Pantai Morib, Banting, Selangor
Salam sejahtera sumer.
baru je bermula cuti sem, aku dah start buat aktiviti. ni pun tak dirancang. Hari sabtu nan indah ayah aku ajak g menjaring ikan dekat Pantai Morib.
aku pergi dengan ayah, dan adik lelaki aku. mak aku dengan 2 orang adik aku dorang g lambat sket. aku bertolak dalam pukul 9 pagi.
ayah, aku, adik laki aku (yang kecik tu baru datang)
singgah bandar banting, pergi beli net untuk letak hasil tangkapan ikan.
sampai je Pantai Morib, langit tak panas, tapi mendung skit. memang terbaik lah. tadelah jadi gelap muke aku neh.
hasil tangkapan ikan
biler dah masuk pantai, mase tu, air agak pasang, ombak pun agak kuat. mungkin dah musim tengkujuh kot.
ikan sangkut tak berhenti, memang seronok time tu. dari kul start masuk air, sampai kul 3 petang ikan tak berhenti-henti sangkut kat jaring. memang seronok time tu.
mase kul 3. kitorang naik. makan. sembahyang. time ni mak aku dah sampai. air pun dah mule surut. kitorang tinggal jaring tu kat laut (tapi sangkut dengan besi dan kayu, kalau tak nanti die bergulung dipukul ombak)
antara jenis ikan yang kami dapat
ni ikan sebelah. jarang jumper kat pasar sebab sama ader dah abis ataupun nelayan wat umpan. rase die memang sedap.
pas siap sumer. kitorang turun balik. nak gulung jaring. time ni ikan ngan ketam memang banyak. ketam datang berpasang. mungkin mase ni musim mengawan kot. sampai penat nak kutip. orang yang datang mandi sumer nak tengok kitorang ambil hasil.
tangan aku memang menjadi ancaman cepit si ketam. sampai skang luka tu masih lagi ade. care untuk halang ketam ni cepit jari kite, pegang bahagian blakang ketam, dan patahkan cepit die. baru senang nak kuarkan dari jaring.
dah penat gulung jaring sumer. bawak hasil ikan tu. aderlah lebih 10kg. memang best. kali ni memang tangkapan terbaik dari aku pernah menjaring sejak dari kecik lagi (aku lebih suke menjaring berbanding memancing)
p/s: tade gambar ambil ikan dekat jaring. sebab takut kene tolak dengan ombak, nanti handset masuk air tetibe bertukar iphone 4. haha.