My Followers

Ads

Aug 29, 2010

jangan mudah terkeliru

2 comments
Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong BUKAN ISLAM DIHARUSKAN memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat MENDAPAT KEIZINAN PIHAK PENGURUSAN MASJID dan perlakuan serta tingkah laku mereka TIDAK MENCEMARKAN KESUCIAN MASJID dan sentiasa TERKAWAL DAN BERADAB. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau BERTAFAKUR oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah DILARANG.

 

Keterangan/Hujah: 
 
  1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
     
  2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
     
  3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
     
  4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.


di ambil sepenuhnya dari laman web Fatwa Kebanggsaan

Aug 26, 2010

sapu sapu suka sapu

5 comments

ntahla.

sekali lagi mereka mencanang untuk 'menyapu' rakyat Malaysia yang berada di sana.

kedutaan di baling najis.

Jalur Gemilang dipijak.

di bulan yang suci ini. tidak bolehkah mereka menghormati kesuciannya? tidakkah mereka bersabar dan cuba mengatasi masalah ini dengan cara diplomasi?

mereka marah disebabkan pegawai mereka ditahan di Malaysia. dan sebagai balasan. mereka melempar najis dan memijak Jalur Gemilang.

tapi bagaimana pula rakyat Malaysia yang ditahan di sana?

sabarlah wahai umat sekalian. jangan bertindak seperti orang tidak bertamadun. sedangkan rakyat Palestin pun tidak bertindak sebegitu.

coretan ini bukanlah bertujuan memburukkan sesiapa.

ada pihak yang gembira melihat perkembangan ini (musuh Islam)

sabarlah kalian,,

ps: risaukan kakanda yang berada di seberang, harap-harap beliau selamat sejahtera.

Aug 17, 2010

sape nak beli biskut sedap

6 comments


Ok. buat pertame kali dalam hidup aku. aku mule berniaga kecil kecilan. saje nak testing market.

biskut ni homemade. memang sedap. diakui oleh persatuan pemakan biskut (reka reka)

Terma dan Syarat sumer ader dekat poster tu. Klik je poster tu untuk lebih besar. Nak lagi senang. g je dekat http://tempahanbiskut.blogspot.com/ 

Tak mahal pun. just rm35 je. (tambah rm1 untuk luar uitm)

orait. ta rugi mencube! selamat membeli. :]

oh. bisness ni aku collaborate dengan Syazwie  dan Aanis

Aug 16, 2010

makan makan di seafood sebelah sunway pyramid

2 comments
ok. post kali ni plak mengenai makan makan seafood dekat sebelah sunway pyramid. asyek makan je kan. tapi badan ta plak naek-naek. haha.

kedudukan port ni bersebelahan dengan sunway pyramid. dekat dengan hotel sun inn.

bayaran? rm24 Makan-Sampai-Puas.

kali ni rakan-rakan seramai 3 buah keter pergi makan same same

peh.

gjoy ngan fared yang excited nak amek gambar


ok. mari pergi.

ok.razi ngan gjoy dah ta sabar

ok. ni plak ijat sampai berdiri nak amek seafood

mak pesan makan kene fokus. jangan banyak cakap

banyak tak kami makan?

makan jangan tak makan

name die Rheny. tukang amek gambar

antara mereka yang hadir

mereka juga ikut

apabila sudah kenyang

barriss barriss makanan!

kenyang oh kenyang

ini papa kami. haha.

sesi pembayaran pula bermula

bayar jangan ta bayar

sebelum balik mari bergambar beramai2.

keseluruhannya. memang puas hati la makan dekat situ. mane taknye. makan sampai puas. haha. aiskrim pun ader.

post kali ni memang gua slamber. sebab petang-petang tengah kelaparan dan kehausan ni aku buleh plak post pasal makan makan kan kan. kan dah terliur. tapi tape. gua steady. hahaha.

ok. selamat berbuke semua. hoho.

makan makan di hotel uitm

4 comments
salam. post kali nie bukanlah berkisar tentang makan atau berbuke puase atau bersahur di hotel uitm. peh kaye gile. tapi kisah ni berlaku sebelum puase lagi.

ni kire kes lambat update lah. sepatutnye juge malam ni aku wat report. tapi source langsung tadek.

ok. dinner ni aku pergi dengan syazwie, izan dan naz. kami pergi berempat. bukan date ye. haha. kami bayar dalam rm15 seorang. sebenarnya, rakan aku merupakan pelajar jurusan pengurusan hotel dan beliau telah menjemput kami supaye menjadi tester makanan beliau. dan kami hanya perlu membayar rm15. murah kan kan kan.





ni kad menu


Prawn Cocktail Salad


 Cream of Mushroom Soup

mari minum sup



ni pelayan kami. name die arfah. ok ader orang marah bile aku tanye pasal die. haha.



stuffed chicken served with Rosemary sauce accompanied with Pilaf Rice and Chefs selected Vegetables


Sirloin Steak served with Rosemary Sauce accompanied with Garlic Mashed Potato and Chef Selected Vegetables


Tropical Fruit Platter


Baked Cheese Cake

ok. gaye aku sedang bahas isu semasa. haha.

ok. gaye tengah kenyang.

ok. totally makanan sumer tu memang sedap. tapi yelah. orang baru masak kan. rase die kurang sedap berbanding makanan dekat Pakli lah. haha. ok. sekian sahaje update express malas tahap gaban dari saye. sekian.

Aug 10, 2010

Ramadhan The Month Of Blessing

2 comments





Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Aug 5, 2010

Selamat Hari Lahir Untuk Ibuku Yang Terchentaa

4 comments
My Mom My Love

BONDA
anakanda masih memerlukan petunjuk,
ke jalan kebahagiaan,
dunia dan akhirat,
setia mengajar erti kekuatan,
restu dan doa bonda iringkan,
terima kasih atas segalanya,
jasa bonda akan anakanda kenang.
kerana kau adalah ibuku

SELAMAT HARI LAHIR IBUKU
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."