My Followers

Ads

Jul 28, 2011

Malaysia VS Singapore Import World Cup 2014 Qualifiers Second Leg

1 comments
Malaysia vs Import Singapore
28 July 2014
World Cup Brazil Qualifiers




Jul 13, 2011

Liga Super Malaysia 2012 kembali menggunakan pemain import

0 comments
Liga Super Malaysia

semalam FAM telahpun membuat keputusan yang dimana boleh mewarnai kembali LIGA SUPER MALAYSIA. antara keputusan yang sangat aku tunggu-tunggu ialah, Liga Super 2012 boleh menggunakan tenaga pemain import, tetapi dengan kuota sebanyak 2 pemain. selain itu, ciri-ciri pemain adalah pemain yang bernaung di bawah Asian Football Confederation (AFC) mestilah dari liga divisyen satu manakala pemain dari benua lain seperti  Eropah, Afrika, Amerika Latin perlu sekurang-kurangya dari divisyen dua. Tetapi ini bukanlah wajib dan terbuka untuk kelab yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja.

Kelantan telahpun memulakan langkah kanan dalam pemilihan pemain import dimana Josip Bonacin pemain dari Croatia telahpun diuji ketika perlawanan persahabatan menentang Pelita Jaya. Aku masih lagi menunggu siapakah yang bakal mengisi kuota 2 pemain untuk Selangor.

selain itu, Pahang dan Perlis yang menduduki tangga terbawah dalam Liga Super 2011 akan bermain untuk Liga Perdana dan Selangor PKNS serta Sarawak yang menduduki tangga tertinggi Liga Perdana akan bermain dalam Liga Super 2012.

Harimau Muda A akan bermain dalam Liga Singapura manakala Young Lions akan bermain dalam Liga Super 2012.

aku sangat berharap agar keputusan yang dilakukan oleh FAM ini dapat kembali merancakkan perlawanan liga tempatan dan menarik lebih ramai penyokong. 


sumber : Sokernet

Jul 7, 2011

Undian Kelayakan Olimpik 2012

4 comments
Malaysia Olympic 2012 Team

petang tadi berlangsungnya pengundian untuk kelayakan peringkat kumpulan di AFC House. dan hasilnya adalah seperti berikut :

Kumpulan A

Arab Saudi
Oman
Qatar
Korea Utara

Kumpulan B

Australia
UAE
Uzbekistan
Iraq

Kumpulan C

Jepun
Syria
Bahrain
MALAYSIA

anak buah Ong Kim Swee akan diuji oleh Jepun pada 21 September nanti. ini merupakan perlawanan pertama yang perlu dihadapi oleh skuad Harimau Muda. walaupun rangking Jepun kini pada kedudukan 13 tapi ianya tidak bermakna skuad Harimau Muda tidak boleh pergi melangkah ke Olimpik nanti.

setiap kumpulan akan bermain secara format liga dan juara setiap kumpulan akan secara automatik layak ke Olimpik. (21 September - 14 Mac 2012) manakala naib juara setiap kumpulan akan akan bermain secara playoff dan juara playoff akan lawan dengan wakil dari negara Afrika.

walaupun diundi dengan negara yang agak pantas dari segi permainan, tetapi peningkatan mutu bola sepak negara sejak akhir-akhir ni tidak mustahil skuad Harimau Muda mampu untuk melangkah ke Olimpik buat pertama kali.

sumber Wikipedia


Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."