My Followers

Ads

Aug 30, 2009

Lawatan Muhibbah Ke JPAM UiTM Malaysia

0 comments
Salam. Pada 29 hb Ogos 2009, satu peristiwa bersejarah telah berlaku. Dimana JPAM UiTM Pahang melawat JPAM UiTM Malaysia. Peristiwa ini telah diutarakan setelah sekian lama dan akhirnya setelah pelbagai rintangan melanda, lawatan ini berjaya diadakan. Lawatan ini diadakan dengan bertujuan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara unit-unit JPAM di bawah sistem UiTM.
UiTM Pahang bertolak dari Kampus Khazanah Alam pada pukul 9 pagi. Dan kami sampai ke UiTM Malaysia yang disambut oleh YDP Jawatankuasa Perwakilan Komander UiTM Malaysia dan juga naibnya pada pukul 12 tengahari. Kami dibawa melawat ke sekitar UiTM Malaysia dengan menaiki bas dan melawat sekitar bandaraya Shah Alam. Kami kemudian pergi bersembahyang ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

 
Komander JPAM UiTM Malaysia
 
 
Kedatangan kami disambut dengan meriah. Bloggers Cik Nad ada kat situ
sampai sahaja di UiTM Malaysia, kami disambut dengan senyuman mesra oleh komander disana. Kemudian kami dibawa ke sebuah dewan kuliah, dan diberi penerangan mengenai JPKPA dan Res-Q team. Sangat berinformasi, dan kami mengadakan sesi soal jawab antara JPAM UiTM Pahang dan JPAM UiTM Malaysia


 
Penyelaras JPAM UiTM Malaysia, Tuan Ariffin
 
Penyelaras JPAM UiTM Pahang, Tuan Sairun
kemudian, kami berbuka puasa dengan hidangan yang menyelerakan. Setelah selesai sembahyang maghrib, kami dihidangkan lagi dengan kuih muih dan kami berborak dan bertukar pendapat diantara satu sama lain.
 
 
tiba waktu berbuka puasa 
 
Bertukar pendapat
selesai aktiviti bergambar dan berkumpul
 
penyampaian cenderhati kepada wakil JPAM UiTM Malaysia 

setelah itu, kami mengambil gambar bersama-sama dan kami memberi sedikit cenderhati buat UiTM Malaysia sebagai kenang-kenangan dan simbolik bahawa kami sudah melawat UiTM Malaysia. Kami sepenuhnya sangat berpuas hati walaupun dengan lawatan ringkas ini. Diharapkan agar masa-masa mendatang hubungan kita akan menjadi lebih erat lagi. Kami juga sangat mengalu-alukan kunjungan balas oleh pihak JPAM UiTM Malaysia.
 
 

Aug 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

0 comments

Makan Cendawan Goreng Masak Sendiri

17 comments
 
 Gaya lagak seorang jejaka sedang menggoreng cendawan
menggunakan resepi tepung rahsia buatan sendiri
  
Gaya En. Razi sedang menggoreng cendawan bagaikan cef terlatih

'tangan matahari' yakitatei japan hak3~
salam, mase beli beras ngan sardin untuk sahur esok, razi housemate aku cadang nak masak cendawan goreng. g la beli kat U-Mart. balek terus siap2 nak goreng cendawan. Fuh~ sedap gak. walaupun inilah first time aku masak cendawan goreng. siap ngan teh o panas lagi. hak3~ sedap2~ :D

Aug 20, 2009

Konvoi Kembara Intelek Ke Kuantan

5 comments
 time ni tengah standby tunggu penunggang yang lain


Pada 8 & 9 Ogos yg lepas, aku telah join satu konvoi yg dianjurkan oleh MPP UiTM Pahang, konvoi ke Kuantan. Pada mulenye, aku x terpikir pn nak join konvoi ni, disebabkan jadual waktu yang agak penuh dan kalau aku join, aku x dapat rest kat umah pada ujung minggu. tp disebabkan perasaan ingin mencuba (aku x pernah join konvoi) jadi aku serta seorang lagi rakan aku, awie joinlah konvoi ni.

 
ambil gambar kenangan
 
tengah tunggu Yb Maran nak lepaskan
Pukul 8 pagi, kitorang seramai hampir 26 orang g join konvoi bermotor ni. (aku pn x ingat jumlah sebenar). diiringi oleh seketariat mpp (1 bas), 1 ambulan, 1 lori, 2 orang pak gad, 2 orang staff sbgai marshall. dalam 8.45pagi, kami bergerak dari UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam, yang dilepaskan oleh Yb Maran, mmg berdebar dan seronok la rasenye, sbb berkonvoi pakai vest hijau, diiringi oleh siren ambulan, tgk je mmg rase teruja. ha3~
baru lepas Tol Chenor
 
muke gembire 
Masa first selekoh dekat dengan simpang nak g Maran, ader la kemalangan kecil berlaku, tp xder la teruk sangat. Sampai je dekat Plaza Tol Chenor, time ni pak  gad nk berhenti sebentar, mungkin nak kasi taklimat kot, tetiba berlaku kemalangan yg melibatkan beberape penuggang motor, mungkin mereka follow moto di hadapan dengan agak rapat dan tak perasan bahawa konvoi sedang berhenti. naseb baik ader ambulan dan beberapa komander PBSM,

Selepas itu, perjalanan bersambung semula, wah~ rasa bile menunggang motor atas lebuhraya memang lain berbanding dengan menunggang dekat jalan biasa, bawak 120km/h rase lambat je, sebab kereta sumer memang laju. hak3~ tambah2 lagi pemandangan Negeri Pahang yang kaya dengan keindahan floranya, memang best.

Dalam perjalanan tersebut, berlaku lagi sebuah kemalangan yang agak teruk, sebuah motorsikal yang dinaiki seorang MPP, terbabas masuk ke longkang kemudian terjatuh lalu terseret dengan agak jauh, kemalangan ni berlaku betul-betul di hadapan aku.dan nasib masih lagi menyebelahi aku, disebabkan aku menunggang motor dengan agak tidak laju, dan sempat untuk membrek, kalau aku lalai time tu, nescaye dengan aku terlibat sekali dengan kemalangan tu. Penunggang tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan, die terpakse menaiki bas dan motornya terpaksa diangkut naik ke dalam lori. Kami teruskan perjalanan menuju ke Gambang.

 
Isi minyak di Gambang

Sesudah sampai di Gambang, kami berhenti untuk mengisi minyak, dan berhenti berehat, kemudian kami diberi sedikit taklimat oleh Marshall dan TP Hea, En. Mohd Mokhtar, kemudian kami sambung perjalanan kami semula, melalui jalan yang agak sempit, dan bukan lagi melalui lebuhraya. Akhirnya, kami sampai di UiTM Kuantan, pada waktu tengahari. Kemudian kami berehat sambil menonton wayang yang di tayangkan oleh MPP.

Malam itu, kami pergi ke UiTM Kampus Kuantan 2, untuk mendengar forum yang dianjurkan oleh MPP. Keesokan harinya, kami bertolak ke sebuah masjid di Indera Mahkota, Kuantan, untuk melakukan aktiviti gotong royong. Kami dibahagikan kumpulan, dan aku akan melakukan aktivti gotong royong di sebuah sekolah agama ABIM.
pagi sebelum bertolak ke Indera Mahkota

dekat sekolah agama ABIM

Masuk saja di sana, teringat balik  kenangan waktu sekolah rendah dahulu, ha3~ kemudian kami membersihkan kawasan stor. memang penat, tapi menyeronokkan. Selesai sahaja aktiviti, kami bertolak kembali ke masjid tadi. Akibat terlalu penat, dan ingin berehat, aku tidur di luar perkarangan masjid.


Selepas solat zohor, kami pun bertolak pulang ke Jengka tepat pukul 2 petang, Selesai mengisi minyak, hujan pun turun renyai2. kami masih lagi teruskan perjalanan. Memang seronok, walaupun kasut dah basah, ha3~ main hujan, sape x seronok, kan?

keringkan stokin dan kasut yg basah


Sampai di Perhentian Gambang, hujan pun berhenti. Kami berehat sebentar, dan teruskan perjalanan kembali. Kami sampai di Jengka pada pukul 6.00 petang. Kemudian kami dihidangkan sedikit jamuan ringan, dan berehat setelah lama menunggang.

Bergambar bersama Marshall dan TP HEA & Alumni, En. Mohd Mokhtar yang juga merangkap bekas pensyarah subjek Highway
Malam tu, diadakan sedikit jamuan kesyukuran, yang dihadiri oleh Pengarah Kampus,

well~ pendek kata, konvoi ni merupakan konvoi pertama dalam hidup aku dan sangat seronok mengikutinya. :D

Jul 26, 2009

Dari Jengka Ke Telok Panglima Garang

8 comments
Salam kepade semua pembaca.
disebabkan oleh cuti express yang dibuat oleh pihak UiTM secare tiba2 menyebabkan aku mengambil keputusan untuk pulang kerumah secara terpakse. sebab banyak assignment dan keje yang melambak (tp aku duk lepak gak, hak3~) cuti ni diumumkan oleh rumate aku lepas je balek dari solat jumaat. pada mulenye aku ingat hanye gurauan semate2, tp setelah seorang rumate aku g check kat dalam uitm, mmg ader notis cuti. jadi, nak tak nak, balek la. so, aku pn decide balek dengan naek moto, sebab cuti seminggu, x kan nak tinggal motor.
 
sazuwi tgh memanaskan motor. 

aku pulang ke umah bersame dengan rumate + classmate, encik sazuwi a.k.a big boss (hak3) bertolak cadang nak gerak pas subuh (sejuk sikit) tp disebabkan oleh masalah teknikal (hak3) kitorang gerak kul 8.30 a.m. fuh~ memang berdebar aa. sebab ni la kali pertama aku naek moto untuk pulang kerumah dengan kadar masa dan perjalanan yang agak lama dan jauh.

mase perjalanan tuh, big boss neh bawak motor 100km/h, bagi aku kire laju  la tuh, motor aku plak bawak 80km/h je dah gegar. minyak pn turun dengan cepat. jadi terpakse lah aku maintain 80-90km/h. kitorang singgah sarapan dekat bera. pastu sambung jalan balek sampai dekat kuala pilah. huish. aku xpernah terpikir akan sampai ke kuala pilah dengan menunggang motor. walaupun sudah berpuluh kali aku datang situ. tp naek kete aa.

tepat kul 12 tghari, kitorang pn sampai ke seremban. terus g parking kat seremban 2 yakni terminal 2 (kalau x silap aa) ha, kt sini, kitorang layan wayang sat. tgk cite harry potter. citer ni bagi aku agak bosan dan slow. tambah2 lagi kalau x follow citer die dari awal. mmg x paham pe. tp aku layan je la, walaupun kadang2 mate aku dah terlelap sebab keletihan. pas abes tgk wayang, g lepak kat kedai makan, makan tgh ari pukul 4 petang.
 
posing semase berada di Seremban

 
MBO Seremban

pastu sambung balek perjalanan. sazuwi ni bawak aku sampai ke nilai. sebab aku x tau jalan dari seremban ke nilai. sampai je kat nilai 3, kawasan dimana aku dah tau jalan nak balek, kitorang pn berhenti pastu gerak ke haluan masing2. bile je dah sampai kawasan bandar dan perindustrian, angin die laen sket. angin yang dipenuhi dengan asap kete. mmg sakit kepale la rase. x caye cube la rase. hak3~

aku pn sampai la umah kul 5.30pm. disambut mak ayah aku yg memang tengah lepak kat luar umah di waktu petang. dowang pn x caye aku leh sampai umah. ha3~ memang penat + letih.

Jul 1, 2009

Jumpe Doktor Gigi

9 comments
aku baru sahaja selesai menampal gigi geraham ku yang berlubang separuh. gigi ni sebenarnye lame dah berlubang, dari awal tahun lagi, tp aku biarkan saje, sbb tak sakit. tp 2 minggu lepas kesakitan dekat gigi aku ni terase, tp xder sakit sangat. sejak 2 hari lepas, mase aku nak makan rambutan, tergigit rambutan tu dekat gigi geraham aku, PEH, SAKITNYE!! hanya tuhan yg tahu. aku pn tanye mak aku pasal gigi neh, die cakap " ha tu la, mase berlubang dulu terus tampal, die x sakit. ni skang dah sakit kemungkinan besar kene cabut"...ape? kene cabut? ala, kosong la barisan gigi aku nampaknye.



pagi tadi kul 9.45 pagi aku pn gerak la ke KLINIK PERGIGIAN UTAMA dekat TELOK PANGLIMA GARANG. terus dafta dan duduk kat sofa. aku tgk klinik ni selesa gak, ade ekon, sofa best, nurse die pn kiut (haha), rase takut nak cabut tu pun kurang la sikit. tepat jam 10.30 pagi, nurse tu pon panggil name aku. masuk je, aku beri salam. oh, doktor laki. die suruh duduk. naseb baik la dokter tu baik, kalau garang alamak, boleh pengsan aku dibuatnyer. doktor tu pn tanye, die kate nak cabut ke. die kasi aku due option, sama ada nak cabut atau nak tampal. due2 same sakit, tp nak cabut gigi susah skit aa. aku time tu x dapat nak wat pilihan, sbb kalau aku cabut, ilang la gigi aku, kalau aku tampal takut rase x selesa atau sakit still ade. time tu aku x dapat nak buat pilihan, so aku tanye la doktor tu, kalau die cammane, nak tampal atau nak cabut. die pon cakap, lebih baik tampal, sbb gigi tu ibarat nyawa, lgpun sakit dalam 1-2 hari je, pastu nak bantai makan pn buleh, tp kalau cabut, mgkin 3-4 hari baru baik, itupn x konferm, bergantung pada gigi. so, aku pn buat pilihan nak tampal.



jadi, bermulalah episod pengorekan dan penampalan berlaku, dalam hampir 40 minit. siaplah. xder la sakit sangat pn, cume time kasi bius tu je boleh tahan sakitnye. pastu dah ok. doktor tu pun buat keje lembut dan berhati2, tp boleh plak die borak2 ngan nurse die pasal keje la, nenek sakit lah ape lah, aku dah risau dah, kang salah cucuk x merane aku. haha~

skang bius tu dah nak ilang, rase2 ngilu pn dah terase. haha~ kene la charge rm50.





so, pengajarannye, korang jage lah gigi tu baik2. kurangkan makan manis2, selalulah gosok gigi. haha~ kalau ader lubang, cepat2 tampal. takut die bertambah sakit nnt, dah g lah jumpe doktor gigi. aku tgk kat senarai harge die, check gigi just rm10 je. haha~

Jun 25, 2009

Movie Critics!!

4 comments
dalam cuti semester kali ni, aku dah due kali tgk wayang. ha3~ satu di TGV Bukit Tinggi Klang dan Cosmo Teater Time Square. due2 cinema ni merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki disitu. ha3~ ok, aku mulekan dengan Movie Terminator Salvation,

 
walaupun muvie ni lame dah ditayangkan, tp, ianya jatuh kepada 'muvi mesti tonton'. Terminator kali ni dipenuhi dengan aksi2, dan letupan sane sini. bunyi nye juge sangat superb, dan jalan cerite juge sangat kuat. lakonan Christian Bale sangat menjadi. Skrip nye juge sangat kuat. sbb tu lah muvie ni jatuh kepade 'muvi mesti tonton' tp awas! ending die sangat menyakitkan hati aku. sampaikan abes muvi ni aku menjerit (xdela kuat sangat) 'haih? ending camni ke?' ending die sangat2 la ntahpape, muvi yang aku tunggu hampir lapan tahun ini berakhir dengan satu lagi ending yang tergantung. kata2 Christian Bale 'this war must end tonight' nampaknye perang masih lagi akan bersambung. 
rate sendiri : 7.0/10
Transformers Revenge Of The Fallen
 

muvi ni baru saje aku tonton dengan En. Syazwi di Times Square tgh ari tadi. bagi aku cite ni juge jatuh kepade 'muvi mesti tonton'. movie ni merupakan movie blokbuster paling ditunggu2. sangat rugi kepade korang yang tidak menonton muvie ni. jalan cerite movie ni ader naik turun, yakni ader permulaan, klimaks, dan ending. cite ni tidak berbelit2 dan mudah difahami. skrip nye juga agak kuat. tp yang paling best ialah, aksi2 dari robot2 serta kecanggihan jentera tentera2 Amerika (huh!). aksi letup meletup, tembak menembak disana sini sehingga bergegar panggung wayang tuh. TF kali ini juga menampilkan robot2 yang supa dupa canggih, hardcore dan agak banyak. robot yang menjadi pilihan aku kali ini ialah DEVASTATOR dan JETFIRE. Devastator merupakan robot decepticon yang digabung oleh beberapa jentera pembinaan, dan ianya supa dupa bagak besa. Jetfire pulak, merupakan decepticon lama yang bertukar menjadi baik (autobot) blackbird jet. jalan citenye juge ade diselitkan humor, dan menjadikan cite ni x terlalu tegang, dan kate pendeknye, sangat berbaloi dengan RM11 yg aku bayar untuk tiket neh. ha3~sangat rugi x tengok.

rate sendiri : 8.8/10
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."