"weh malam ni Selangor Vs Kelantan. dekat stadium Shah Alam. Suku Akhir pertame. jom la g" inilah kate2 keramat yang membuatkan aku goyah walaupun assignment nak kene submit esoknyer dan satu bende pun tak start lagi. tanpe pikir panjang. gua pun g. gerak ke stadium, naik moto mencelah di kalangan barisan panjang kerete yang juga mungkin menuju ke stadium.
dengan harge tiket RM10. jersi RM25. abes dah terbang duit aku malam tu. haha. Lame dah tak g stadium tengok bola. last skali mase aku tadika kot. time tu aku ngan ayah aku je berdua tengok bola. time tu Selangor memang kaw2 naik. time aku tgk tu, Selangor 3-0 belasah negeri mane ntah. due last gol tu ayah aku ta dapat tengok sebab teman aku g toilet. abis marah ayah aku. haha. sori la bah. dak kecik. mane leh tahan sangat. hehe. kenangan tu.
ramai jugak g malam tuh. penuh gak stadium. menunjukkan peminat bola tanah air masih tak mengecewakan.
game memang puas hati walaupun seri tanpa jaringan. lawan bertali arus menggasak kubu lawan masing-masing.
tapi.
dulu dan sekarang lain. dulu aku tengok tade gaduh. tade mercun. sumer semangat kesukanan. tapi malam tu. mercun bagaikan mercun sambutam merdeka dah aku tengok. ader satu kali tu, mercun yang standed, malam merdeka (yang ader bunge tu) meletup sebelah pasukan paramedik. Habis tergolek dowang.
pastu plak, gaduh antara pasukan Selangor dan Kelantan. masing-masing baling botol, mercun, kerusi tempat duduk. memang tak dapat dielakkan. semangat atau nak tunjuk hebat? ntahlah. ni la name die Football Hooliganism.
dan seperti biase. beberape pihak salahkan penganjur. atas kejadian ni.
aku nak tanye lah.
korang datang stadium nak tengok bola ke nak gaduh?
sendiri pikir. aku salah kan sape yang gaduh. tak kire selangor ke kelantan.
aku cepat2 blah lepas je abis game. malas nak masuk campur. kang masuk spital plak. dah la nak final exam.
ok.
Amri masih lagi berbisa
apehal2 pun. gudluck untuk Selangor untuk game suku akhir kedua. hari jumaat ni. gua tetap sokong 100%. (nak balik umah tengok astro arena).
yeah.