My Followers

Ads

Dec 28, 2008

Sedikit Ulasan Tentang Isu Hukum Hudud

0 comments
Assalamualaikum.
erm..isu hudud kembali lagi. Dibangkitkan ketika wawancara Transformasi Politik yang dihadiri pensyarah terkenal, Husam Musa dan Khairy Jamaluddin. Khairy bertanya adakah PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara. Husam berkata 'YA'

senario ini menggambarkan bahawa, Khairy cuba memerangkap Husam ketika PAS sudah tidak lg berkata tentang perlaksanaan hukum hudud. dia cuba menggoyahkan pakatan rakyat. haha~

apa yang saya tahu tentang hukum hudud ialah, Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.

Hudud hanya UNTUK ORANG ISLAM. itu yang paling penting. Tujuan Khairy tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina khusus di Parlimen Kuala Terengganu yang akan menghadapi Pilihan raya Kecil tidak lama lagi.

kenapa PAS tidak lagi berkata tentang Hudud? pertama, ianya tanggungjawab umat Islam, bukan PAS seorang. Kedua, nak ajak umat Islam 'LAIN' supaya menggerakkan Hudud pon susah, degil, siap dipermainkan lagi hukum tersebut. ketiga, Rasulullah s.a.w pon nak sebarkan Islam secara peringkat2, xder main terus je. kite sedia tahu bahawa Malaysia hidup berbilang bangsa, tidak boleh main buat gitu sahaja, keempat, ada pihak cuba menakut2kan agama lain dengan hukum hudud ini. ini sangat bahaya,,

hurm..tp yang paling penting, isu ni dah sangat lama, dah nak pilihanraya barulah isu ni timbul kembali,
sila lihat video ini

sebelum menutup tirai, Hudud adalah hukum dalam Islam, orang selain Islam nak berkata tentang Hudud, saya tidak marah, mereka tidak faham, tp jikalau umat Islam itu sendiri, memperlekehkan Hudud, saya cukup marah, tidak tahu Iman mereka berada di tahap mana.

jadi, kepada semua rakyat malaysia, buka fikiran anda, ada pihak cuba memainkan isu ini, ini isu agama, tidak boleh dipermainkan,

sekian..


p/s: jika ada tersilap fakta atau pun kata2 saya minta ampun, minta maaf, saya insan lemah yang mahu berkata2 tentang hukum Islam.

Dec 23, 2008

Lagi pasal IJN

1 comments
dah nak pilihanraye..
die stop la dulu.
kang, lepas pilihanraye, swastalah IJN tuh..

Dec 19, 2008

IJN Diswastakan, apa pendapat anda?

1 comments






terkejut aku tatkala melihat berita tentang IJN (Institute Jantung Negara) akan 'dijual' kepada Sime Darby berhad. Perkara yang bermain di kepala ku pada waktu itu, sudah pastinya golongan2 seperti warga emas, kanak2, dan orang miskin pasti akan merasa impaknya, manakan tidak, sudah pasti apabila IJN 'dijual' kepada sektor swasta, bil rawatan sudah pasti akan naik berlipat kali ganda.

IJN didirikan dengan satu tujuan, untuk menyediakan 'cardio-thoraric care and treatment', untuk mereka yang memerlukan dan mereka yang tidak mampu untuk membayarnya. IJN telah melakukan kerja yang baik, tetapi mengapa kerajaan hendak menyerahkan kepada sektor swasta?

pertama IJN diletakkan di bawah Kementerian Kewangan disebabkan segala kos rawatan yang sangat tinggi, dijadikan tanggungjawab kementerian terbabit. kedua, IJN merupakan peneraju perubatan dalam bidang jantung di negara ini, dan sudah berada di tahap antarabangsa, bayangkan betapa banyaknya keuntungan yang boleh dihasilkan oleh Sime Darby jika IJN berjaya diswastakan.



ini ialah kata2 dari menteri2 terbabit
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat

–Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri

Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan

–Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri

Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat

–Datuk Dr. Chua Soi Lek Timbalan Presiden MCA (Bekas Menteri Kesihatan)

Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan

–Khairy Jamaludin Naib Ketua Pemuda UMNO

Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus

–Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby



kata2 Datuk Dr. Chua Soi Lek ada bernasnya, yalah, pihak swasta sudah mengeluarkan banyak belanja, sudah pasti mereka mahukan 'KEUNTUNGAN', dan mana dapatnya keuntungan tersebut? sudah pasti dari pesakit2 yang membayarnya. dan pastinya apabila IJN berjaya diswastakan, golongan kaya dan pertengahan pasti terbatuk2 darah, manakala yang miskin pasti mati secara perlahan2 dirumah, melihatkan bil yang bakal mereka hadapi.


p.s: kaye raye lah orang2 sime darby nnt..

Dec 17, 2008

Prison break s04 dah nak abes?

0 comments
haha~
ako search kat tenet, last episode 16. semalam aku baru abes download episode 15, fuh~ linc join The Company lak demi nak menyelamatkan schofield, waaa~ naseb baek la ko abeh sblm balek jengka, kalau x kempunan aku!

Dec 15, 2008

Kawad Kaki

0 comments






haha~
tgh syok2 belek2 gamba, teringat lak tyme kawad merdeka dulu, seronoknyer, itulah first time aku amek platun, (time malam la) dan itulah first time sejak sekian lama JPA UiTM Pahang, johan perbarisan, satu peringkat UiTM Pahang, satu lagi peringkat Daerah Temerloh, haha~
saje je letak, walaupun dahlamer berlaku, hehe~

lagipon bukak sem baru nnt, aku kene ajar kawad dekat komander2 baru, hurm, risao pon ader, yela ilmu ni pon xder la tinggi mane, tp dah kene ajar orang, huhu~ kene wat tol2 neh, kalau x malu lah, hehe~

BOLA SEPAK MALAYSIA

2 comments


Assalamualaikum.
kekalahan pasukan bola sepak akhir2 ini di sebuah perlawanan piala AFF suzuki yang berlangsung di Thailand amat mengecewakan aku dan peminat2 bola sepak tanahair khususnya. sebenarnya sebelum perlawanan itu berlangsung, aku telah meletakkan harapan yang amat tinggi terhadap pasukan bola sepak negara. aku akui biarpun jarang menonton perlawanan bola sepak di mana2, tp secara hakikatnya aku amat sukakan permainan bola sepak yang telah dimainkan sejak berabad lamanya.

erm, apa yang aku hendak coretkan ini bukanlah berkisar tentang diriku, tapi lebih kepada senario bola sepak Malaysia. Sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan pasukan negara secara bulat2 kerana banyak lagi faktor yang menyumbang kepada prestasi pasukan negara. tp yang paling penting, pemain itu sendiri, yang seharusnya berusaha untuk membaiki mutu permainan masing2, biarpun pada perlawanan baru2 ini, Malaysia menurunkan pemain2 senior, tp masih lagi bermain seperti baru sahaja menyentuh bola.

ok, tutup disitu, erm, selain daripada pengurusan bola sepak Malaysia, FAM juga harus dirombak dari awal lagi. ROMBAK dari atas sampai bawah, kita ambil contoh pengurusan bola sepak England, dimana yang menerajuinya adalah dari kalangan orang perniagaan dan bekas2 pemain bola sepak. mereka menjadikan bola sepak itu menjadi suatu perniagaan, dan hasilnya dapat berbelanja besar untuk memperbaiki mutu bola sepak mereka, dari segi gaji mahupun latihan. Mereka juga ada membuat akademi bola sepak mereka sendiri, dimana mereka menyediakan pelapis sebelum mereka dapat beraksi sebenar dalam padang bola sepak.

MALAYSIA? nak bayar gaji coach pon x mampu. sampai berhutang2, itulah, selagi bola sepak Malaysia ni 'dikuasai' orang POLITIK, mereka yang KAKI BANGKU, mereka yang hanya pandai bercakap, tp x reti nak wat keje, selagi itulah bola sepak Malaysia akan masih lagi berada di tahap ini.

tp, nak salahkan 100% terhadap pengurusan pun x boleh gak, PEMINAT juga memainkan peranan yang penting. Lihat senario bola sepak negara laen, mereka sanggup memenuhi seluruh stadium untuk melihat pasukan masing2 beraksi, hasil daripada penjualan tiket, secara tidak langsung kita sebenarnya menyokong menyinarkan kembali senario bola sepak negara yang kian malap. malah, pemain bola sepak juga bersemangat untuk bermain melihatkan peminat yang memenuhi satu stadium.

haha. dulu mase kecik2, ayah aku selalu bawak g stadium shah alam untuk melihat pasukan negeri Selangor bermain, haha~ sampai marah2 mak aku, balek lewat malam. time tu penuh satu stadium. macam2 gelagat orang aku tengok, ader yang pakai topeng, ader yang jerit2, bile gol je, fuh gegar satu stadium. Selangor dulu hebat, tiap kali main, mesti banyak gol masuk, sampai satu ketika tu, aku nak g toilet mase tengah game, ayah aku marah aku, suruh 'tahan' dulu, dah nak abes game, tp yela dak kecik kan, mane la tahan. tgh aku kat toilet pon leh still gol lagi, wakaka~ ayah aku punyer frust time tuh, peh, x abes2 pot pet dalam kete, x dapat tgk gol. tp skang pun sumer senario tu berubah, ayah aku pon dah x berminat, alasannya, tiket dah mahal, main x bes dan macam2 lagi. haha~


jadi, aku harap, senario bola sepak negara, berubah, sekaligus nama pasukan Malaysia digeruni dan disebut2 oleh semua orang. hurm.. bile agaknye ek??

Dec 14, 2008

Risaunyer!~

1 comments

erm, ader banyak merunsingkan kepale aku sejak akhir2 ni,

1. result exam dah nak kuar,
2. laptop aku ader problem


hurm, pasal aku risau sesangat tentang exam ni disebabkan aku ader 2 paper aku jawab x betul, mmg aku 80% aku salahkan soalan, soalan final kua lari dari soalan past year dah bape taun, die mmg lari betul, 20% aku salahkan diri aku sebab x study betul2. semuanya BETUL2 merunsingkan aku!


pasal laptop plak, aku x tau la pe kene ngan laptop jename BenQ neh, laptop kawan ayah aku dan mak aku jename BenQ gak, juga mengalami masalah yang sama iaitu DEAD SCREEN! laptop mak aku nyer dah anta kilang die, tp dah abes waranti la, korang tau bape kene charge?? RM1650!! giler punyer BenQ, die kene tuka screen terus! alasan die, laptop mak aku kene tindih, kepale die! mak aku ni dahla pompuan, cikgu lak tu, lemah lembut lagi, aku maen laptop lagi ganas! macammane la die leh create alasan x betul camtu! hish! dan skang neh, laptop aku plak BAKAL mengalami kejadian yang sama, simptom yang sama sebelum kejadian screen laptop mak aku blank, iaitu,

1. screen x idop, tp laptop idop,
2. pastu idop balek, dan buleh pakai seperti biase
3. lame2 maen, die akan berkelip2, seperti dah blank
4. last skali, babai! blank terus!

wawawa~ako xmao terjadi!!! waranti sampai bulan 2 jek!!


jadi kepade sesape kat lua tu, yang nak beli laptop, JANGANLAH beli BenQ neh, belila Dell ke, Compaq ke, mane2 lah, bukan nak kate aku 'titik' jename ni, tp tgklah ape yg terjadi? hish~
doa2lah x terjadi kat laptop aku ni. ako ni bukannye banyak duet sangat nak beli2 laptop baru.

Dec 11, 2008

Screen laptop aku x idop

1 comments



wargh~
nak menangis pon ader, marah pon ader, hurm,
malam tadi aku menaip nota kawad, yang bakal di print untuk kegunaan komander2 JPA UiTM Pahang, pastu terase ngantuk sangat, jadi terus tutp screen tu (selame ni ako jarang tutp screen tu) sbb malam tu aku on laptop pakai batteri, jadi tu yang strait tutup screen tu, pagi tadi apabila ako cube untuk menghidupkan semula, hanya kipas dan lampu dari laptop itu sahaja yang menyala, tp screen x idop,

ako menggunakan laptop kepunyaan adek ako untuk try search penyelesaiannya kat Googlee. dan hasilnye, laptop aku ni sama ada motherboard terbakar atau LCD yang terbakar, di sebabkan heat dari motherboard tu,

waaa~ kalaulah motherboard rosak, abehla segale nota2, kawad, mp3, muvie, gamba dalam laptop kesayangan aku tu, hurm.

perkare ini pon penah terjadi dekat Laptop mak aku juge , BenQ Joybook R55, nak kate masalah laptop BenQ ako pon x pasti, nak kate masalah ako, ako dulu pon penah wat gak, tp ok je, cume arini jek tetibe masalah mendatang, hurrm...

naseb baek la waranti ade lagi...

Dec 5, 2008

Tragedi Mumbai Dikecam, Bagaimana Pembantaian 2,000 Muslim Gujerat?

0 comments







Telefon berdering dari Hotel Oberoi Triden yang diduga berasal dari pelaku penyerangan Mumbai. Sang penelefon menyampaikan kepada sebuah channel berita di India pertanyaan: “Kita cinta negara ini sebagai negara kami sendiri, akan tetapi ketika ibu-ibu dan saudara-saudara kami dibunuh, dimana semua orang?”
Krisis Mumbai berakhir. Pihak keamanan India mengumumkan krisis yang dimulai pada Rabu 26 November malam itu, menelan korban tewas tercatat 195 orang dan 295 orang lainnya cedera parah. Tercatat 26 warga asing tewas, 8 diantaranya warga Israel. Serangan terhadap kota kelahiran perfileman India yang dikenal dengan Bollywood memang menarik perhatian masyarakat dunia. Seruan memerangi terorisme pun kembali dilaungkan oleh Amerika Syarikat. Pemimpin negara lain yang menjadi konco-konconya pun mengaminkan.
Meskipun telah berakhir, misteri siapa sebenarnya pelaku serangan ini belum terungkap. Awalnya kelompok yang sebelumnya tidak dikenal Deccan Mujahidin dituding sebagai pelaku. Tuduhan kemudian berkembang kepada kelompok mujahidin Kashmir, Pejabat lembaga Anti-teroris AS menuding militan Kashmir yang dikenal sebagai Lashkar-e-Taiba sebagai dalang aksi berdarah tersebut. “Beberapa hal telah dipelajari dan menunjukan adanya kaitan dengan jaringan Kashmir, kata pejabat yang enggan disebutkan namanya tersebut, seperti dikutip AFP, Sabtu (29/11/2008).
Pihak militer India menyatakan kelompok militan yang menyerang beberapa tempat di Mumbai berasal dari Pakistan. “Mereka berasal dari seberang perbatasan, mungkin dari Faridkot, Pakisktan. Mereka berpura-pura berasal dari Hyderabad, “ kata Mayor General R. K. Hooda yang memimpin operasi ketenteraan. Perdana Menteri India Manmohan Singh sebelumnya telah mengatakan para militan itu berasal dari luar negeri yakni Pakistan.
Hingga saat ini belum ada laporan final yang memastikan siapa pelaku serangan Mumbai. Banyak pihak yang menyatakan terlampau awal untuk mengatakan siapa pelaku sebenarnya. Naib Canselor Pengajian Islam di universiti Islam New Delhi, Zubeir Ahmed Farouqi, mengatakan, masih terlalu awal untuk menentukan kelompok pelaku dibalik serangan bom Mumbai, apalagi kelompok “Deccan Mujahidin” yang menyatakan bertanggungjawab tidak dikenal sebelumnya di India dan menteri keamanan India masih belum melakukan investigasi.
Pemred media India, Milli Gazette, Dhaffar Islam Khan, dalam wawancara khusus dengan Aljazeera pada 28/11, mengatakan masih terlalu awal untuk menentukan siapa kelompok pelaku dibalik aksi peledakan bom Mumbai. Menurut Dhaffar Islam Khan, aksi bom dan serangan Mumbai sangat besar sehingga diragukan kemungkinan keterlibatan kelompok muslim India atau badan-badan Islam tertentu sebagai kelompok pelaku, apalagi sampai saat ini belum pernah ada kelompok Islam di india yang telah dihukum dengan pengadilan bersalah kerana terlibat kegiatan terror.
Farrukh Saleem dalam analisisnya mengingatkan bahawa di India banyak sekali kelompok-kelompok yang sering dituduh militan. Dalam lima dekad terakhir di India tumbuh tiga jenis kelompok militan: ekstrimis sayap kiri, seperatis dan agama. Ekstrimis sayap kiri yang telah melakukan beberapa tindakan teror antara lain People’s Guerrilla Army, People’s War Group, Moist Communist Centre, Communist Party of India-Maoist dan Communist Party of India Janashakti. Sementara di wilayah Assam terdapat lebih kurang 35 kelompok seperatis. (http://thenews.jang.com.pk.../)
Menurutnya, tahun 2006 saja terdapat sekitar 2,765 orang yang terbunuh akibat kekerasan yang berhubungan dengan tindakan terror. Dari jumlah itu 41% kehilangan nyawanya di Jammu dan Kashmir, 27% akibat kelompok sayap kiri, 23% akibat kekacauan/pemberontakan dan 10% dari kelompok militan yang berbasis agama. Kerana itu, siapa yang menjadi pelaku , banyak kemungkinan.
Yang jelas siapapun pelakunya, seringkali tindakan kekerasan yang dilakukan oleh kelompok-kelompok bersenjata muncul sebagai reaksi dari kekerasan dan ketidakadilan yang dilakukan negara. Aryn Baker dalam Time (Kamis , 27 November 2008) mengingatkan hal ini. Menurutnya, krisis Mumbai tidak bisa dipisahkan dari ketidakadilan yang dirasakan muslim minoriti India termasuk masalah Khasmir. Muslim India yang jumlah 13.4% dari jumlah India seringkali diperlakukan secara tidak adil oleh pemerintah India yang majoriti beragama Hindu (80%).
Sebahagian besar muslim India hidup tidak sejahtera, mendapat pelayanan kesihatan yang buruk, tingkat buta huruf yang tinggi, dan umumnya dibayar dengan gaji yang rendah. Keadaan ini, menurutnya, diperparah dengan rusuhan di Gujerat tahun 2002 yang menewaskan lebih kurang 2,000 orang yang sebahagian besarnya adalah muslim.
Yang perlu dicermati, krisis Mumbai digunakan untuk kepentingan negara-negara besar dalam agenda perang melawan terorisme. Apalagi Obama presiden terpilih AS secara terbuka mengatakan bahawa wilayah Pakistan, Afghanistan (yang berdekatan dengan India) akan menjadi wilayah garis terdepan bagi AS untuk memerangi terorisme. Krisis Mumbai sangat mungkin dijadikan oleh negara Super Power itu untuk mengukuhkan kepemimpinannya di wilayah itu atas nama perang melawan terorisme.
Boleh jadi , bukan sebuah kebetulan kalau Obama menunjuk Sonal Shah sebagai salah seorang penasihatnya. Shah dikenal sebagai koordinator Vishwa Hari Parishad (VHP) Amerika. Berdasarkan the Daily Times Pakistan, VHP dan sayap pelajarnya Bajrang Dal dipercaya telah terlibat dalam pembantaian lebih 2000 Muslim di Gujerat.
Peristiwa ini juga sepertinya akan benar-benar dimanfaatkan oleh pemerintah boneka AS di Pakistan dan Afghanistan untuk memperkuat posisi mereka. Peristiwa Mumbai memperkuat legitimasi memerangi pejuang Islam atas nama war on terrorism. Padahal pejuang Islam itu sebenarnya rakyat mereka sendiri yang berjuang melawan penjajahan AS di kawasan itu. Pejuang Islam Khasmir yang ingin membebaskan diri dari penjajahan India pun akan semakin disudutkan dengan julukan teroris. Pemerintah India, Pakistan, dan Afghanistan hanya akan mengukuhkan strategi AS untuk membendung kelompok perlawanan Islam yang dituduh teroris.
‘Ala kulli hal , Kita tentu mengecam setiap pembunuhan terhadap rakyat sivil yang tidak berdosa. Hanya saja adalah tidak tepat dan tidak adil kalau menyatakan gerakan perlawanan terhadap penjajahan sebagai tindakan terorisme. Adalah tidak adil mengecap Hamas, pejuang mujahidin Iraq, pejuang Afghanistan, termasuk pejuang Kashmir sebagai teroris. Padahal yang mereka lakukan adalah membebaskan umat Islam dari penjajahan asing. Sama halnya saat para pahlawan kita saat berjuang mengusir Portugis,Jepun dan British, meskipun harus berperang dan membunuh, mereka tidak boleh digelar sebagai teroris. Mereka adalah pahlawan yang tidak sudi tanah airnya dijajah oleh musuh.
Disamping itu, mengecam krisis Mumbai tapi tampaknya cenderung diam terhadap pembantaian 2,000 umat Islam di Gujarat, tentu saja adalah kejahatan kemanusiaan. Termasuk diam menyaksikan pesawat-pesawat tempur AS membunuh ribuan orang rakyat sivil yang tidak bersalah di Afghanistan dan Pakistan. Atau diam terhadap terbunuhnya hampir 1 juta rakyat sivil di Iraq akibat pendudukan AS, diam terhadap pembantaian sistematik yang dilakukan Israel di Palestin. Diam saat korbannya umat Islam adalah kejahatan kemanusiaan yang luar biasa.
Derita Muslim Minoriti India
Telefon berdiri dari Hotel Oberoi Triden yang diduga berasal dari pelaku penyerangan Mumbai. Sang penelefon menyampaikan kepada sebuah channel berita di India pertanyaan: “Kita cinta negara ini sebagai negara kami sendiri, akan tetapi ketika ibu-ibu dan saudara-saudara kami dibunuh, dimana semua orang?”
• Penghancuran Masjid Babri di Ayodhya oleh militan Hindu pada 1992. Penghancuran ini telah memicu tewasnya ribuan kaum Muslim yang dengan gagah berani berusaha mempertahankan masjid Allah tersebut.
• Februari 2002, gerombolan orang-orang Hindu membunuh sedikitnya 2000 Muslim di seluruh Gujarat. Mayat yang hangus terbakar dan beberapa orang Muslim yang selamat dengan terluka, membuktikan bahawa orang Muslim dibakar hidup-hidup secara sistematik dan terancang oleh orang Hindu. Diduga pemerintah India terlibat dalam pembantai umat Islam ini
• Organisasi pemantau hak asasi manusia Human Right Watch (HRW) menyatakan, sekitar 100 warga Muslim ditangkap oleh polis India pasca peristiwa ledakan bom di kota Hyderabad yang terjadi pada bulan Mei dan bulan Ogos 2007. Para tahanan Muslim itu disuruh telanjang, dipukul, digantung dengan posisi kepala di bawah, dan diancam dengan cara menyiksa perempuan yang menjadi tahanan.
• Komite Solidariti Muslim Kashmir menginformasi dari berbagai sumber daftar kejahatan India sejak Januari 1990 hingga Disember 1998. Sebanyak 63,275 orang syahid dibunuh antara lain dengan dituangi timah panas; 775 ahli politik, ulama dan Imam Masjid dibinasakan; 81,161 dihunjamkan ke penjara tanpa pengadilan
• Menghentikan pendidikan Al Qur’an dan bahasa Arab di sekolah negeri dan digantikan dengan bahasa India



Sumber: mykhilafah.com

Jabat Tangan Mesra Syeikh Al-Azhar dan Presiden Israel, Lukai Kaum Muslim Dunia

0 comments

Sungguh memalukan dan pastinya melukai umat Islam sedunia. Syeikh Al-Azhar dengan penuh keakraban berjabat tengan dengan pemimpin penjajah Israel. Jurucakap Al-Ikhwan di Majlis Rakyat Mesir, Hamdi Hasan, mendesak untuk meminggirkan Tantawi, berkaitan "jabat tangan mesra" antara Syeikh Al-Azhar Mommahad Sayid Tantawi dengan Presiden Israel Shimon Peres. Jabat tangan dengan senyuman lebar itu berlaku di dalam Seminar Dialog Antara Agama yang diadakan oleh PBB lalu.

Hassan berkata di parlemen, "Apa yang dilakukan itu sebagai penghinaan yang mendalam bagi Mesir, Arab dan Islam dan para syuhada ketika Ghaza terkepung ditutup oleh sekatan Israel dari semua laluan."

Dalam pernyataannya mereka mengatakan bahwa jabat tangan yang akrab ini terjadi ketika Genting Gaza disekat, sambil tersenyum penuh keakraban yang menyebabkan dirinya dan sebagian besar negara Mesir terkejut. Ketika dia diharapkan mendatangkan fatwa untuk mendukung kaum Muslim yang terperangkap di Gaza dan berdiri di depan Al-Azhar untuk mendesak kaum Muslim mendukung keluarga dan saudara-saudara mereka di Palestin. tetapi sebaliknya yang terjadi amat melukai umat Islam.

Syeikh Tantawi diminta untuk meminta maaf kepada semua kaum Muslim atas jabat tangan yang tak dapat diterima tersebut. Bukan hanya sebatas melalui kata-kata, tetapi secara serius berada dalam posisi mendukung masyarakat Palestin yang terkepung.

Ulama yang Memalukan

Agenda pertemuan Dialog antara Agama, Budaya dan Peradaban yang diadakan di PBB tersebut dianjurkan atas inisiatif Raja Abdullah bin Abdul Aziz, berakhir pada tanggal 17/11/08. Seminar ini seolah-olah sebagai pertemuan normalisasi (hubungan Israel-Palestin), di mana Presiden Israel, Simon Perez memuji Raja Abdullah bin Abdul Aziz, dengan mengatakan:
“Yang Mulia, Raja Kerajaan Arab Saudi, saya telah mendengar dengan saksama isi surat Anda. Saya berharap suara Andalah yang akan memimpin semua bangsa di seluruh kawasan tersebut. Sebab, suara ini benar. Dan, memang ada keperluan ke arah sana. Itu juga merupakan janji.”
Sementara itu Hizbut Tahrir di dalam laman web rasmi mereka mangatakan, "Inilah yang diinginkan oleh para penguasa hina dan aib dalam seminar mereka ini. Mengumumkan berakhirnya perang agama, benturan peradaban, normalisasi hubungan, persamaan Islam dengan agama-agama yang menyimpang, menghormati hukum antarabangsa dan menyelesaikan konflik Palestin-Israel dengan prinsip Barat."
Terkait dengan sikap ulama mereka mengatakan, "Sesungguhnya para ulama’ agung kaum Muslim di masa lalu tidak popular dan dikenal hingga saat ini, karena kedalaman ilmu dan kefakihan mereka, sebab ulama’ dan fuqaha’ pada zaman mereka sangatlah banyak. Namun, para ulama’ agung kaum Muslim di masa lalu popular dan dikenal hingga saat ini karena sikap mereka, serta perlawanan mereka terhadap berbagai problematika utama yang mereka hadapai pada zamannya."
"Di manakah ulama’ agung kaum Muslim saat ini? Di manakah kalian, ketika menghadapi problematika utama umat? Di manakah posisi kalian dalam konteks kenyataan Imam al-Ghazali: “Rosaknya rakyat, karena rosaknya para penguasanya. Rosaknya para penguasa, karena rosaknya para ulama’,” tanyanya.

Sumber: Syabab.com

Prison Break Season 4

0 comments





haha~
mmg dasar cerita series! huih~ sape layan prison break season 4 skang neh? ako tgk sampai episod 13, pergh mmg dasat aa Nick Santora (director prison break), skang ni dekat episod 13, dah penat lelah si geng 'pecah penjara' ni kumpulkan kad untuk dapatkan scylla (hardisk yg mengandungi segala operasi The Company, atau black book) yang boleh menjatuhkan the company neh, ilang begitu saje, apabila, orang yang mereka percaya, Don Self (dalam citer ni polis,) turn against them dimana segala janji untuk kebebasan si 'pecah penjara' neh, rupe2nye tipo belaka, si Don Self ni tembak member die, die cari Hatcher nak jual bendealah Syclla neh, dah ejas2 nak jual, rupenye Syclla ni x lengkap, sbb salah satu cip kat hardisk ni Si Scofield rembat dulu, haha bijak2, mmg gua respek la cite ni, pandai main la, haha~ huhu~ nak download citer ni g la http://gradly.net, blog ni mmg update, haha~ x sabo nak tggu next episod 14, mggu depan!

Dec 4, 2008

9 Petua Doa Dimakbul

0 comments

tengah aku selak2 surat khabar selepas makan tadi, terbacalah aku satu ruang Variasi dari Harian Metro ni, yang bertajuk Sembilan Petua Doa Dimakbul, tertarik la hati aku nak berkongsi bersama2, lagipon, keputusan exam aku dah nak kuar, berdebar dan takut pun ada, hurm,
jom kita tengok petua untuk doa kita dimakbulkan




BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."



dipetik dari Harian Metro, Khamis 4 Disember

huhu~

0 comments

haha~
disebabkan kecetekan ilmu dalam bab coding neh,
terpakselaha aku gunekan template yg ade~
erm, banyak kali gak ako try nak tuka template,
tp still kua error~
xtau la sebb ape, samada sbb aku xreti edit atau
blog ni mmg ader problem~
so gunekan je la template yg ader~
mgkin blog aku versi baru akan siap setelah pulang ke bumi jengka nnt,
kat situ ader sahabat yang mungkin dapat membantu aku dalam hal2 coding neh~
aku pon dah bohsan duk umah ni~ xder wat paper~
hurm~ idea plak nak tulis banyak~
lagi2 pasal isu semasa~
haha~
jadi kepada pengunjung2 semua~ diaharap dapat memberikan sedikit
ulasan yang positif kepada segala isi yang bakal aku tulis~
aku akui, aku sedikit lemah dalam segala penulisan dan juga tentang hal2 isu semasa,
jadi, jika terdapat kesalahan dalam menulis mahupun pengutaraan isu2 semasa, diharap dapat dimaafkan,
bak kata pepatah, 'buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan'
sekian..
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"You can say anything about me, as you please, but I am what I am, and that's something you can never be."