My Followers

Ads

Dec 28, 2008

Sedikit Ulasan Tentang Isu Hukum Hudud

0 comments
Assalamualaikum.
erm..isu hudud kembali lagi. Dibangkitkan ketika wawancara Transformasi Politik yang dihadiri pensyarah terkenal, Husam Musa dan Khairy Jamaluddin. Khairy bertanya adakah PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara. Husam berkata 'YA'

senario ini menggambarkan bahawa, Khairy cuba memerangkap Husam ketika PAS sudah tidak lg berkata tentang perlaksanaan hukum hudud. dia cuba menggoyahkan pakatan rakyat. haha~

apa yang saya tahu tentang hukum hudud ialah, Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.

Hudud hanya UNTUK ORANG ISLAM. itu yang paling penting. Tujuan Khairy tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina khusus di Parlimen Kuala Terengganu yang akan menghadapi Pilihan raya Kecil tidak lama lagi.

kenapa PAS tidak lagi berkata tentang Hudud? pertama, ianya tanggungjawab umat Islam, bukan PAS seorang. Kedua, nak ajak umat Islam 'LAIN' supaya menggerakkan Hudud pon susah, degil, siap dipermainkan lagi hukum tersebut. ketiga, Rasulullah s.a.w pon nak sebarkan Islam secara peringkat2, xder main terus je. kite sedia tahu bahawa Malaysia hidup berbilang bangsa, tidak boleh main buat gitu sahaja, keempat, ada pihak cuba menakut2kan agama lain dengan hukum hudud ini. ini sangat bahaya,,

hurm..tp yang paling penting, isu ni dah sangat lama, dah nak pilihanraya barulah isu ni timbul kembali,
sila lihat video ini

sebelum menutup tirai, Hudud adalah hukum dalam Islam, orang selain Islam nak berkata tentang Hudud, saya tidak marah, mereka tidak faham, tp jikalau umat Islam itu sendiri, memperlekehkan Hudud, saya cukup marah, tidak tahu Iman mereka berada di tahap mana.

jadi, kepada semua rakyat malaysia, buka fikiran anda, ada pihak cuba memainkan isu ini, ini isu agama, tidak boleh dipermainkan,

sekian..


p/s: jika ada tersilap fakta atau pun kata2 saya minta ampun, minta maaf, saya insan lemah yang mahu berkata2 tentang hukum Islam.

Dec 23, 2008

Lagi pasal IJN

1 comments
dah nak pilihanraye..
die stop la dulu.
kang, lepas pilihanraye, swastalah IJN tuh..

Dec 19, 2008

IJN Diswastakan, apa pendapat anda?

1 comments






terkejut aku tatkala melihat berita tentang IJN (Institute Jantung Negara) akan 'dijual' kepada Sime Darby berhad. Perkara yang bermain di kepala ku pada waktu itu, sudah pastinya golongan2 seperti warga emas, kanak2, dan orang miskin pasti akan merasa impaknya, manakan tidak, sudah pasti apabila IJN 'dijual' kepada sektor swasta, bil rawatan sudah pasti akan naik berlipat kali ganda.

IJN didirikan dengan satu tujuan, untuk menyediakan 'cardio-thoraric care and treatment', untuk mereka yang memerlukan dan mereka yang tidak mampu untuk membayarnya. IJN telah melakukan kerja yang baik, tetapi mengapa kerajaan hendak menyerahkan kepada sektor swasta?

pertama IJN diletakkan di bawah Kementerian Kewangan disebabkan segala kos rawatan yang sangat tinggi, dijadikan tanggungjawab kementerian terbabit. kedua, IJN merupakan peneraju perubatan dalam bidang jantung di negara ini, dan sudah berada di tahap antarabangsa, bayangkan betapa banyaknya keuntungan yang boleh dihasilkan oleh Sime Darby jika IJN berjaya diswastakan.



ini ialah kata2 dari menteri2 terbabit
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat

–Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri

Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan

–Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri

Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat

–Datuk Dr. Chua Soi Lek Timbalan Presiden MCA (Bekas Menteri Kesihatan)

Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan

–Khairy Jamaludin Naib Ketua Pemuda UMNO

Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus

–Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby



kata2 Datuk Dr. Chua Soi Lek ada bernasnya, yalah, pihak swasta sudah mengeluarkan banyak belanja, sudah pasti mereka mahukan 'KEUNTUNGAN', dan mana dapatnya keuntungan tersebut? sudah pasti dari pesakit2 yang membayarnya. dan pastinya apabila IJN berjaya diswastakan, golongan kaya dan pertengahan pasti terbatuk2 darah, manakala yang miskin pasti mati secara perlahan2 dirumah, melihatkan bil yang bakal mereka hadapi.


p.s: kaye raye lah orang2 sime darby nnt..

Dec 17, 2008

Prison break s04 dah nak abes?

0 comments
haha~
ako search kat tenet, last episode 16. semalam aku baru abes download episode 15, fuh~ linc join The Company lak demi nak menyelamatkan schofield, waaa~ naseb baek la ko abeh sblm balek jengka, kalau x kempunan aku!

Dec 15, 2008

Kawad Kaki

0 comments






haha~
tgh syok2 belek2 gamba, teringat lak tyme kawad merdeka dulu, seronoknyer, itulah first time aku amek platun, (time malam la) dan itulah first time sejak sekian lama JPA UiTM Pahang, johan perbarisan, satu peringkat UiTM Pahang, satu lagi peringkat Daerah Temerloh, haha~
saje je letak, walaupun dahlamer berlaku, hehe~

lagipon bukak sem baru nnt, aku kene ajar kawad dekat komander2 baru, hurm, risao pon ader, yela ilmu ni pon xder la tinggi mane, tp dah kene ajar orang, huhu~ kene wat tol2 neh, kalau x malu lah, hehe~

BOLA SEPAK MALAYSIA

2 comments


Assalamualaikum.
kekalahan pasukan bola sepak akhir2 ini di sebuah perlawanan piala AFF suzuki yang berlangsung di Thailand amat mengecewakan aku dan peminat2 bola sepak tanahair khususnya. sebenarnya sebelum perlawanan itu berlangsung, aku telah meletakkan harapan yang amat tinggi terhadap pasukan bola sepak negara. aku akui biarpun jarang menonton perlawanan bola sepak di mana2, tp secara hakikatnya aku amat sukakan permainan bola sepak yang telah dimainkan sejak berabad lamanya.

erm, apa yang aku hendak coretkan ini bukanlah berkisar tentang diriku, tapi lebih kepada senario bola sepak Malaysia. Sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan pasukan negara secara bulat2 kerana banyak lagi faktor yang menyumbang kepada prestasi pasukan negara. tp yang paling penting, pemain itu sendiri, yang seharusnya berusaha untuk membaiki mutu permainan masing2, biarpun pada perlawanan baru2 ini, Malaysia menurunkan pemain2 senior, tp masih lagi bermain seperti baru sahaja menyentuh bola.

ok, tutup disitu, erm, selain daripada pengurusan bola sepak Malaysia, FAM juga harus dirombak dari awal lagi. ROMBAK dari atas sampai bawah, kita ambil contoh pengurusan bola sepak England, dimana yang menerajuinya adalah dari kalangan orang perniagaan dan bekas2 pemain bola sepak. mereka menjadikan bola sepak itu menjadi suatu perniagaan, dan hasilnya dapat berbelanja besar untuk memperbaiki mutu bola sepak mereka, dari segi gaji mahupun latihan. Mereka juga ada membuat akademi bola sepak mereka sendiri, dimana mereka menyediakan pelapis sebelum mereka dapat beraksi sebenar dalam padang bola sepak.

MALAYSIA? nak bayar gaji coach pon x mampu. sampai berhutang2, itulah, selagi bola sepak Malaysia ni 'dikuasai' orang POLITIK, mereka yang KAKI BANGKU, mereka yang hanya pandai bercakap, tp x reti nak wat keje, selagi itulah bola sepak Malaysia akan masih lagi berada di tahap ini.

tp, nak salahkan 100% terhadap pengurusan pun x boleh gak, PEMINAT juga memainkan peranan yang penting. Lihat senario bola sepak negara laen, mereka sanggup memenuhi seluruh stadium untuk melihat pasukan masing2 beraksi, hasil daripada penjualan tiket, secara tidak langsung kita sebenarnya menyokong menyinarkan kembali senario bola sepak negara yang kian malap. malah, pemain bola sepak juga bersemangat untuk bermain melihatkan peminat yang memenuhi satu stadium.

haha. dulu mase kecik2, ayah aku selalu bawak g stadium shah alam untuk melihat pasukan negeri Selangor bermain, haha~ sampai marah2 mak aku, balek lewat malam. time tu penuh satu stadium. macam2 gelagat orang aku tengok, ader yang pakai topeng, ader yang jerit2, bile gol je, fuh gegar satu stadium. Selangor dulu hebat, tiap kali main, mesti banyak gol masuk, sampai satu ketika tu, aku nak g toilet mase tengah game, ayah aku marah aku, suruh 'tahan' dulu, dah nak abes game, tp yela dak kecik kan, mane la tahan. tgh aku kat toilet pon leh still gol lagi, wakaka~ ayah aku punyer frust time tuh, peh, x abes2 pot pet dalam kete, x dapat tgk gol. tp skang pun sumer senario tu berubah, ayah aku pon dah x berminat, alasannya, tiket dah mahal, main x bes dan macam2 lagi. haha~


jadi, aku harap, senario bola sepak negara, berubah, sekaligus nama pasukan Malaysia digeruni dan disebut2 oleh semua orang. hurm.. bile agaknye ek??

Dec 14, 2008

Risaunyer!~

1 comments

erm, ader banyak merunsingkan kepale aku sejak akhir2 ni,

1. result exam dah nak kuar,
2. laptop aku ader problem


hurm, pasal aku risau sesangat tentang exam ni disebabkan aku ader 2 paper aku jawab x betul, mmg aku 80% aku salahkan soalan, soalan final kua lari dari soalan past year dah bape taun, die mmg lari betul, 20% aku salahkan diri aku sebab x study betul2. semuanya BETUL2 merunsingkan aku!


pasal laptop plak, aku x tau la pe kene ngan laptop jename BenQ neh, laptop kawan ayah aku dan mak aku jename BenQ gak, juga mengalami masalah yang sama iaitu DEAD SCREEN! laptop mak aku nyer dah anta kilang die, tp dah abes waranti la, korang tau bape kene charge?? RM1650!! giler punyer BenQ, die kene tuka screen terus! alasan die, laptop mak aku kene tindih, kepale die! mak aku ni dahla pompuan, cikgu lak tu, lemah lembut lagi, aku maen laptop lagi ganas! macammane la die leh create alasan x betul camtu! hish! dan skang neh, laptop aku plak BAKAL mengalami kejadian yang sama, simptom yang sama sebelum kejadian screen laptop mak aku blank, iaitu,

1. screen x idop, tp laptop idop,
2. pastu idop balek, dan buleh pakai seperti biase
3. lame2 maen, die akan berkelip2, seperti dah blank
4. last skali, babai! blank terus!

wawawa~ako xmao terjadi!!! waranti sampai bulan 2 jek!!


jadi kepade sesape kat lua tu, yang nak beli laptop, JANGANLAH beli BenQ neh, belila Dell ke, Compaq ke, mane2 lah, bukan nak kate aku 'titik' jename ni, tp tgklah ape yg terjadi? hish~
doa2lah x terjadi kat laptop aku ni. ako ni bukannye banyak duet sangat nak beli2 laptop baru.
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."