kebanggsaan Kebun Baharu (SKKB). die pernah ajar kami adik beradik tau. sebelum die bertukar sekolah.

well ader antara viewes terase annoyed dengan cikgu ni. well bagi aku die ni kreatif dan garang mase sekolah aku dulu. haha. aku sokong 100% ke-kreatifan beliau. hehe

cume blogpost kali ni aku nak cakap yang die dapat tawaran untuk berlakon Telemovie setelah video die menjadi popular. yes popular ok. masuk beberapa majalah tempatan. boleh check dekat blog beliau. boleh klik sini. wah tak sabar gak nak tengok bekas cikgu aku ni berlakon. die ader bakat dan die ditawarkan berlakon. fuh. rezeki tuh. ok. ape-apehal pun aku mengucapkan tahniah dekat Cikgu Shida semoga cikgu success selalu!


p/s: die ajar aku English. Favourite subjek aku dari sekolah rendah. :]

Apr 25, 2011

she's beautiful. i'm fall in love again.

7 comments
Kitsuné Canvas Sneaker

CLAE Kennedy Black Mesh


Oh-Semmmm!!
nak ni untuk kasut raye buleh tak.
puhlissss.


Apr 21, 2011

R2 Raja Lawak Astro di Stadium Shah Alam Selangor vs Perak

10 comments
R2 Raja Lawak di Stadium Shah Alam

R2 Raja Lawak di Stadium Shah Alam

blogpost kali ni adalah tentang perlawanan Liga Super semasa Selangor VS Perak tempohari, yang mase tu Selangor menang 1-0 jaringan Safiq Rahim. Malam tu memang penuh penonton. Penuh macam Selangor VS Kelantan mase piala sumbangsih aritu. bezanya tader balingan kerusi mahupun mercun mahupun botol air antara kedua-dua penyokong.

Penyokong Perak semasa sebelum bermulanya perlawanan telah pun 'chanting' ataupun bersorak sehingga satu stadium gamit. ye, Ultras Silver State memang best. dowang chanting same-same. Aku agak terkejut malam tu sebab nak beli tiket punyelah panjang. Memang satu pemandangan luarbiasa nak beli tiket semase pertandingan biasa. ni dah macam beli tiket nak tengok final.

Tapi malam tu, kemenangan berpihak pada Selangor Red Giants. Game memang best. memang fight. tak bosan. first half banyak cubaan bahaya tapi tak menghasilkan gol. Second half, Asra tuka digantikan dengan Hardi Jaafar. terus kucar kacir pertahanan Perak. ader sekali masa ambil free-kick oleh Hardi, rembatan padu hinggap dekat palang. Aku agak terkejut, sebab aku selalu tengok team bola mesia memang kalau dah start amik free kick terbang ntah kemane. This is different. Hardi ex-player Perak, memang terbaik.

Malam tu kumpulan Raja Lawak Astro R2 ader datang stadium. Memang gamit gak stadium dengan sorakan penyokong R2. memang pemandangan biase kalau kat stadium ader artis ataupun gadis chantek lalu, penyokong akan bersorak. hehe. so, aku pun tak ketinggalan ambil gambar dengan dorang walaupun aku tak layan sangat Raja Lawak.


p/s : tadi tengahari aku makan Tutti Frutti ngan Aanis & Nad

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."