Apr 30, 2010
Stadi bagai rak buku
Posted by Solahuddeen at Friday, April 30, 2010 3 commentshari ni baru lepas amek Final Exam paper Basic Structure Design. satu malam tak tido stadi. tapi. pagi tadi. aku termenung selama 1 jam. hanya untuk memikir jawapan. dan. akhirnya. aku tak sempat nak jawab 3 jam 4 soalan. hampir pitam pun ader. terbayanglah mase tu. kalau repeat. aku tak leh amek RC sem depan. sebab paper ni berkait. pastu terbayang plak. nak join persatuan sem depan. kalau dah repeat sane sini. camner aku nak harungi sem depan. ah. terkesima. nasib baik aku tak tengok barca main malam tuh.
Apr 24, 2010
Hepi Besday My Friends!
Posted by Solahuddeen at Saturday, April 24, 2010 7 comments
walaupun tarikh hari lahir mereka tidak sama. dan ada yang sudah lepas. tapi ini bukan bermakna saya tak boleh mengucapkan Selamat Hari Tua Lahir kepada mereka bertiga, haha.
Izan
mereka adalah sahabat seperjuangan ketika di UiTM Pahang. dan kini melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam.
p/s : mereka bertiga solo. nak berkenalan. let me know ya! ha3 peace :]
Apr 23, 2010
Kisah Cinta,,
Posted by Solahuddeen at Friday, April 23, 2010 8 comments
dalam keboringan sejurus bangun tido. ha3. aku pun berjalan-jalan membaca blog orang lain. dan aku membaca sebuah kisah chenta yang amat menarik. kisah chenta suami isteri. blog TentangCinta. banyak cerita tersirat tentang di sebalik post ni. banyak lagi kisah-kisah cinta yang korang leh baca. kisah cinta ni dikirim oleh saudari Rozita,,
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini
p/s: tak dapat den nak jawab cam mamat ni. ha3.

Apr 21, 2010
Apr 19, 2010
Shopping Spree (PC Fair + LowYatt)
Posted by Solahuddeen at Monday, April 19, 2010 13 commentstahun ni boleh dikatakan tahun paling banyak aku shopping, darilah pakaian hingga ke peralatan komputer. tak pernah shopping sebanyak ni. ha3.
tapi aku bukan shopping menuruti hawa nafsu semata2. tapi untuk memenuhi keperluan sejagat. ha3. yela. baju dah bape taun tak tuka. nak kasi freshen up gak masuk dgree ni. he3. dompet dah berlubang sane sini. nak gak kene tukar. hu~
ok. last shopping taun ni adalah membeli desktop. memang dah menunggu dan berangan agak lama. setelah laptop Benq R56 mengalami kerosakan tahap kritikal. dan jikalau nak repair. harga die same dengan beli laptop baru. jadi. setelah diperah otak. keputusan utk membeli desktop akhirnye tercapai.
jadi. janji punye janji. ingat nak gerak dengan awie ari ahad. sebab nak bawak desktop besa gaban tu mesti nak naek kete kan. tapi plan tersebut terpaksa diubah secara drastik. memandangkan ayahku bekerja di Ampang. jadi. alang2 menyeluk perkasam. aku gerak ari jumaat. itupn lepas kelas Math. kelas terakhir sem ni.
sampai di KLCC. aku ngan awie pn gerak la ke KLCC Convention Centre. pusing punye pusing selame 2-3 jam.jmpe la satu kedai tu. kedai tu je ade jual PC Custom. bincang punye bincang. terus ambil keputusan nak beli. last2. korang tau ape terjadi? "Bos. komputer pasang bapa lama buleh siap?" tokey tu jawab " 1 minggu, u datang ambil dekat imbi plaza" aku pn terkejut seraya berkata "x boleh siap skang ka?" dan tokey tu jawab " x boleh, sbb bla bla bla pot pet pot pet"
aku pergi meninggalkan kedai tu. lalu memikirkan solution. last2. aku ngan awie gamble lari ke Low Yatt Plaza. sampai saje kat sane. pusing2. jumpe kedai, bincang punye bincang terus angkat. sbb masa pn dah suntuk. ayah aku pn dah call, biler nak sampai. dapat lah desktop berharga rm1330 siap samsung lcd 20'. peh, berbaloi2 berbanding dekat pc fair tadi.
so. korang leh bayangkan azab membawa satu set desktop. dengan lcd 20 inci. naek monorail ngan star menuju ke Ampang. aku berpeluh bagaikan baru menyertai satu larian marathon. walaupun malam dan tak ramai orang. tp aku still berpeluh menitis2.
jadi sampai dekat Star Ampang. ayahku telah pun menunggu. siap loading barang dalam keter. aku pandu keter menuju kerumah sewa di S.Alam.
ha3. hasilnya. sebuah desktop dengan low end spec. desktop ni akan ditambah menjadi lebih advanced lagi. ha3. tp tunggu ade duet la. ngee~
LCD Samsung 20"
CPU ATX Caing Tower. Casing biase2 je.
Set PC Desktop yang dah lengkap.
Apr 10, 2010
Review Movie : Clash Of The Titans
Posted by Solahuddeen at Saturday, April 10, 2010 2 commentsyeah. sebenarnye. nak tgk kat TGV Bkt Tinggi. tp disebabkan lokasi yang agak jauh. dan tiket tak beli lagi, jadi ktorang g lah TGV Bkt Raja. Bkt Raja ni screen die kecik sket. tp oklah.
ktorang g berlima, Radzi, Fared, Gjoy, Mizan dan aku. naek 2 kete. kete Lupi ngan kete Mizan. tgk kul 8.15 pm. wah.
sebenarnye, bukan nak cite pasal tu. tp nak cite pasal kehebatan muvie ni. pada asalnye, ramai yang mengatakan movie ni agak slow dan boring. membuatkan aku berfikir 2x sebelum membeli tiket.
kata2 dapat disangkal dengan secara total. Cite ni memang SUPERB! best of the best. Aku letakan cite ni sebaris dengan LORD OF THE RINGS, KING KONG, AVP dan sewaktu dengannya. cume, yelah. xder la sampai tahap tu.
wah. cite ni sangat best. lagi2 SAM WORTHINGTON (terminator 3) yang berlakon. memang gempak habis. sangat suke u berlakon, gagah. haha.
aksi SAM WORTHINGTON berlakon. Great Great Great.
Gemma Arterton a.k.a Io - she's a beauty isn't she?
dari segi graphic. wah. superb superb. sangat chantek. rase2nye kalau sape nak tgk, aku syorkan 3D. mesti best.
Dari segi jalan cite plak, korang kene lah open minded dan jangan terpengaruh. lagi2 kanak2. ala. biaselah. cerite fantasi + aksi memang camni. tp best. memang layan perasaan jiwa raga. cume jalan cite die agak pendek. dalam 110 min. kalau die wat 3 jam, gerenti meletup pecah panggung. siyes.
kesimpulannye. cite ni memang terletak diantara WAJIB TONTON. x tengok. rugi. memang rugi.
Apr 4, 2010
Review Evolusi KL Drift 2
Posted by Solahuddeen at Sunday, April 04, 2010 10 commentsEvolusi KL Drift 2 Poster
wah. sebenarnya aku malas nak tgk cite2 camni. takut die sama jalan citer dan lakonan x bleh blah shamsul and the gang. *panaskan ayat aku.
TAPI
sume tu berubah tatkala aku duduk menyaksi kan cite ni dalam keadaan basah (bukan sbb basah ade awek. tp hujan lebat tahap extreme dekat bukit tinggi). menggigil tahap gaban.
Perfect. Terbaik. Mantap. Memang EVOLUSI cite melayu.
dari segi lakonan. aku kasi 9/10 untuk scha dan sam. korang berdue patut dapat award. lagi2 lakonan sam. gaya ala2 mafia hongkong. cakap mandarin tuu. ko memang terbaik. bagi scha plak. memang lakonan ko xder poyo langsung. memang menjiwai watak. kalau shamsul plak. hai. x berubah. kasila orang lain jadi hero. menyampah aku tgk ko berlakon. kalau orang laen jadi hero, xpun kasi la farid kamil. memang cite ni TERBAIK.
aksi letup kete
shaheizy sam. u da great.
aksi ala mafia hongkong
oh. scha yg kiut. terbaik u berlakon
need to improve cara lakonan anda.
dari segi aksi dan letupan. KAW2!. kete 2-3 biji ko kasi letup.
dari segi angle kamera. chantek tapi bukan terbaik. still ade peningkatan.
dari segi senjata. ha. ni baru nampak real. xder la pistol kapur je.
dari segi jalan cite. x beberapa kuat. still ader sama dengan cite sembilu.
overall. cite ni adalah cite tempatan WAJIB TONTON. x rugi. best. rase cam nak tgk 2 kali je, tp tgk kat laptop sudah. aku bukannye kaye sangat pun. ha3.
p/s: walaupun aku bukanlah terbaik dalam bidang kritik2 filem. tp inilah kejujuran.
Hari Sukan Adik Saya.
Posted by Solahuddeen at Sunday, April 04, 2010 2 commentshah. title yang agak skema. ha3.
Hari Ahad minggu lepas 28.3.2010, SK Kebun Baharu ade wat hari sukan. jadi aku selaku abang yang baik hati lagi berdedikasi diarahkan oleh ibundaku untuk ke sekolah adik lelaki bongsu aku bernama Luqman Ali.
selepas menyelesaikan beberapa urusan, segeralah aku ke sekolah adik ku ini.
lame dah tak melangkah ke sekolah rendah ni. teringat zaman sekolah rendah dulu. time sukan la paling seronok. hari tu darjah kepanasan mencapai tahap membakar kulitku yang sedia gelap ni. menambah keperitan. ha3.
ni lah gaya cool adek aku posing
ni plak posing bajet badan ko best
keadaan time tu mmg sesak, dengan parents datang nak tgk anak dowang bersukan. hu~ jumpelah dengan cikgu2 lame. sume dah berumur. banyak cikgu2 muda. tak bertegur dengan cikgu lama, sebab masing2 bz nak handel sukan tu. malas nak kacau.
merancang stratergi nak menang
ni kawan2 rumah hijau. seronok dorang posing gambar
yeah. sempat amik pic. mahal pic nih.
yeah. walaupun tempat ke-4 tapi korang tetap terbaik. cayalah!
Subscribe to:
Posts (Atom)