My Followers

Ads

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

May 1, 2011

Cikgu Shida Dari Parit berlakon pulak!

11 comments
Cikgu Shida di Sinar Harian

Oh. sape lah tak kenal dengan Cikgu Shida Dari Parit ni ye tak. korang mesti pernah tengok video die kan? kalau tak pernah sila check dekat youtube. memang banyak. buat pengetahuan korang, Cikgu Shida ni pernah mengajar aku mase sekolah rendah dekat Sekolah Kebanggsaan Kebun Baharu (SKKB). die pernah ajar kami adik beradik tau. sebelum die bertukar sekolah.

well ader antara viewes terase annoyed dengan cikgu ni. well bagi aku die ni kreatif dan garang mase sekolah aku dulu. haha. aku sokong 100% ke-kreatifan beliau. hehe

cume blogpost kali ni aku nak cakap yang die dapat tawaran untuk berlakon Telemovie setelah video die menjadi popular. yes popular ok. masuk beberapa majalah tempatan. boleh check dekat blog beliau. boleh klik sini. wah tak sabar gak nak tengok bekas cikgu aku ni berlakon. die ader bakat dan die ditawarkan berlakon. fuh. rezeki tuh. ok. ape-apehal pun aku mengucapkan tahniah dekat Cikgu Shida semoga cikgu success selalu!


p/s: die ajar aku English. Favourite subjek aku dari sekolah rendah. :]

Apr 15, 2011

bersyukurlah dengan apa yang ada

4 comments
semua dah diterangkan dekat poster ni. so read it and think about it. jangan nak still komen itu tak dapat ini tak dapat.

Apr 7, 2011

Majlis Makan Malam Amal Palestin

0 comments
Majlis Makan Malam Amal Palestin



Salam Pembuka bicara. 
well korang mesti tau kan tentang ape yang sedang berlaku dekat saudara se-Islam kita dekat Palestin? dorang kekurangan makanan, disebabkan oleh sekatan yang dilakukan oleh rejim Israel dan rejim Mesir. Tapi disebabkan berlaku pergolakan dekat Mesir, sempadan di Rafah kini telah pun dibuka. tapi ini tak bermakna saudara kita di Palestin dapat menikmati sama seperti apa yang kita sedang nikmati di sini.

jadi kat sini aku nak promote satu Majlis Makan Malam Amal Palestin yang dianjurkan oleh pihak Aqsa Syarif Berhad. maknenye korang pergi majlis makan malam sambil beramal. dalam majlis ni jugak ader dijemput penceramah Dr. Azam Tamimi. beliau merupakan pengarah pemikir Islam, yang dibawa khas dari London. berketurunan British-Palestin, akademik dan aktivis politik. Beliau juga pernah ditemuramah oleh BBC dalam rancangan Hardtalk. time tu, beliau ader menyatakan bahawa 'berkorban untuk Palestin adalah mulia dan diterima Tuhan saya' tetapi banyak akhbar British pada waktu tu, memutar belitkan kata-kata beliau.

well bagi aku die memang berani bercakap. freedom of speech ok. tapi biasalah, those people akan memutarbelitkan kata-kata pejuang ni.

jadi kepade korang yang nak pergi majlis makan malam sambil beramal ni adalah sangat elok. daripada buang duit tak tentu hala, pergi majlis ni pun lebih baik. dapat makan dan dapat dengar ceramah dari Dr. Azam Tamimi. segala keterangan ada dekat brochure atas tu.

aku promote ni pun tade dapat duit ape pun. just nak share secara sukarela. jadi jikalau berminat bolehla contact aku ataupun rakan aku.


jadi, selamat beramal ;)

Mar 20, 2011

Perkhidmatan Pengesanan Sinaran Individu

0 comments
korang pun sedia maklum kan bahawa, sinaran radiasi dari Jepun tu anytime boleh sampai Malaysia walaupun peratus sangat rendah. Luckily, pihak Atomic Energy Licensing (AELB) ataupun Lembaga Perlesenan Tenaga Atom ader menyediakan khidmat pengesanan sinaran individu yang dijalankan secara percuma. This is seriously good news.

dekat website AELB ader menyediakan data terkini bacaan paras sinaran yang diupdate secara live. (boleh check dekat sini) biler aku bace-bace data tu, memang ader turun naik. data tu pun diambil dekat Senai, Sri Aman dan Kudat. Pada mulanya aku pun agak terkejut, tapi sinaran radiasi ni banyak dekat sekeliling kita, kemungkinan besar data turun naik tu datang dari sekeliling kita dan bukannya dari sinaran di Jepun.

Peta Lokasi Ibu Pejabat AELB

kalau nak check sinaran radiasi ni boleh check dekat Ibu Pejabat AELB di Dengkil. Boleh check dekat sini kalau nak lebih detail.

People, kite tak tahu dan kite memang mintak dijauhkan dari bala sinaran tu, tapi as a precaution, kite boleh amik tindakan macam pengesanan sinaran ni, kite tak tau, ape yang akan berlaku mase depan. 


thanks to : AnjungSazuwi for the info

Update : Fukushima Fifty, 5 mati, 15 cedera, dan sesetengah cedera

4 comments
Pihak penyelamat sedang menyiram air dekat reaktor nuklear. lihat betapa dekatnya penyelamat ini dengan reaktor tersebut.

semasa artikel ni ditulis, 'Fukushima Fifty' (aku ader terangkan dekat post sebelum ni, sila klik) mereka yang bertungkus lumus untuk menyelamatkan Jepun daripada bencana nuklear terburuk, telahpun diantara mereka yang menemui ajal, dimana kini 5 orang telah pun mati, 15 lagi cedera, dan beberapa lagi penyelamat kini berada tahap kritikal dimana AFP menyebutkan bahawa, 'the radiation will kill them'. sangat sedih.

adakah pihak bertanggungjawab sudi memaparkan hero 'Fukushima Fifty' ni. they are the true heroics. aku sangat berharap agar bencana nuklear ini tidak menjadi seburuk 'Chernobyl'. amin.



sumber dari DailyMail

Mar 19, 2011

Serius : Jepun sahkan kebocoran radiasi nuklear boleh membunuh

3 comments
Tokyo Electric Power Company Managing Director Akio Komiri mengangis setelah mengumumkan bencana tersebut.


Bos kepada syarikat nuklear semalam, menangis dalam mengumumkan bahawa kebocoran di reaktor nuklear sudah berada di tahap boleh membunuh manusia. satu kejadian yang disifatkan sebagai bencana yang agak serius.

Agensi nuklear dan industri Jepun, mengesahkan bahawa bencana ini sudah berada di tahap 5, dimana ianya boleh mengakibatkan 'kematian akibat radiasi'.

this is serious people! sebaran radiasi ini telah pun sampai di California, Amerika Syarikat, tapi ianya diklasifikasikan tidak merbahaya. tapi, still dah sampai USA. boleh check sini.


sumber dari DailyMail

Mar 18, 2011

Tahap-tahap radiasi

0 comments


kalau korang nak tau, tahap radiasi ni diukur dalam milisieverts (mSv). Tahap radiasi ni terbahagi kepada 3. Tahap rendah (tolerate levels), tahap sederhana (moderate levels), tahap tinggi (high risk). 

Tahap yang tertinggi 10,000 mSv akan membawa maut dalam beberapa hari. Radiasi ni sebenarnya digunakan dalam penggunaan harian. Mostly, dipakai dekat hospital, seperti X-ray, mammogram, CT Scan. Pekerja kapal terbang juga terdedah dekat radiasi ni. tapi radiasi tahap rendah ni sekitar 0.1 mSv - 20 mSv.

radiasi ni boleh diukur dengan menggunakan gieger counter. rasenye mase zaman sekolah menengah ader tunjuk mende ni. laenla korang ponteng kelas fizik. dekat U.S permintaan tinggi terhadap gieger counter ni. dan juge 'nuke pills' iaitu potassium iodide. sebab dorang dah start takut. yela, radiasi tu boleh sampai dekat U.S. sebab tiupan angin menghala ke U.S (Fuh!)


Fukushima Fifty : Nasib pekerja kecemasan nuklear di Fukushima, Jepun.

2 comments
Jepun kini sedang bertungkus lumus untuk mengelakkan berulangnya tragedi 'Cherbobyl' dan mungkin lebih buruk, setelah beberapa reaktor nuklearnya musnah akbibat gempa bumi tempoh hari. tetapi, ianya mungkin tidak seburuk mana dimana nuklear di 'chernobyl' mereka tidak berjaya 'shut down' reaktor, tetapi di Jepun, mereka berjaya 'shut down' reaktor mereka semasa berlakunya gempa bumi.

tapi, di Jepun ianya melibatkan 4 reaktor atau lebih, dimana jikalau fikir secara logik, ianya tetap merbahaya.

pada masa post ini ditaip,180 pekerja kecemasan nuklear di Jepun sedang bertungkus lumus untuk menyejukkan reaktor nuklear mereka dengan menggunakan air laut. sejauh mana keberkesanannya tidak lah diketahui. tetapi, apa yang pasti, pekerja ini sudah tentu terdedah dengan radiasi nuklear yang sangat tinggi, dan digelar 'suicide mission'. dimana, jikalau mereka berjaya mengharungi musibah nuklear ini, sama ada mereka mengalami pelbagai masalah kesihatan akibat radiasi nuklear atau pun mereka mati sebagai wira penyelamat

mereka digelar 'fukushima fifty' disebabkan mereka bergilir-gilir sebanyak 50 orang untuk menyejukkan reaktor tersebut. They are 'unfamous hero'. 

Rektor Nuklear di Fukushima, Jepun

pekerja kecemasan nuklear sedang melakukan penyelamatan

pekerja keselamatan sedang berkumpul di Fukushima

Helikopter tentera juga dikerahkan untuk membantu

Turutan gambar helikopter menurunkan air


sumber dari DailyMail

Mar 15, 2011

Apakah reaksi pengguna Facebook terhadap bencana Gempa Bumi dan Tsunami

0 comments
11.3.2011. tarikh yang telah memperlihatkan tanda-tanda kecil kiamat. Tarikh ni juga merupakan tarikh hitam buat penduduk Jepun dan seluruh dunia amnya kerana telah berlaku kejadian gempa bumi dan tsunami yang terdahsyat sejak 140 tahun dahulu.

masa malam tu aku tengah makan dekat Restoran Hakim, skrin besar yang selalu tayang bola, malam tu tokey Hakim (aku tak tau name tokey die) telah membuka channel Al-Jazeera. yang mase tu tengah tayang secare live kejadian Tsunami dekat Jepun.

reaksi orang? time tu aku tergamam (padahal aku dah tgk berite sebelum kua makan) dan ade la plak satu kumpulan kanak-kanak (aku maksudkan student) ni yang kononnye makan satu kelas kat situ ramai-ramai tergelak-gelak seolah-olah macam tiada apa yang berlaku. sedih aku tengok.

well. enough say. graphic kat bawah ni menunjukkan reaksi pengguna Facebook terhadap kejadian tersebut.


sumber dari Mashable

disiplin orang jepun selepas aftermath yang patut rakyat Malaysia contohi

5 comments
aku tanak post ape-ape sahaje yang berkaitan dengan cerite wayang hikayat tandoori payat ke, merong ke merongan ke, hikayat pendekar baru ke ape ke. kesemue itu disebabkan due orang blogger ni (teratakaanis dan anjungsazuwi yang pergi berseronok tanpa melihat aku yang tergapai-gapai.

ok. post ni berkaitan disiplin rakyat Jepun yang sangat high value. bayangkanlah, lepas teruk dilanda Tsunami mahupun jenaka dari mereka yang tak pernah sensitif akan perasan orang lain (berita hairan dan artis fizz fairuz) aku merasakan memang patut sangat orang Malaysia ni contohi rakyat Jepun. Tak lupe juger negara-negara yang pernah dilanda musibah seperti negara Afrika, Amerika dan sebagainye.

Johor dilanda banjir pun kecurian berleluasa. tu baru banjir dekat johor. kalau (korang pikirlah sendiri malas nak citer)

jom tengok gambar ni.

(gambar ni sumer dirembat dari BlogSerius. aku malas nak google. blog ni gak kasi aku inspirasi nak taip dekat post kali ni)


Mar 3, 2011

Bayaran saman dilanjutkan hingga 10 Mac ini.

6 comments
Tempoh bayaran saman dilanjutkan sehingga 10 Mac 2011

Berita baik untuk mereka yang terlepas untuk membayar saman. Pihak kerajaan bersetuju untuk melanjutkan bayaran saman yang diberi diskaun sebanyak 50 peratus sehingga 10 Mac 2011. Jadi tunggu apa lagi. Bagi mereka yang mempunyai saman tertunggak, baiklah rebut peluang ini. Jangan tunggu sehinngga saat akhir.

gambar diambil dari BeritaHarian

Feb 28, 2011

Hari Terbuka Tentera Darat 2011

8 comments
Jadual Hari Terbuka Tentera Darat 2011

Akhirnya, jadual yang dinanti telah pun muncul. Terima kasih kepada Leyha yang memberikan jadual ni. Aku rase pameran ini agak menarik, disebabkan tentera darat akan menunjukkan beberapa demonstrasi dan aset aset penting tentera darat yang aku tak pernah lihat sendiri di depan mata. 

*klik gambar untuk lebih besar

Feb 17, 2011

penggunaan Internet akan mengalami gangguan minggu ini

0 comments


Gangguan bekalan internet akan berlaku dari Ahad 13 Februari 2011 sehingga Khamis 17 February 201. Ini disebabkan oleh kerosakan kabel di "South East Asia Middle East Western Europe (SMW4)" dan "submarine cable network" yang menghubungkan Malaysia kepada Europe (EU).

Pihak TM juga telah membuat beberapa tindakan untuk mengurangkan "service degradation" dengan mengalihkan aliran traffik kepada network yang lain, menjadikan  impact tidak begitu besar kepada pengguna.  Sungguhpun begitu, gangguan still akan berlaku.

Pihak TM telah announce dekat sini.

harap-harap takdelah teruk sangat gangguan tu. takut menghalang aktiviti melayari internet mahupun membuat assignment yang bergantung sepenuhnyer terhadap internet.

Berita Sedih + Berita Gembira

6 comments
berita sedih dulu,
tadi baru tengok Arsenal VS Barcelona. 2-1. Van Persie dan Arshavin. barca plak David Villa. memang game terbaik. ilang suare aku dah. memang sedih ah. lagi-lagi kene 'menganjing' oleh Boy. tape ah nak wat camner.


berita gembira plak.
tadi blog Mazidul ader open nak letak link blog sesape dekat blog die seramai 20 orang. lihat sini. die menggunakan konsep sape cepat die dapat. dan aku terperasan plak die baru post 1 jam. aku pun terus la letak link aku. dan akhirnye berjaye jugak aku letak link dekat blog die. blog cincai ni pun berjaye la plak letak kat blog die. hahaha. berite sedih berjaye diatasi dengan jayanya. okeh. semayang subuh. tido.





Feb 16, 2011

paktab

6 comments


this is a paking new trend. everyone want to have it. percaahayelah. trend ni akan luput dan digantikan dengan trend baru. mungkin suar legging pendek versi belang rimau pulak? kot.

fufufufufufu

Nov 13, 2010

panas pulak malam ni walaupun duk bawah kipas

4 comments
malam ni aku rase cam nak kuar je sume data-data perkataan yang agak kurang senang. tape-tape. sebenarnye arini aku g holiday ngan family aku. tapi tu entry aku nak taip esok. sebab aku agak penat malam ni.

baru pas tengok bola

MU vs Aston 2-2. malas nak komen. 


memang cam haram la lu refree. dan sile bace ini juge. so memang tuuuutt la. aiyo.

tape-tape.


p/s : ari ni aku dapat 10kg lebih ikan-ikan di lautan. nantikan post seterusnye.

Nov 8, 2010

boo chelsea

0 comments
Torres jaring 2 gol. tahniah. kerana jasa anda Man U ade peluang nak naik. waoooo

Oct 22, 2010

sukar bernafas : Islamic Fashion Festival

10 comments
wau. sukar nak menggambarkan ape yang sebenarnya aku lihat. dulu, aku ader terbace tentang islamic fashion shows ni. tapi tak nampak la gambaran secare menyeluruh. ok la gak. sebab boleh jadi alternatif kepade dunie fashion masekini. dan boleh menaikkan ekonomi negara islam seluruhnye,

tapi

dengan pendedahan terbaru ni. baru lah aku tersedar tersentak dan seangkatan dengannye. aneh la jugak. kate islamic fashion festival.

sumber gambar diambil dari  facebook, primalaya, ohtidak dan juga en.google.


seksi tak seksi tak

cube kire berape yang tutup sumer


yah

ni yang paling watdehel sekali


oh. ini sangat bahaye. dan ofkos. tv arus perdana tade plak cerite pasal ni. aku cube google. tapi ape yang aku jumper hanyelah dari harakah.

dan sepatutnye kalau nak buat fashion shows begini, jangalah letak gunakan nama ISLAM. pakailah "NOT ENOUGH KAIN FASHION SHOWS" atau "seksi tak fashion shows" atau banyak lagi.

dan seperti biase

penaungnye adalah first lady........................google sendiri.


tahniah Malaysia.


Oct 14, 2010

Oh Chentaku Red Giants!!

5 comments


"weh malam ni Selangor Vs Kelantan. dekat stadium Shah Alam. Suku Akhir pertame. jom la g" inilah kate2 keramat yang membuatkan aku goyah walaupun assignment nak kene submit esoknyer dan satu bende pun tak start lagi. tanpe pikir panjang. gua pun g. gerak ke stadium, naik moto mencelah di kalangan barisan panjang kerete yang juga mungkin menuju ke stadium.

dengan harge tiket RM10. jersi RM25. abes dah terbang duit aku malam tu. haha. Lame dah tak g stadium tengok bola. last skali mase aku tadika kot. time tu aku ngan ayah aku je berdua tengok bola. time tu Selangor memang kaw2 naik. time aku tgk tu, Selangor 3-0 belasah negeri mane ntah. due last gol tu ayah aku ta dapat tengok sebab teman aku g toilet. abis marah ayah aku. haha. sori la bah. dak kecik. mane leh tahan sangat. hehe. kenangan tu. 

ramai jugak g malam tuh. penuh gak stadium. menunjukkan peminat bola tanah air masih tak mengecewakan.

game memang puas hati walaupun seri tanpa jaringan. lawan bertali arus menggasak kubu lawan masing-masing.

tapi.

dulu dan sekarang lain. dulu aku tengok tade gaduh. tade mercun. sumer semangat kesukanan. tapi malam tu. mercun bagaikan mercun sambutam merdeka dah aku tengok. ader satu kali tu, mercun yang standed, malam merdeka (yang ader bunge tu) meletup sebelah pasukan paramedik. Habis tergolek dowang. 


pastu plak, gaduh antara pasukan Selangor dan Kelantan. masing-masing baling botol, mercun, kerusi tempat duduk. memang tak dapat dielakkan. semangat atau nak tunjuk hebat? ntahlah. ni la name die Football Hooliganism.

dan seperti biase. beberape pihak salahkan penganjur. atas kejadian ni.

aku nak tanye lah.

korang datang stadium nak tengok bola ke nak gaduh?
sendiri pikir. aku salah kan sape yang gaduh. tak kire selangor ke kelantan. 

aku cepat2 blah lepas je abis game. malas nak masuk campur. kang masuk spital plak. dah la nak final exam.

ok.

Amri masih lagi berbisa

apehal2 pun. gudluck untuk Selangor untuk game suku akhir kedua. hari jumaat ni. gua tetap sokong 100%. (nak balik umah tengok astro arena).

yeah.

Oct 7, 2010

perasaan senang susah tatkala ini

7 comments



salam semua.
lame sangat dah tak update blog. apetah lagi menjenguknyer. bukan kerna kesibukan mase. tapi perasaan nak mengupdate tu dah tade. ntah. mungkin banyak perasaan mengganggu tak pun kerana game plant vs zombie yang baru aku download dah mule menjadi ketagih. haha.

dan tak semena-mena ade la makhluk Allah ni telah komen dengan bahase nerake. rase nak lempang je. dah la anonymous. cube la tunjuk muke sikit. sign in pakai google account ke. baru kite leh berbahas care jantan. tak gitu. dah la. lantak la ko. kesian kat Aanis kene tempiasnye. sori ye.

hmm. baru skang ader perasaan nak menaip dekat blog ni. time ni aku baru je setel esignment presentation bel. ok. first thing aku nak share ialah lagu Kane Alexander ft Tina Arena - Timeless. Feel. tapi video citer korea. ntah aku tak tgk sangat korea. memang feel. mengurangkan rase tekanan dan kemarahan serta keserabutan jiwa. kah kah. 



itu saje. sekian

p/s : pasal tagged dari nowa. maaf ye. nnt aku wat ye.
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."