My Followers

Ads

Jul 13, 2011

Liga Super Malaysia 2012 kembali menggunakan pemain import

Liga Super Malaysia

semalam FAM telahpun membuat keputusan yang dimana boleh mewarnai kembali LIGA SUPER MALAYSIA. antara keputusan yang sangat aku tunggu-tunggu ialah, Liga Super 2012 boleh menggunakan tenaga pemain import, tetapi dengan kuota sebanyak 2 pemain. selain itu, ciri-ciri pemain adalah pemain yang bernaung di bawah Asian Football Confederation (AFC) mestilah dari liga divisyen satu manakala pemain dari benua lain seperti  Eropah, Afrika, Amerika Latin perlu sekurang-kurangya dari divisyen dua. Tetapi ini bukanlah wajib dan terbuka untuk kelab yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja.

Kelantan telahpun memulakan langkah kanan dalam pemilihan pemain import dimana Josip Bonacin pemain dari Croatia telahpun diuji ketika perlawanan persahabatan menentang Pelita Jaya. Aku masih lagi menunggu siapakah yang bakal mengisi kuota 2 pemain untuk Selangor.

selain itu, Pahang dan Perlis yang menduduki tangga terbawah dalam Liga Super 2011 akan bermain untuk Liga Perdana dan Selangor PKNS serta Sarawak yang menduduki tangga tertinggi Liga Perdana akan bermain dalam Liga Super 2012.

Harimau Muda A akan bermain dalam Liga Singapura manakala Young Lions akan bermain dalam Liga Super 2012.

aku sangat berharap agar keputusan yang dilakukan oleh FAM ini dapat kembali merancakkan perlawanan liga tempatan dan menarik lebih ramai penyokong. 


sumber : Sokernet

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."