My Followers

Ads

Oct 28, 2009

Good Luck

2 comments



Good Luck Final
Saye Doakan Agar Semua Sahabat Dapat Jawab Secare Tenang Dan Cemerlang

Sep 26, 2009

Ehud Olmert dihadap ke mahkamah

0 comments


Bekas Perdana Menteri Israel Laknatullah, Ehud Olmert dihadapkan ke mahkamah. Bukti sistem Israel laknatullah pun telus. Negara Islam???

inilah bukti sistem kita lemah

0 comments
salam sumer. bunyi tajuk kat atas macam gempak jer. bukan pe. sebenarnye mase minggu pertama bulan puasa, aku dapat 'surat chenta' dari penjawat awam. time tu aku ondaway nak pergi fotostat dan membeli topup. die punyelah suke nak kasi 'surat chenta' tuh. aku pn terpakse lah terima.

nak dijadikan cerita, 'surat chenta' tu aku kene reply balek dengan beberapa 'kertas not biru'. aku pn nak la reply balek. nak wat camner, orang dah 'suker'. tp x leh nak reply kat situ. aku kene reply balek dekat pejabat besar die, yakni di dalam daerah atau bandar2 besar. kalau di pahang, bandar besar terdekat adalah di Maran, jadi disebabkan aku tiada kenderaan, terpaksalah aku tunda dan 'reply surat chenta' di Banting,

harini aku pn pergilah ke Telok Panglima Garang, nak tanya boleh x aku reply 'surat chenta' dekat situ, dan dorang jawab xleh, kene g Banting. Jadi aku pn bertolaklah ke Banting, jauhnyer 45 minit. Sampai disane, bangunan die punyelah besar, siap dengan rumah die lagi. tp bangunan tu masih lagi renovate. jadi aku pusing2 lah kat bandar Banting tu, disebabkan bangunan tu renovate aku pusing2 cari pintu masuk. kalau korang nak tau, hampir 30 min aku pusing2 kat bandar tu, cari jalan masuk. dan last2 aku maen masuk je. tetibe, ader satu pak gad tu tahan aku, die kate nak g mane. nak masuk 'tempat reply surat chenta' die kate, bangunan ni tgh renovate, skang ni die dah pndah dekat Tesco Banting. Punyelah mengamuk aku time tuh. kate la awal2 sket, dah la panas. tp aku buat je la x tau. aku pn patah la balek ke Tesco Banting tadi, yg mengambil mase 15 min.

sampai di Tesco Banting. aku pn cucuk duet nak reply 'surat chenta' tu. nak di tambah cerita lagi. atm tu rosak, tp still leh pakai, cume nak tekan tu kene tekan banyak kali, baru leh kuar digit die. pas cucuk duet, aku pn pergilah ke tempat reply 'surat chenta', masuk je tempat tu, ader suare not tinggi berkata 'Ha dik, nak g mane tu!' aku jawab, 'nak g reply 'surat chenta'' die kate, arini x leh bayar la dik, komputer pending. x bukak, kene tggu minggu depan, itupn xtau leh pakai ke tidak'

Punyelah panas aku time tu. dah la ekon keter aku x berfungsi, kalau x leh reply 'surat chenta' tu, cakap lah awal2 dari pekan Telok tadi, dah la jauh aku kene g. aku menyumpah2 dalam keter tadi.

bayangkan, kalau nak reply ''surat chenta'' kene bayar dekat daerah yakni bandar besar masing2. x boleh dekat cawangan kecil atau pekan. kalau rumah dekat xper, ni kalau duk hulu, xder kenderaan. camner nak reply 'surat chenta' tu. dah tu, kalau sorang nak reply xper lagi, ni kalau beribu nak bayar 'surat chenta' tu, x ke sesak tempat tu. ni dah dikira menyusahkan orang. mmg patut la kene 'sumpahan' dari aku.

ni lah salah satu keburukan dan kelemahan sistem kat Malaysia ni. camner negare nak maju. aku dapat 'surat chenta' tu x menjadi masalah, sbb dah memang menjadi kesalahan aku. aku terima. yang aku x leh terima. xleh nak reply 'surat chenta' tu dan menyusahkan orang. ni baru satu, x tengok lagi hospital ke, bas ke, train ke. xyah citer aa. x abes blog ni aku nak taip.

pak2 menteri plak, dok sibuk berhibur sane sini. F1 la, rumah terbuka la, ntah ape2. upgrade la sistem2 kat Malaysia neh. membazir sane sini, rakyat dilupakan.

mmg la aku 'sumpah' kaw orang. kaw2 punyer!!



*sudah jatuh ditimpa tangga

Sep 21, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

0 comments

Sep 7, 2009

Disagree - To Prevent The Earth From Moving With You

0 comments
Disagree. sebuah band indie yang pertama aku dengar. juga band pertama aku beli kaset. direkemen oleh seorang sahabat aku ketika aku bersekolah di SMTSSB. Band ini juga yang telah membuka minda aku untuk menerjah ke alam musika yang lebih fresh dan juga sebagai alternatif kepada lagu-lagu pop ketika itu. Album pertama Disagree, At The End Of The Days, mmg layan. dengan mesej tersirat serta riffing gitar yg sgt menusuk kalbu. Sekarang, muncul dengan album kedua To Prevent The Earth From Moving With You. dah dengar. sangat layan dan lebih best dari dulu.

 
Album At The End Of The Days
Album To Prevent The Earth From Moving With You
Playlist
1.The Tiniest Moment
2.The Greatest Fall
3.The One
4.Givers
5.Osaka
6.Haley
7.Hero
8.Immune
9.The Wreck
10.Who We Are
11.Goodbye
12.Cold Day December

Aug 31, 2009

Jalan-jalan ke Jerantut

2 comments
Baru sahaja pulang dari rumah, pada pukul 3 petang, aku diajak oleh housemate ku ke Jerantut dan singgah di Taman Negara. Dan berbuka puasa di KFC Jerantut. Penat menaiki bas tak hilang lagi tapi perjalanan ni memberikan kepuasan dan pengalaman. yelah, biler lagi nak jalan-jalan Pahang. Ni dah semester akhir.
 
 Aksi aku menunggang motor menuju ke Taman Negara 
Housemate, Radzi
Housemate, Awie
Taman Negara
Lepak di gigi air
Buka puasa di KFC Jerantut

Aug 30, 2009

Lawatan Muhibbah Ke JPAM UiTM Malaysia

0 comments
Salam. Pada 29 hb Ogos 2009, satu peristiwa bersejarah telah berlaku. Dimana JPAM UiTM Pahang melawat JPAM UiTM Malaysia. Peristiwa ini telah diutarakan setelah sekian lama dan akhirnya setelah pelbagai rintangan melanda, lawatan ini berjaya diadakan. Lawatan ini diadakan dengan bertujuan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara unit-unit JPAM di bawah sistem UiTM.
UiTM Pahang bertolak dari Kampus Khazanah Alam pada pukul 9 pagi. Dan kami sampai ke UiTM Malaysia yang disambut oleh YDP Jawatankuasa Perwakilan Komander UiTM Malaysia dan juga naibnya pada pukul 12 tengahari. Kami dibawa melawat ke sekitar UiTM Malaysia dengan menaiki bas dan melawat sekitar bandaraya Shah Alam. Kami kemudian pergi bersembahyang ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

 
Komander JPAM UiTM Malaysia
 
 
Kedatangan kami disambut dengan meriah. Bloggers Cik Nad ada kat situ
sampai sahaja di UiTM Malaysia, kami disambut dengan senyuman mesra oleh komander disana. Kemudian kami dibawa ke sebuah dewan kuliah, dan diberi penerangan mengenai JPKPA dan Res-Q team. Sangat berinformasi, dan kami mengadakan sesi soal jawab antara JPAM UiTM Pahang dan JPAM UiTM Malaysia


 
Penyelaras JPAM UiTM Malaysia, Tuan Ariffin
 
Penyelaras JPAM UiTM Pahang, Tuan Sairun
kemudian, kami berbuka puasa dengan hidangan yang menyelerakan. Setelah selesai sembahyang maghrib, kami dihidangkan lagi dengan kuih muih dan kami berborak dan bertukar pendapat diantara satu sama lain.
 
 
tiba waktu berbuka puasa 
 
Bertukar pendapat
selesai aktiviti bergambar dan berkumpul
 
penyampaian cenderhati kepada wakil JPAM UiTM Malaysia 

setelah itu, kami mengambil gambar bersama-sama dan kami memberi sedikit cenderhati buat UiTM Malaysia sebagai kenang-kenangan dan simbolik bahawa kami sudah melawat UiTM Malaysia. Kami sepenuhnya sangat berpuas hati walaupun dengan lawatan ringkas ini. Diharapkan agar masa-masa mendatang hubungan kita akan menjadi lebih erat lagi. Kami juga sangat mengalu-alukan kunjungan balas oleh pihak JPAM UiTM Malaysia.
 
 
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."