My Followers

Ads

May 18, 2009

Holiday Time!

0 comments


Alhamdulillah. abes pon final exam. berpeluh aku study ngan menjawab. lagi2 paper last. buat kat kelas. kipas je. fuh. mmg berperluh. ha3. yeah. lame dah x update blog. lagi2 time aku kat jengka. memang tersangat bz. tp sibuk2 pon, aku siap leh maen game secare LAN lagi. ha3. skang ni aku dah pon berjaye tuka template blog. walaupun agak serabut. xper. aku baru beginner. bende2 camni aku anggap dalam proses nak blaja. yeah. banyak gak nak update neh. sori le kepade kawan2 yang rajen view page aku, tapi xder update. aku tersangat bz + malas. ha3. ok2. skang dah cuti. aku akan rajenkan diri untuk update ape saje yang terlintas kat fikiran aku. ok. thx.

Apr 17, 2009

Doa Buat Semua Sahabat

2 comments

Mar 9, 2009

Salam Maulidurrasul

0 comments

Mar 7, 2009

Perkemahan Bersepadu Pertahanan Awam Unit IKBN Temerloh, KKTM Pasir Mas dan UiTM Pahang

2 comments




















bertarikh 27, 28 februari dan 1 mac 2009 telah diadakan satu perkemahan bersepadu Pertahanan Awam Unit IKBN Temerloh, KKTM Pasir Mas dan UiTM Pahang bertempat di IKBN Temerloh. Kami bertolak 2.30pm dan sampai pada pukul 4.30 pm. Setelah mendaftar, kami ditempatkan di asrama yang sangat selesa. Setelah selesai makan dan solat maghrib, kami bertolak ke dewan serbaguna untuk sesi ice breaking, disana kami telah dipecahkan kepada 8 kumpulan dan sejurus memperkenalkan diri masing2,aktiviti ice-breaking telah dijalankan dimana aktiviti tersebut dapat merapatkan hubungan kami.

keesokan harinya, tepat pada pukul 7.00 pagi, aktiviti senaman pun bermula, yang diketuai oleh Encik Zakee, jurulatih JPAM. Sangat letih dan memenatkan, kemudian kami bergerak ke dewan makan untuk bersarapan dan seterusnya bersiap untuk ke slot seterusnya, iaitu Basic Life Support. kemudian kami bergerak ke dewan makan untuk minum pagi dan sambung ke slot seterusnya iaitu tali menali. kemudian, kami pulang berehat ke asrama masing2.

pada pukul 3.00 petang, kami berkumpul untuk slot Ascending & Descending. Disinilah keberanian para peserta teruji, dimana kami dikehendaki turun dari bangunan 3 tingkat menggunakan teknik normal repelling. Pada slot ini juga kami dapat merapatkan hubungan antara unit dimana ketika menunggu untuk giliran turun, kami mengulangkaji teknik2 ikatan tali secara tidak rasmi.

pada malam itu, kami berkumpul untuk slot seterusnya iaitu, slot kembara malam, pada mulanya, kami berfikir, ianya merupakan kembara di dalam hutan, rupa2nya silap sama sekali, ianya merupakan aktiviti seperti explorace. ianya sangat menyeronokkan dimana disinilah segala stamina, kekuatan fizikal, semangat setiakawan, kebijaksanaan digunakan untuk mennyelesaikan segala tugasan yang diberikan, walaupun kumpulan saya mendapat tempat terakhir, tapi kami berasa sangat seronok kerana dapat menjalan kan tugas dengan baik.

keesokkan hari, setelah aktiviti senaman pagi, kami berkumpul untuk slot seterusnya, iaitu latihan menyelamat di medan. Disini, kami diajar untuk membalut luka menggunakan triangle bandage dan membuat usungan menggunakan hammock dan kayu hutan. selain itu, kami juga belajar untuk membuat usungan menggunakan peralatan yang terdapat di sekeliling. Aktiviti tersebut tamat pada pukul 3 petang.

pada pukul 5 petang, kami berkumpul untuk menyiapkan dewan makan untuk acara penutup dan makan malam. dan kami juga ditugaskan untuk membuat sorakan kumpulan masing2.

tepat pukul 9.00 malam, acara makan malam pun bermula, dimulakan dengan ucapan dari pengarah IKBN Temerloh, ucapan Wakil Pelajar dan penyampaian hadiah. Disini, saya berjaya mendapat anugerah Pelatih Terbaik. Selepas itu, persembahan pelajar dan multimedia. Setelah kami semua makan, tibalah masa untuk sesi berkaroke, dimana, dimulakan dengan pengarah IKBN, kemudian para peserta.

Selepas itu, kami mengambil gambar kenangan bersama, dan bersalam-salaman diantara satu sama lain, menunjukkan ikatan silaturrahim antara unit sangat ukuh. Terima kasih diucapkan kepada pihak IKBN Temerloh kerana sudi menjemput kami. Diharapkan agar, pada masa2 akan datang, pihak IKBN dapatlah sudi menjemput kami lagi.

kami bertolak pulang ke UiTM pada pukul 12.30 am dan sampai pada pukul 2.00 am.

Latihan Intensif 3/2009

0 comments


















hurm..
latihan ni bertujuan selain daripada memantapkan skill para komander JPAM UiTM Pahang, adalah untuk menghadapi kem bersepadu Pertahanan Awam di IKBN Temerloh, jadi aku selaku exco Disiplin dan Latihan, telah mengadakan latihan intensif kali yang ketiga. Pada masa ni, para komander dibahagi kepada 3 kumpulan kecil supaya memudahkan pembelajaran dan pengajaran. Hari tu ktorang sumer study balik Basic Life Support yang terdiri dari 2 pelajaran asas iaitu, CPR dan Choking, tp ktorang x sempat belajar choking sbb masa yang tidak mengizinkan. Selain belajar BLS, ktorang juga belajar satu lagi ikatan tali lanjutan iaitu SAR Seat dan SWISS Seat. Ikatan tali ini adalah untuk sebagai alih ganti kepada harness, iaitu alatan untuk penyelamat menurun dari tempat tinggi. Ikatan tali ini juga telah diajar oleh Tuan Lokman pada hari sebelumnya. Beliau dengan tidak keberatan telah turun padang untuk melatih wakil komander sebelum beliau pergi menajalankan tugas yang lain. Terima kasih diucapkan kepadanya. Latihan ni berjalan selama 2 jam, dari pukul 5-7 petang.

Feb 14, 2009

Majlis Pemakaian Pangkat Komander UiTM Pahang

2 comments













Telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Komander UiTM Pahang bertarikh 09.02.2009 anjuran Unit KO UiTM Pahang. Majlis ini bertujuan untuk sesi pemakaian pangkat komander2 baru dan lama untuk semua Komander KO UiTM Pahang iaitu KO Bulan Sabit Merah Malaysia, Kesatria UiTM dan Jabatan Pertahanan Awam. Dengan adanya majlis seperti ini, para pelapis dan organisasi baru KO masing2 dapat merasakan tanggungjawab dan lebih dihargai. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus UiTM Pahang,Prof. Madya Dr Haji Hilmi Ab. Rahman. Biarpun terdapat beberapa halangan, namun majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kursus Kepimpinan Dan Latihan Intensif Kawad Kaki Komander JPAM Unit UiTM Pahang

0 comments










Unit Pertahanan Awam UiTM Pahang atau sinonimnya adalah Komander JPAM UiTM Pahang telah mengadakan Kursus Kepimpinan Dan Latihan Intensif Kawad Kaki, yang merupakan salah satu aktiviti Komander JPAM pada semester ini. ( Dis 08 – Apr 09 )

Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan menajamkan skill kawad kaki masing2, malahan dengan terlaksananya kem ini semua Komander Pertahanan Awam akan dapat menjalankan beberapa aktiviti bersama dan mencari kesefahaman disamping bertukar-tukar pendapat.Selain itu kursus ini juga dimantapkan lagi dengan kursus kepimpinan yang diberikan ceramah oleh En. Mohd Nasir B Haji Ibrahim, Ceramah Hala Tuju Komander oleh Tuan Sairun b Idon dan Ceramah Melaksanakan Aktiviti oleh pegawai HEP En. Mat Zaid B Yazid yang bertujuan mengukuhkan organisasi Majlis Perwakilan Komander Jabatan Pertahanan Awam Unit UiTM Jengka itu sendiri. Selain itu jurulatih yang terlibat adalah dari Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka (PULAPA Jengka) dan Ibu Pejabat Pertahanan Awam Daerah Temerloh.

Aktiviti ini dijalankan di Kem Seri Gading UiTM Pahang selama 3 Hari 2 Malam.
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."