My Followers

Ads

Showing posts with label Aktiviti Komander JPAM. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Komander JPAM. Show all posts

Dec 20, 2010

Kursus Bakal Pegawai Khas Kor SISPA UiTM Shah Alam dan Perhimpunan dan Majlis Pentauliahan Kor Sispa Peringkat Kebanggsaan Tahun 2010

15 comments
Salam sumer pembace.

Sejuta kali ampun disebabkan lame sudah aku tidak update blog ni. Beberape minggu ni aku agak malas dan busy disebabkan oleh beberape perkare yang berlaku.

baru malam ni aku berjaye cari 'mood' dan 'feel' nak update blog ni.

dulu aku ader post tentang 'Kursus Bakal Pegawai Khas' yang mane kalau aku lulus barulah aku nak citer sume. dan kemudian, aku akan citer pulak tentang Perhimpunan dan Majlis Pentauliahan Kor Sispa Peringkat Kebanggsaan Tahun 2010.

KURSUS BAKAL PEGAWAI KHAS KOR SISPA UITM SHAH ALAM

kursus ni diadakan khas untuk melantik bakal pegawai yang akan ditauliahkan mase perhimpunan tu nanti.

berlangsung 21-26 November 2010

aku ingat kursus ni akan join sekali seluruh sistem SISPA UiTM. Tetapi atas jemputan sahaje. oleh sebab tu, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan SISPA UiTM Shah Alam sebab sudi menjemput.

dan. syukur. aku dan awie lulus kursus ni.

semase menjalani ujian bertulis

Bakal Pegawai, Pegawai, dan Jurulatih yang terlibat

urusetia yang terlibat


PERHIMPUNAN DAN MAJLIS PENTAULIAHAN KOR SISPA PERINGKAT KEBANGGSAAN TAHUN 2010

Majlis ni berlangsung dari 12-16 Disember 2010

secare asasnyer, mereka yang termasuk dalam pentauliahan tidak terlibat dalam aktiviti perhimpunan ni.

maksud aku terlibat dalam mana-mana pertandingan. kecuali makan malam dan forum.

sepanjang 4 hari tu, bakal pegawai pagi dan petang hanya berlatih berjalan lalu.

semasa barisan berjalan lalu, aku telah diletakkan di posisi penanda paling kanan.

majlis pentauliahan ni dibuat di Padang Kawad (berjalan lalu) dan Dewan Seri Budiman (terima watikah perlantikan)

jutaan terima kasih diucapkan sekali lagi kepada pihak pengurusan SISPA UiTM SHAH ALAM kerana sudi menjemput kami.

Barisan Bakal Pegawai SISPA UiTM + UNIKL + UNISEL

Barisan Bakal Pegawai

Pegawai SISPA yang telah ditauliahkan



Nov 27, 2010

impian kian hampir

3 comments




salam sumer pembaca.

baru-baru ni aku ngan awie baru je selesai kursus bakal pegawai khas kor sispa uitm shah alam. kursus ni sebenarnye tak dirancang, dan dijemput secare pantas. tapi ape apehal pun. sejuta kali terima kasih diucapkan terhadap seluruh pengurusan sispa uitm shah alam sebab sudi menjemput kami berdue untuk turut serta dalam kursus ni.

rasenye tak perlulah aku nak cerite secara menyeluruh. cumer secare asasnyer, kursus ni melayakkan anggota sispa bergelar pegawai dan memakai pangkat leftenan muda pertahanan awam. dan ader ujian. kalau lulus. maka bergelar pegawai lah seseorang tu. atas sebab dasar nilah aku tanak citer banyak. haha.

dalam kursus ni aku berjaye belajar banyak perkare. antarenye kawad tongkat. kawad ni dah lame aku nak belajar. sejak zaman diploma lagi. tapi disebabkan kekangan mase dan tenaga pengajar dan juge tongkat tu sendiri. maka impian hanya tinggal impian. sebab tu sejuta terima kasih aku hulurkan dekat pentadbiran sispa ni.

pendek citer, doa-doakan lah aku berjaye dalam ujian ni dan pentauliahan ni. dan jikalau berjaye, doa-doakan agar aku dapat memegang tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Feb 7, 2010

Sekitar Majlis Pelancaran Kor SISPA UiTM Shah Alam

10 comments

Pada 6. Februari 2010. merupakan satu tarikh keramat bagi warga SISPA UiTM khususnya. apabila pelancaran Kor-SISPA diadakan. 

Gambar tidak banyak diambil berikutan kesuntukan masa untuk menghadiri Test Calculus yg diadakan pada pagi tersebut juga.

Selesai Test Calculus, terus berkejar ke Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, untuk bertemu sahabat seperjuangan di UiTM Pahang, suatu ketika dulu.

Berjumpa lagi dengan Penyelaras JPAM Unit UiTM Pahang, Tn. Sairun Aripin

Tahniah diucapkan kepada seluruh gerak kerja dan warga SISPA UiTM Shah Alam atas pelancaran SISPA yang amat membanggakan ini.



Barisan SISPA UiTM Shah Alam


Syamil mengetuai perbarisan


Sarjan Ropfi. Bekas jurulatih UiTM Pahang. Tahniah atas kenaikan pangkat.





Nov 8, 2009

JPAM UiTM Pahang di Akhbar

0 comments

Berita Harian sisipan Timur Jumaat 7.11.2009


JPAM UiTM Pahang di akhbar Berita Harian. Rasa bangga dan bersyukur. walaupun xmasuk muke. tp saya adalah antara orang yang memainkan peranan dalam JPAM UiTM Pahang. Sisipan diatas berlaku ketika Majlis Pemakaian Pangkat dan Pelancaran Jurnal JPAM. iaitu jurnaljpam.blogspot.com. Dengan berlangsungnya majlis diatas, JPAM UiTM Pahang kini berada di bawah Unit Jengka dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka (PULAPA).
Tahniah diucapkan kepada semua komander yang terlibat.

Aug 30, 2009

Lawatan Muhibbah Ke JPAM UiTM Malaysia

0 comments
Salam. Pada 29 hb Ogos 2009, satu peristiwa bersejarah telah berlaku. Dimana JPAM UiTM Pahang melawat JPAM UiTM Malaysia. Peristiwa ini telah diutarakan setelah sekian lama dan akhirnya setelah pelbagai rintangan melanda, lawatan ini berjaya diadakan. Lawatan ini diadakan dengan bertujuan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara unit-unit JPAM di bawah sistem UiTM.
UiTM Pahang bertolak dari Kampus Khazanah Alam pada pukul 9 pagi. Dan kami sampai ke UiTM Malaysia yang disambut oleh YDP Jawatankuasa Perwakilan Komander UiTM Malaysia dan juga naibnya pada pukul 12 tengahari. Kami dibawa melawat ke sekitar UiTM Malaysia dengan menaiki bas dan melawat sekitar bandaraya Shah Alam. Kami kemudian pergi bersembahyang ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

 
Komander JPAM UiTM Malaysia
 
 
Kedatangan kami disambut dengan meriah. Bloggers Cik Nad ada kat situ
sampai sahaja di UiTM Malaysia, kami disambut dengan senyuman mesra oleh komander disana. Kemudian kami dibawa ke sebuah dewan kuliah, dan diberi penerangan mengenai JPKPA dan Res-Q team. Sangat berinformasi, dan kami mengadakan sesi soal jawab antara JPAM UiTM Pahang dan JPAM UiTM Malaysia


 
Penyelaras JPAM UiTM Malaysia, Tuan Ariffin
 
Penyelaras JPAM UiTM Pahang, Tuan Sairun
kemudian, kami berbuka puasa dengan hidangan yang menyelerakan. Setelah selesai sembahyang maghrib, kami dihidangkan lagi dengan kuih muih dan kami berborak dan bertukar pendapat diantara satu sama lain.
 
 
tiba waktu berbuka puasa 
 
Bertukar pendapat
selesai aktiviti bergambar dan berkumpul
 
penyampaian cenderhati kepada wakil JPAM UiTM Malaysia 

setelah itu, kami mengambil gambar bersama-sama dan kami memberi sedikit cenderhati buat UiTM Malaysia sebagai kenang-kenangan dan simbolik bahawa kami sudah melawat UiTM Malaysia. Kami sepenuhnya sangat berpuas hati walaupun dengan lawatan ringkas ini. Diharapkan agar masa-masa mendatang hubungan kita akan menjadi lebih erat lagi. Kami juga sangat mengalu-alukan kunjungan balas oleh pihak JPAM UiTM Malaysia.
 
 

Mar 7, 2009

Perkemahan Bersepadu Pertahanan Awam Unit IKBN Temerloh, KKTM Pasir Mas dan UiTM Pahang

2 comments




















bertarikh 27, 28 februari dan 1 mac 2009 telah diadakan satu perkemahan bersepadu Pertahanan Awam Unit IKBN Temerloh, KKTM Pasir Mas dan UiTM Pahang bertempat di IKBN Temerloh. Kami bertolak 2.30pm dan sampai pada pukul 4.30 pm. Setelah mendaftar, kami ditempatkan di asrama yang sangat selesa. Setelah selesai makan dan solat maghrib, kami bertolak ke dewan serbaguna untuk sesi ice breaking, disana kami telah dipecahkan kepada 8 kumpulan dan sejurus memperkenalkan diri masing2,aktiviti ice-breaking telah dijalankan dimana aktiviti tersebut dapat merapatkan hubungan kami.

keesokan harinya, tepat pada pukul 7.00 pagi, aktiviti senaman pun bermula, yang diketuai oleh Encik Zakee, jurulatih JPAM. Sangat letih dan memenatkan, kemudian kami bergerak ke dewan makan untuk bersarapan dan seterusnya bersiap untuk ke slot seterusnya, iaitu Basic Life Support. kemudian kami bergerak ke dewan makan untuk minum pagi dan sambung ke slot seterusnya iaitu tali menali. kemudian, kami pulang berehat ke asrama masing2.

pada pukul 3.00 petang, kami berkumpul untuk slot Ascending & Descending. Disinilah keberanian para peserta teruji, dimana kami dikehendaki turun dari bangunan 3 tingkat menggunakan teknik normal repelling. Pada slot ini juga kami dapat merapatkan hubungan antara unit dimana ketika menunggu untuk giliran turun, kami mengulangkaji teknik2 ikatan tali secara tidak rasmi.

pada malam itu, kami berkumpul untuk slot seterusnya iaitu, slot kembara malam, pada mulanya, kami berfikir, ianya merupakan kembara di dalam hutan, rupa2nya silap sama sekali, ianya merupakan aktiviti seperti explorace. ianya sangat menyeronokkan dimana disinilah segala stamina, kekuatan fizikal, semangat setiakawan, kebijaksanaan digunakan untuk mennyelesaikan segala tugasan yang diberikan, walaupun kumpulan saya mendapat tempat terakhir, tapi kami berasa sangat seronok kerana dapat menjalan kan tugas dengan baik.

keesokkan hari, setelah aktiviti senaman pagi, kami berkumpul untuk slot seterusnya, iaitu latihan menyelamat di medan. Disini, kami diajar untuk membalut luka menggunakan triangle bandage dan membuat usungan menggunakan hammock dan kayu hutan. selain itu, kami juga belajar untuk membuat usungan menggunakan peralatan yang terdapat di sekeliling. Aktiviti tersebut tamat pada pukul 3 petang.

pada pukul 5 petang, kami berkumpul untuk menyiapkan dewan makan untuk acara penutup dan makan malam. dan kami juga ditugaskan untuk membuat sorakan kumpulan masing2.

tepat pukul 9.00 malam, acara makan malam pun bermula, dimulakan dengan ucapan dari pengarah IKBN Temerloh, ucapan Wakil Pelajar dan penyampaian hadiah. Disini, saya berjaya mendapat anugerah Pelatih Terbaik. Selepas itu, persembahan pelajar dan multimedia. Setelah kami semua makan, tibalah masa untuk sesi berkaroke, dimana, dimulakan dengan pengarah IKBN, kemudian para peserta.

Selepas itu, kami mengambil gambar kenangan bersama, dan bersalam-salaman diantara satu sama lain, menunjukkan ikatan silaturrahim antara unit sangat ukuh. Terima kasih diucapkan kepada pihak IKBN Temerloh kerana sudi menjemput kami. Diharapkan agar, pada masa2 akan datang, pihak IKBN dapatlah sudi menjemput kami lagi.

kami bertolak pulang ke UiTM pada pukul 12.30 am dan sampai pada pukul 2.00 am.

Latihan Intensif 3/2009

0 comments


















hurm..
latihan ni bertujuan selain daripada memantapkan skill para komander JPAM UiTM Pahang, adalah untuk menghadapi kem bersepadu Pertahanan Awam di IKBN Temerloh, jadi aku selaku exco Disiplin dan Latihan, telah mengadakan latihan intensif kali yang ketiga. Pada masa ni, para komander dibahagi kepada 3 kumpulan kecil supaya memudahkan pembelajaran dan pengajaran. Hari tu ktorang sumer study balik Basic Life Support yang terdiri dari 2 pelajaran asas iaitu, CPR dan Choking, tp ktorang x sempat belajar choking sbb masa yang tidak mengizinkan. Selain belajar BLS, ktorang juga belajar satu lagi ikatan tali lanjutan iaitu SAR Seat dan SWISS Seat. Ikatan tali ini adalah untuk sebagai alih ganti kepada harness, iaitu alatan untuk penyelamat menurun dari tempat tinggi. Ikatan tali ini juga telah diajar oleh Tuan Lokman pada hari sebelumnya. Beliau dengan tidak keberatan telah turun padang untuk melatih wakil komander sebelum beliau pergi menajalankan tugas yang lain. Terima kasih diucapkan kepadanya. Latihan ni berjalan selama 2 jam, dari pukul 5-7 petang.

Feb 14, 2009

Majlis Pemakaian Pangkat Komander UiTM Pahang

2 comments













Telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Komander UiTM Pahang bertarikh 09.02.2009 anjuran Unit KO UiTM Pahang. Majlis ini bertujuan untuk sesi pemakaian pangkat komander2 baru dan lama untuk semua Komander KO UiTM Pahang iaitu KO Bulan Sabit Merah Malaysia, Kesatria UiTM dan Jabatan Pertahanan Awam. Dengan adanya majlis seperti ini, para pelapis dan organisasi baru KO masing2 dapat merasakan tanggungjawab dan lebih dihargai. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus UiTM Pahang,Prof. Madya Dr Haji Hilmi Ab. Rahman. Biarpun terdapat beberapa halangan, namun majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kursus Kepimpinan Dan Latihan Intensif Kawad Kaki Komander JPAM Unit UiTM Pahang

0 comments










Unit Pertahanan Awam UiTM Pahang atau sinonimnya adalah Komander JPAM UiTM Pahang telah mengadakan Kursus Kepimpinan Dan Latihan Intensif Kawad Kaki, yang merupakan salah satu aktiviti Komander JPAM pada semester ini. ( Dis 08 – Apr 09 )

Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan menajamkan skill kawad kaki masing2, malahan dengan terlaksananya kem ini semua Komander Pertahanan Awam akan dapat menjalankan beberapa aktiviti bersama dan mencari kesefahaman disamping bertukar-tukar pendapat.Selain itu kursus ini juga dimantapkan lagi dengan kursus kepimpinan yang diberikan ceramah oleh En. Mohd Nasir B Haji Ibrahim, Ceramah Hala Tuju Komander oleh Tuan Sairun b Idon dan Ceramah Melaksanakan Aktiviti oleh pegawai HEP En. Mat Zaid B Yazid yang bertujuan mengukuhkan organisasi Majlis Perwakilan Komander Jabatan Pertahanan Awam Unit UiTM Jengka itu sendiri. Selain itu jurulatih yang terlibat adalah dari Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka (PULAPA Jengka) dan Ibu Pejabat Pertahanan Awam Daerah Temerloh.

Aktiviti ini dijalankan di Kem Seri Gading UiTM Pahang selama 3 Hari 2 Malam.
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."