My Followers

Ads

Oct 19, 2011

Les' Copaque bakal menayangkan animasi baru "Pada Zaman Dahulu"

4 comments

satu lagi animasi bakal ditayangkan oleh animasi tersohor Malaysia iaitu Les' Copaque yang berjudul "Pada Zaman Dahulu". Siri ini memaparkan tentang Aris dan Ara yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan. Terlalu biasa tinggal di bandar menyebabkan mereka sukar untuk membiasakan diri di kampung. Seperti kanak-kanak lain, Aris dan Ara juga nakal dan sering terlibat dengan masalah. Dari situ Aki cuba mendekati cucu-cucunya itu dengan bercerita kisah-kisah Sang Kancil agar mereka belajar dari kesilapan.

Well, semasa aku lihat trailer untuk animasi ini, perkataan pertama dalam benak fikiran aku adalah "wahh". ianya sungguh berkualiti tinggi. satu kemajuan lagi dari penerbit animasi "Upin dan Ipin". animasi ni juge mengingatkan aku dengan animasi "Jimmy Neutron". animasi dari Les' Copaque ni seakan-akan dengan animasi Jimmy Neutron tu.

untuk mengikuti perkembangan animasi ni bolehlah "like" Facebook Pada Zaman Dahulu dan Website Rasmi  

layan trailer di bawah







Oct 16, 2011

i cried for someone like you.

7 comments
disebabkan kene tegur oleh blogger Teratak Aanis jadi aku update blogpost yang supercepat.




p/s : FYP, Bola, Counter-Strike, masalah duniawi, MALAS antara punca tidak update blogpost walaupun hari-hari menghadap komputer.

Aug 10, 2011

#WordlessWednesday

4 comments

Jul 28, 2011

Malaysia VS Singapore Import World Cup 2014 Qualifiers Second Leg

1 comments
Malaysia vs Import Singapore
28 July 2014
World Cup Brazil Qualifiers




Jul 13, 2011

Liga Super Malaysia 2012 kembali menggunakan pemain import

0 comments
Liga Super Malaysia

semalam FAM telahpun membuat keputusan yang dimana boleh mewarnai kembali LIGA SUPER MALAYSIA. antara keputusan yang sangat aku tunggu-tunggu ialah, Liga Super 2012 boleh menggunakan tenaga pemain import, tetapi dengan kuota sebanyak 2 pemain. selain itu, ciri-ciri pemain adalah pemain yang bernaung di bawah Asian Football Confederation (AFC) mestilah dari liga divisyen satu manakala pemain dari benua lain seperti  Eropah, Afrika, Amerika Latin perlu sekurang-kurangya dari divisyen dua. Tetapi ini bukanlah wajib dan terbuka untuk kelab yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja.

Kelantan telahpun memulakan langkah kanan dalam pemilihan pemain import dimana Josip Bonacin pemain dari Croatia telahpun diuji ketika perlawanan persahabatan menentang Pelita Jaya. Aku masih lagi menunggu siapakah yang bakal mengisi kuota 2 pemain untuk Selangor.

selain itu, Pahang dan Perlis yang menduduki tangga terbawah dalam Liga Super 2011 akan bermain untuk Liga Perdana dan Selangor PKNS serta Sarawak yang menduduki tangga tertinggi Liga Perdana akan bermain dalam Liga Super 2012.

Harimau Muda A akan bermain dalam Liga Singapura manakala Young Lions akan bermain dalam Liga Super 2012.

aku sangat berharap agar keputusan yang dilakukan oleh FAM ini dapat kembali merancakkan perlawanan liga tempatan dan menarik lebih ramai penyokong. 


sumber : Sokernet

Jul 7, 2011

Undian Kelayakan Olimpik 2012

4 comments
Malaysia Olympic 2012 Team

petang tadi berlangsungnya pengundian untuk kelayakan peringkat kumpulan di AFC House. dan hasilnya adalah seperti berikut :

Kumpulan A

Arab Saudi
Oman
Qatar
Korea Utara

Kumpulan B

Australia
UAE
Uzbekistan
Iraq

Kumpulan C

Jepun
Syria
Bahrain
MALAYSIA

anak buah Ong Kim Swee akan diuji oleh Jepun pada 21 September nanti. ini merupakan perlawanan pertama yang perlu dihadapi oleh skuad Harimau Muda. walaupun rangking Jepun kini pada kedudukan 13 tapi ianya tidak bermakna skuad Harimau Muda tidak boleh pergi melangkah ke Olimpik nanti.

setiap kumpulan akan bermain secara format liga dan juara setiap kumpulan akan secara automatik layak ke Olimpik. (21 September - 14 Mac 2012) manakala naib juara setiap kumpulan akan akan bermain secara playoff dan juara playoff akan lawan dengan wakil dari negara Afrika.

walaupun diundi dengan negara yang agak pantas dari segi permainan, tetapi peningkatan mutu bola sepak negara sejak akhir-akhir ni tidak mustahil skuad Harimau Muda mampu untuk melangkah ke Olimpik buat pertama kali.

sumber Wikipedia


Jun 24, 2011

Tahniah Harimau Muda!

0 comments
Harimau Muda bersorak bersama penyokong ketika perlawanan Malaysia vs Lubnan


buat mereka yang tak tau, atau buat-buat tak tau, semalam adalah berlangsungnya perlawanan second leg antara Harimau Muda lawan dengan Lubnan untuk kelayakan Olimpik di London nanti. keputusannya adalah 2-1 dimana Harimau Muda berjaya memenangi perlawanan semalam. adalah menjadi satu kesilapan yang amat besar, aku tak berada di Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan paling bersejarah ini. 

aku hanya dapat menyaksikan perlawanan semalam hanya di medan selera, berserta dengan pelanggan lain dan juge tukang masak. haha. sorakan dari penyokong Malaysia di stadium boleh kedengaran di kaca tv tersebut. 

first half, Harimau Muda berjaya menjaringkan gol melalui Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal. gol Irfan melalui rembatan yang super padu yang berjaya menipu gol keeper Lubnan, dan gol Wan Zack Haikal adalah gol bertaraf 5 bintang yang di 'through pass' oleh Gary. very nice. game first half memang rancak dan Harimau Muda main memang ader class. sumpah sekali lagi rugi tahap gaban aku tak pergi stadium semalam.

second half, game yang paling 'pumping adrenaline tahap dewata raya' dimana team Harimau Muda terpaksa bermain 10 orang setelah Gary dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua, bayangkanlah terpaksa bermain 10 orang berlawan Lubnan yang dimana top 13 Asia, saiz badan dowang plak memang jauh beza ngan Harimau Muda, gelecek plak boleh kalahkan defend 4,5 orang. Harimau Muda terpaksa  defend kubu gawang gol dan takde serangan ke arah gawang lawan disebabkan kesemua player turun untuk mempertahankan gawang. walaupun Lubnan berjaya merapatkan jumlah gol, tapi ape yang aku kagum terhadap pemain Harimau Muda ni, dowang tak mengalah, sehingga ke minit terakhir perlawanan.

atas kemenangan ni, Harimau Muda akan lawan peringkat kumpulan. yang akan diundi 7 Julai ini. 3 negara untuk 4 kumpulan akan berentap dalam kumpulan masing-masing dan pemenang dari setiap kumpulan akan pergi ke Olympic di London nanti. well aku menaip ni pun dah meremang bulu roma sebab kalau Harimau Muda berjaya melayakkan diri, ini akan menjadikan Harimau Muda pertama kali melayakkan ke Olympic nanti. tapi perjalanan masih lagi jauh.

oh ya, buat pengetahuan pembaca juga, Harimau Muda adalah hanya team dari negara Asean yang berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan. sekali lagi tahniah.

sumber : Wikipedia dan Sokerleaks
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."