My Followers

Ads

May 28, 2009

Hukum Memakai Perfume Beralkohol Ketika Solat

8 comments
*gambar diatas adalah hiasan semata-mata

menjadi persoalan jauh di sudut hati aku. adakah perfume yang mempunyai unsur alkhohol di benarkan di bawa ke solat. dulu, aku pernah bertanyakan pada ustazah aku ketika aku di sekolah menengah, jawapannya sama seperti apa yang aku tulis sebentar nnt. walaupun ketika itu hatiku lega mendengar jawapannya, ada juga yang berpendapat bahawa perfume beralkohol tidak dibernarkan di bawa ke solat. adakah PERFUME BERALKOHOL BOLEH DIBAWA KE SOLAT?

jawapannya:

1)HARUS DAN SAH SOLAT, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis.  Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk  Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh  (mati)  dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh Prof. Dr Abd Fatah Idris  melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

Walaupun begitu, kite seharusnya berhati-hati dalam memilih perfume yang sesuai yang tidak mengandungi bahan-bahan yang ditegah seperti lemak haiwan, LARD (babi) dan sebagainya.

Terminator Salvation

6 comments
 
  
dah kuar arini!! nak tengok, nak tengok!!

May 20, 2009

Hoodies Overthrown

0 comments

sedang aku membelek2 page myspace. terjumpe lah satu page ni, nampak lah hoodies ini. sgt smat + stylo! tp dowang x kuarkan lagi (xtau la dah jual ke belum) masih lagi dalam pre-order! hush~ tgh ader duet ni, baek jual cepat, karang dah xder duet~ kempunan la daku!

May 19, 2009

Holiday kat Port Dickson sambil bekerja sbg asisstant

0 comments
 
lepas je anta adek aku g KMNS, aku ngan ayah aku strait g Port Dickson untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh tempat keje ayah aku. kursus ni untuk semua ketua stesen di seluruh semenanjung. kursus ni diadakan bertujuan untuk mendedahkan ketua stesen dalam keadaan sebenar di alam kejuruteraan awam. hurm. aku ikut pun sebab nak tolong2 ayah aku uruskan kursus tu memandangkan die yang incharge. ataupun ngan name pendeknye 'praktikal' he3~ time ni baru sampai. ayah aku ngan member die ajak g minum. time ni tgh cari tempat. letihnyer~ pastu balek tempat ktorang menginap dalam pukul 12.00 am.
 
 
keesokan harinya. iaitu hari selase, bermulalah kursus tersebut. breakfast dekat tempat ktorang menginap gak. aku minum kopi O ngan roti bakar. kopi o die sedap ar~
 
selepas breakfast, aku terus ikut ayah aku ke dewan. laptop dah tersedia, dah terpapar skrin kat layar putih. aku tggl pasang pendrive dan terus open file yang dikehendaki. pastu, ayah aku pun terus mulakan ceramahnye, dari kul 8.30 am sampai la kul 1. ader minum pukul 10.30am. time ni aku tgh mengantuk giler~ slideshow yang ayah aku present adalah asas dalam kejuruteraan awam, pelajaran yang telah pun aku belajar. sbb tu ngantuk, he3~ ambil la gamba sket. hu3~
 
 
petang tu, eletrik xder. sbb pencawang nak diservis, jadi pukul 4.30 ktorang terus ikut jadual, iaitu melawat dan melakukan ujian Slump Test dan Cube Test. Ujian ni penting untuk menentukan samada konkrit yang di buat di kawasan tapak adalah bersesuaian dengan bangunan dan mengikut pelan asal. tujuan ujian ini diadakan juga adalah untuk mendedahkan kepada ketua stesen tentang bagaimnana untuk menerima konkrit yang boleh digunapakai ataupun tidak. Ujian ni dilakukan di Makmal Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson. Besar gak politeknik ni.
 
gambar ni menunjukkan 4 orang pelajar diploma semester 6 buat demo untuk ujian slump test dan cube test. baye aku kot~ he3~
 
keesokkan harinya, macam biase, sarapan, pastu ikut ayah aku g dewan. pastu pukul 10.30 ade minum2 sket, kul 1.00 pm stop, makan tengahhari, pastu balek bilik rest sket, 2.30 sambung balik. tp aku x ikut. aku tido dalam bilik. ha3~ sedap plak tido dalam bilik aircond tuh. petang ni pon aku x ikut pergi ke politeknik. malas. he3~ aku g bantai maen game dalam bilik tuh, sambil mengadap pantai Port Dickson, layan weh~ ha3~ gambar ni menunjukkan ayah aku tengah buat presentation, tp tgh duduk, penat kateneye. sian die~
 
hari ni hari khamis. cam biase gak. ikut jadual seperti biase. petang aku x ikut ayah aku g dewan, sbb ngantuk. he3~ pastu kul 4.30 ktorang g Politeknik seperti biase. buat demo untuk Ujian Slump Test dan Cube Test. gambar menunjukkan dak2 politeknik wat demo ujian tersebut dan Encik Zainal, pensyarah kejuruteraan awam di Politeknik tersebut sedang menerangkan sedikit tentang Ujian Sieve Analysis. tp xbuat. sbb dah petang. ha3~
  
hari ni hari jumaat. hari last untuk kursus ni, pagi ni lepas sarapan, ktorang gerak ke Rembau, tengok prasarana. rumah yang x siap kat atas tuh, adalah untuk perancangan perumahan rakyat termiskin atau PPRT. orang miskin dapat rumah free. paling besar yang ayah aku uruskan dekat Kuala Lipis. time tu bekas perdana menteri iaitu Pak Lah, yang rasmikan. gambar kat kebun tu plak ktorang pergi tengok culvert atau pembetung yang betul dibuat dan yang salah. jauh la gak. berpeluh, dah la aku pakai baju kemeja ngan suar slack. ha3~ aku xtau pun ader lawatan ke ladang ni. ayah aku x gtau, ha3~ layan je la.
  
pas semayang jumaat, aku ngan ayah aku g minum cendol, pastu lepak2 jap, ayah aku g tido, aku g kemas barang2, pastu dalam pukul 3, ktorang bergerak pulang, sampai ke umah kul 5.30 petang, aku yang drive, penat gak ah, tp best! ha3~ start cuti je, aku dah kat PD. ho3~
tamat..

Hantar adik ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS)

2 comments

pada 11 hb Mei 2009, adik lelaki no 4 dari 6 adik beradik aku berjaye menempatkan diri di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). buat pengetahuan korang, akak aku, aku dan adik perempuan aku no3 pun berjaye menempatkan diri dekat KMNS neh, cume yang bezanya, dowang berjaye abeskan study, tp aku x, sbb aku dapat tawaran ke UiTM. he3~ hurm, adik aku dapat blok b, same ngan aku gak dulu, blok lelaki paling dekat dengan surau, kafe dan blok kuliah. mase pendaftaran nak angkat beg pon dekat, he3~ syukur. mase anta neh, mmg teringat kisah2 aku bersame2 rakan seperjuangan kat KMNS neh, faiz a.k.a Remy, Roy, Ron, Ray. ha3~ ni nick atau gelaran ktorang wat sendiri. ha3~ rinduuunye lah, aku plak dapat nick Rudy. he3~ (sori la korang, aku x ingat full name korang, sbb dari awal lagi dah panggil nick). kt sini gak aku dapat bestpren (walaupun kadang2 gaduh), Faiz. die mmg baik. x kedekut. ha3~ skang die study kat Zagazig, Mesir. amik Medic 6 taun. wah~ jadi Dr.Faiz la pas neh, ha3~ hurm, moga korang sumer berjaye dalam hidup. mmg best dan banyak kenangan dekat KMNS neh.

Gambar kat atas menunjukkan ktorang tgh makan tepi van dekat parking lot bawah pokok. ha3~ yang pakai baju putih tu la adik lelaki aku. moge anda dapat habiskan study dan dapat result best. meja pingpong tu la tempat lepak aku mase ujung minggu. tgk member main pingpong. aku x reti main. tgk je la. kadang2 sampai pagi bute dorang main pingpong. ha3~

kenangan manis yang x akan hilang....

Time Frame : MUET Exam

6 comments

hurm. exam yang kene daftar sendiri dekat Maran. mase nak dafta ni la aku ngan awie g maran naek moto syahmi a.k.a kuba. haha~ sakit pinggang gak, tp best. pengalaman beb. ok2 berbalik kepada gambar di atas. time ni tgh tunggu giliran untuk speaking. aku dapat ngan radzi, nina dan seorang dak laki yang aku x kenal. speaking ni kalau nak citer senang je, tp aku x dapat kasi 100% sbb aku takut + x biase. tu la silapnye aku. tp xperla, at least aku boleh cakap dengan lancar. huhu~ hope dapat result best. time ni fareed pon ader sekali, tp die dapat giliran yang pertama. gamba aku plak xder kat atas. sbb xder sape nak tolong aku amekkan gamba. ye la. masing2 ngah risau + takut tunggu giliran nak speaking. huhu~

May 18, 2009

Time Frame : Final Exam

0 comments

ha, time final ni, mmg betul2 tension + berpeluh. nak ditambah lagi, subject mmg berat + susah. mmg tension aa. jadi, aku ngan rumate aku ape lagi, bantai la maen Command & Conquer : General, kasi ilang sume tension tu, he3. gamba ni diambil semase subject concrete design. sem ni gak bermulanya aku study atas lantai bersame Encik Fareed. ha3~

Time Frame : Assignment Era

0 comments


ha2. cam gempak je title kat atas tuh. saje je. gamba kat atas ni. keadaan sebenar meja study aku time kelam kabut nak test + assignment + malas nak mengemas. gamba ni aku amek ari rabu pagi. rasenye pagi tu xder kelas. tp ak mmg bangun awal. so xder bende nak wat. aku amek aa gamba. he3~

Holiday Time!

0 comments


Alhamdulillah. abes pon final exam. berpeluh aku study ngan menjawab. lagi2 paper last. buat kat kelas. kipas je. fuh. mmg berperluh. ha3. yeah. lame dah x update blog. lagi2 time aku kat jengka. memang tersangat bz. tp sibuk2 pon, aku siap leh maen game secare LAN lagi. ha3. skang ni aku dah pon berjaye tuka template blog. walaupun agak serabut. xper. aku baru beginner. bende2 camni aku anggap dalam proses nak blaja. yeah. banyak gak nak update neh. sori le kepade kawan2 yang rajen view page aku, tapi xder update. aku tersangat bz + malas. ha3. ok2. skang dah cuti. aku akan rajenkan diri untuk update ape saje yang terlintas kat fikiran aku. ok. thx.
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."